Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Thursday, February 14, 2019

Trip Yogyakarta Daerah Istimewa - Part 3 (Hutan Pinus Mangunan, Jurang Tembelang, Pantai Timang dan Alun-Alun Kidul)

Terasa sangat berada di Indonesia

Kolam yang bersih dan berseni sangat hotel ni.

Sama x dengan Wayang Kulit Kelantan?

Pintu Masuk. nak tahu kat mana ni? baca sampai habis gais.

Tupp, tup,, dah hari ketiga di jogja. pagi ni kitorang bertolak ke Hutan Pinus Mangunan. Sebuah tempat yang banyak pokok2 pinus dan beberapa spot untuk berswafoto. Bayaran masuk sini sangat murah. tak sampai RM1. hah! terkejut x? haha

lawa tak gais?

bukan pokok getah ok. haha

sangat cantik pondoknya

rumah nenek kebayan ke ni?


Seterusnya kitorang ke Jurang Tembelang. kat sini pun banyak tempat2 untuk bergambar, tapi lagi cool sebab bergambar di tepi jurang. nah! cuba tengok korang berani x kat sini. bayaran masuk pun sangat murah.

berani ke idok?

angah berani giler. marah abah nanti tunjuk gmbr ni. haha

ni masa musim panas. kalau tak belakang tu kehijauan

nak ke mana tu?

Fiz pun ada lah bergambar kat sini! ingat gayat ke? haha


Tengah hari tu kitorang terus ke Pantai Timang. perjalanan yang sangat jauh. sampai di satu pintu masuk. ada dua pilihan, naik gojek atau jeep untuk ke Pantai Timang. sebab kereta biasa x boleh lalu. jalan yang sangat berbatu-batu. gojek rp50k pergi balik. jeep rp350k pergi balik. kitorang ambil jeep. tapi sebelum tu makan dulu di warung situ famousnya lobster. tapi kitorang x makan coz angah dan Fiz alergik lobster. huhu

besar! tapi sayang x boleh makan. huhu
here we go!

semangat berhenti tengah jalan semata-mata nak ambil gambar. hehe

yeay dah smpai!


Perjalanan lebih ekstrem dari naik roller coaster. huhu. tapi sampainya di Pantai Timang. wow! giler cool gais. tempat macam ni memang xde di Malaysia. tanpa lengahkan masa, terus ke kaunter tiket. rupanya tiket naik gondola dan jambatan adalah berbeza. kalau bayar untuk naik gondola, x boleh pulang naik jambatan. begitu la sebaliknya. so kalau nak try dua-dua. kena bayar dua tiket. harga ikut jambatan lagi murah berbanding naik gondola. mestilah, gondola digerakkan pakai tenaga manusia. ada beberapa orang akan tarik tali gondola untuk kita menyeberang.

let's go!

with my lovely sister

dah lama gondola ni. tapi dulu guna untuk tangkap lobster

kami tahu kami cool. EH!

lawanya kat sini!

opsss. cekcinye abam

watu panjang!

unik batuan kat sini

cool giler my sis. x menjerit pun. 


Lepas naik gondola pulang, kitorang penasaran nak cuba jambatan gantung dia tu. nego dengan dia dapat rp50k untuk bertiga. katanya nak bergambar je. bukan untuk menyeberang. Fiz memang x smpai ke tengah lah. gayat wei. huhu

takut x ?

budak ni berani betul.


Pulangnya terus balik hotel. kitorang check in di Adhistana Hotel. sebuah hotel yang sangat instagramable! malamnya diajak Yauma untuk cuba Special Sambal. ada 34 jenis sambal di restoran tu. kitorang sampai keluar air mata. pedas giler! dan makanannya pun sangat murah! please buka cawangan di KL. huhu

makan dulu gaisss

sambalnya mintak ampun. pedas abis!


Lepas tu kitorang ke Alun-Alun Kitorang. tempat ni sangat happening untuk nongkrong (lepak2) dengan member2. Di tengah padang ada dua pokok. katanya kalau dapat lalu antara dua pokok tu sambil mata tertutup, hajat kita akan termakbul. So we just join the game, tanpa buat wish apa2. ketiga-tiga kitorang tersasar. terpesong ke arah lain. cuma Yauma je yang dapat lalu. wahhh hebat. dan kat situ ada banyak beca2 lampu neon yang cantik2. cuma rp20k je untuk 1 round.

bisa nyetir mas?

here we go!

bagi girls yg bawa.

kami rilex rilex je. boleh percaya? haha

lawa2 basikal/van/kereta sini. x tahu ape nama. sebab kena kayuh. huhu


Then hari seterusnya kitorang cuma chill2 di Adhistana Hotel. best ke x best hotel ni? nanti Fiz share review okay. Tonton vlog ni kalau korang nak tengok best x tempat2 ni.





