Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Sunday, April 28, 2019

Cara jadi rider foodpanda

Very Quick Delivery!

Sebut je nama foodpanda, semua dah tahu kan apa dia. Yes, satu perkhidmatan penghantaran makanan. foodpanda ni ada di Malaysia, Singapore, Hong Kong, Pakistan dan banyak lagi dengan rakan niaga restoran lebih 30 ribu di seluruh negara yang ada foodpanda. klik klik je di aplikasinya makanan pun sampai ke rumah. Memandangkan ramai yang berminat nak jadi rider/penghantar makanan foodpanda, Fiz akan share ke korang macam mana caranya.

Pertama, klik dulu di sini , akan bawa korang ke website memohon jadi rider foodpanda. Korang pilih bandar yang korang stay dan klik 'mohon sekarang'. Isikan detail yang cukup mudah, nama, nama bapa, nombor phone, emel dan tarikh lahir. pastikan korang umur 18 keatas baru boleh apply, pilih bahasa inggeris atau melayu, dan pastikan ada lesen motor yang sah. Klik Hantar. dan tunggu emel balas dari foodpanda.

Kalau korang nak jadi rider, kena bertanggungjawab
macam brader ni. cool je.
Fiz selalu order melalui app foodpanda. Memang cepat dorang hantar dan makanan terima dalam keadaan elok dan panas. Katanya income boleh smpai RM12 sejam dan boleh dilakukan secara part time atau full time.

Ni masa order myburgerlab, sebelah kanan Ohana dan sebelah kiri
bait & switch, agak2 yang belah mana burgernya ada budu? hehe

Jawapannya Bait & Switch. ada Spicy Budu Mayo.
Best Sangat! 😋😋😋

4 Perkara yang korang kena ada untuk jadi rider foodpanda.
✅ iPhone 4s atau lebih baru atau telefon bimbit Android versi 4.2 atau lebih baru
✅ motorsikal dan lesen motorsikal kelas B2
✅ bertanggungjawab dan boleh diharap serta beramanah tinggi
✅ berusia 18 tahun dan ke atas.

Simple je kan.

Lepas gym dahaga. order Gong Cha!

Lepak di pool. order Juice Work!

Kenny Rogers for dinner!

PappaRich ni memang terkejut. porsi besar dan masih lagi panas!

Korang dah order belum chicken popcorn KFC?

Ni kelmarin. lift satu lagi rosak dan hampir 20 minit ridernya tunggu.
Thank you sangat2 sabar menunggu. Really appreciate rider foodpanda!

Sushi King! free delivery! 
hah! free delivery? Yes. 26-30 April foodpanda buat FREE DELIVERY SELURUH NEGARA untuk semua makanan. x payah pakai promo kod apa2 untuk first 8000 redemption!  Fuhhh! terbaik! malam ni nak order apa ya?


Share:

1 comment:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com