Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Saturday, February 9, 2019

Trip Yogyakarta Daerah Istimewa - Part 2 ( Gereja Ayam di Bukit Rhema, Candi Prambanan, Angkringan di Malioboro dan Monumen Jogja Kembali)

Pagi yang indah 4 September. lahirnya insan bernama Hafiz Shariff, eh! hehe Morning gais. Pagi ni kitorang x rushing ke mana-mana. hanya main Unicorn dan Cloud Float di kolam Greenhost Hotel ni yang super cantik dikelilingi daun2 kehijauan. dan kitorang breakfast di hotel ni juga.

happy kids

ketenangan anak muda

meditasi katanya

finally boleh baring atas awan. huhu

makanannya sedap sangat!

ya ampun mbak! berkembang pun boleh! 
Pukul 10 kitorang check out dan menuju ke Bukit Rhema. Dalam perjalanan kitorang singgah di sebuah restoran (nama dirahsiakan sebab dalam kangkung goreng ada rambut. Ni bukan birthday suprise gais. huhu.) dan gitau waiter dia xnk kangkung goreng. diorang pun x caj kangkung tu.

tapi nais la dia punya dekorasi restoran


Sambung perjalanan ke Bukit Rhema. x boleh terus sampai ke Gereja Ayam. kereta kena parking dan ada dua pilihan. sama ada naik jip 15ribu pergi balik untuk satu jip atau jalan kaki. Dekat je actually, tapi nak naik jip jugak! heeee... Kali ni x dapat harga local. dia tengok pakaian angah, nampak sgt orang Malaysia. sampai Henri pun dicaj harga pelancong asing. pastu gi minta refund. huhu Yang bestnya tiket masuk sorang 15ribu dapat percuma semangkuk ubi keju, nama lokalnya singkong.

here we go!

unik kan bentuknya


Dulunya nak buat gereja bentuk merpati. tapi masalah kewangan jadi terbengkalai. lepas filem AADC2 berlakon kat sini. tempat ni jadi famous. dan skrg dalam penambah baikan untuk buat tempat berdoa bagi semua agama.

henri tengah berdoa

nak kena peluk jugak ke?

di kepala gereja ayam

nak naik ke rooftop kena lalu macam ni. heee

di bahagian bontonya ada cafe dan tempat ambil ubi percuma

jauh mata memandang
Dari Gereja Ayam kitorang terus ke Candi Borobudur. Harga local RM12 je, harga foreigner RM107. Fuhhh berfikir dua kali nak masuk. maka mengalirlah beratus ribu dari dompet kitorang, huhu.

banyak kan tangganya
nice spot!
sebab xde orang. huhu
Gigih panjat tangga kuil ni. foto2 banyak. buat video lagi. tetiba pak guard nya datang suruh delete gambar! What??? katanya x boleh pegang bendera atas kuil ni. dia delete satu satu gais gambar kitorang pegang bendera, walau bendera Indonesia pun! Lepas siap delete, kitorang nak kan kepastian dari guard lain, so kitorang pergi la tanya guard lain, sebab xde signboard peraturan xleh pegang bendera ni. Then dia cakap yer memang x boleh pegang sebarang bendera, banner atau mafla atas kuil. bawah kuil boleh. tetiba datang guard yang tadi dengan muka masam mencuka ajak kitorang ke bilik security. WHAT??? langsung x friendly. So kalau korang nak suggestion. Fiz sangat suggest korang ke Prambanan pun dah cukup. Then Fiz cakap la nak buat ape. dah settle kan. geram. kitorang pun  foto2 di sudut lain. dia masih lagi follow. like seriously???

dua orang belakang tu. huh. huhu 
spot ni masa nak pulang. lawa kan
Malamnya kitorang pergi ke Jalan Malioboro. Jumpa Yauma (cewe dari Banyuwangi, kenal atas keretapi masa Trip Kawah Ijen) x sangka lak sekarang dia kerja di Jogja. kebetulan sungguh. Dia ajak ke angkringan (penjaja tepi jalan) untuk cuba kopi joss (kopi + arang). So di Angkringan ni ada jual makanan cucuk2, nasi bungkus x sampai RM1 dan minuman.

bukan nak menari tiang dan "begpacker" okay. 
katanya. eh! 
rambang mata my sis nak pilih yang mana
haaa ni la Yauma. manusia paling ceria di dunia, hehe
Lepas lepak2 makan, kitorang jalan kaki ke Monumen Jogja Kembali. Sebuah tugu di tengah bulatan. so kat sini kena hati2 dengan aliran trafik yang sesak. bergambar pun bergambar juga. keselamatan kena jaga. huhu

girls ! 
tetiba ada bendera Kelantan. hehe
haaa kalau nak feel lagi cemane trip kitorang. tontonlah video ni gaisss...


Thats all untuk hari kedua gais, bersambung hari ketiga di Hutan Pinus Mangunan, Jurang Tembelang, Pantai Timang dan Alun-Alun Kidul.








Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com