Share:

Saturday, February 9, 2019

Trip Yogyakarta Daerah Istimewa - Part 2 ( Gereja Ayam di Bukit Rhema, Candi Prambanan, Angkringan di Malioboro dan Monumen Jogja Kembali)

Pagi yang indah 4 September. lahirnya insan bernama Hafiz Shariff, eh! hehe Morning gais. Pagi ni kitorang x rushing ke mana-mana. hanya main Unicorn dan Cloud Float di kolam Greenhost Hotel ni yang super cantik dikelilingi daun2 kehijauan. dan kitorang breakfast di hotel ni juga.

happy kids

ketenangan anak muda

meditasi katanya

finally boleh baring atas awan. huhu

makanannya sedap sangat!

ya ampun mbak! berkembang pun boleh! 
Pukul 10 kitorang check out dan menuju ke Bukit Rhema. Dalam perjalanan kitorang singgah di sebuah restoran (nama dirahsiakan sebab dalam kangkung goreng ada rambut. Ni bukan birthday suprise gais. huhu.) dan gitau waiter dia xnk kangkung goreng. diorang pun x caj kangkung tu.

tapi nais la dia punya dekorasi restoran


Sambung perjalanan ke Bukit Rhema. x boleh terus sampai ke Gereja Ayam. kereta kena parking dan ada dua pilihan. sama ada naik jip 15ribu pergi balik untuk satu jip atau jalan kaki. Dekat je actually, tapi nak naik jip jugak! heeee... Kali ni x dapat harga local. dia tengok pakaian angah, nampak sgt orang Malaysia. sampai Henri pun dicaj harga pelancong asing. pastu gi minta refund. huhu Yang bestnya tiket masuk sorang 15ribu dapat percuma semangkuk ubi keju, nama lokalnya singkong.

here we go!

unik kan bentuknya


Dulunya nak buat gereja bentuk merpati. tapi masalah kewangan jadi terbengkalai. lepas filem AADC2 berlakon kat sini. tempat ni jadi famous. dan skrg dalam penambah baikan untuk buat tempat berdoa bagi semua agama.

henri tengah berdoa

nak kena peluk jugak ke?

di kepala gereja ayam

nak naik ke rooftop kena lalu macam ni. heee

di bahagian bontonya ada cafe dan tempat ambil ubi percuma

jauh mata memandang
Dari Gereja Ayam kitorang terus ke Candi Borobudur. Harga local RM12 je, harga foreigner RM107. Fuhhh berfikir dua kali nak masuk. maka mengalirlah beratus ribu dari dompet kitorang, huhu.

banyak kan tangganya
nice spot!
sebab xde orang. huhu
Gigih panjat tangga kuil ni. foto2 banyak. buat video lagi. tetiba pak guard nya datang suruh delete gambar! What??? katanya x boleh pegang bendera atas kuil ni. dia delete satu satu gais gambar kitorang pegang bendera, walau bendera Indonesia pun! Lepas siap delete, kitorang nak kan kepastian dari guard lain, so kitorang pergi la tanya guard lain, sebab xde signboard peraturan xleh pegang bendera ni. Then dia cakap yer memang x boleh pegang sebarang bendera, banner atau mafla atas kuil. bawah kuil boleh. tetiba datang guard yang tadi dengan muka masam mencuka ajak kitorang ke bilik security. WHAT??? langsung x friendly. So kalau korang nak suggestion. Fiz sangat suggest korang ke Prambanan pun dah cukup. Then Fiz cakap la nak buat ape. dah settle kan. geram. kitorang pun  foto2 di sudut lain. dia masih lagi follow. like seriously???

dua orang belakang tu. huh. huhu 
spot ni masa nak pulang. lawa kan
Malamnya kitorang pergi ke Jalan Malioboro. Jumpa Yauma (cewe dari Banyuwangi, kenal atas keretapi masa Trip Kawah Ijen) x sangka lak sekarang dia kerja di Jogja. kebetulan sungguh. Dia ajak ke angkringan (penjaja tepi jalan) untuk cuba kopi joss (kopi + arang). So di Angkringan ni ada jual makanan cucuk2, nasi bungkus x sampai RM1 dan minuman.

bukan nak menari tiang dan "begpacker" okay. 
katanya. eh! 
rambang mata my sis nak pilih yang mana
haaa ni la Yauma. manusia paling ceria di dunia, hehe
Lepas lepak2 makan, kitorang jalan kaki ke Monumen Jogja Kembali. Sebuah tugu di tengah bulatan. so kat sini kena hati2 dengan aliran trafik yang sesak. bergambar pun bergambar juga. keselamatan kena jaga. huhu

girls ! 
tetiba ada bendera Kelantan. hehe
haaa kalau nak feel lagi cemane trip kitorang. tontonlah video ni gaisss...


Thats all untuk hari kedua gais, bersambung hari ketiga di Hutan Pinus Mangunan, Jurang Tembelang, Pantai Timang dan Alun-Alun Kidul.








Share:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com