Tanjung Tuan atau nama lainnya Cape Rachado ni terletak hanya 2 jam dari KL. dan hujung tanjung ni milik Melaka, bukan Negeri Sembilan. Pelik x pelik tu bukan urusan kita. hehe Untuk ke sini pilihan yang paling tepat adalah menggunakan kenderaan sendiri. Pukul 10 pagi kami bertolak dari KL, jalan2 dulu di Port Dickson.
sedap kerang bakar + air kelapa
dalam kerang ada ketam. heee
Pukul 2 petang kami sampai di pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Kalau nak hiking je ke Batu Putih atau Lighthouse, bayaran cuma RM1. Kalau nak camping kena bayar RM4 seorang. harga ni sangat murah untuk lihat keindahan flora dan fauna. Nak tahu apa yang kami jumpa? baca sampai habis. hehe
Parking depan resort PNB. selamat.
Pintu masuk
Lama sangat x hiking, cepat betul rasa semput. dari pintu masuk ke lighthouse tu dekat je. lama pula terasa. huhu. untuk ke Batu Putih, sebelum smpai di lighthouse ada denai sebelah kanan dengan tanda "3600m". Untuk camping di pantai, lepas lighthouse ada satu denai turun ke kiri. Jalan yang agak rapi dan ada tangga. Sepanjang perjalanan, banyak flora yang unik2. pokok super besar pun ada.
Jalan bertar ke arah lighthouse
dah nampak lighthouse
berlatar belakangkan lighthouse
denai sebelah kiri lighthouse
Lepas 20 minit korang akan jumpa pantai. belok ke kanan ada pondok. sesuai untuk berkhemah sebab ada kawasan membakar. Pastikan tengok tanah/pasir. kalau ada kesan air naik. jangan berkhemah disitu. malamnya air pasang.
rajin brother ni baca info2
hati2 tangga yang tinggi dan licin
ada beberapa hentian untuk berehat
buka khemah. terus tido. budak bertuah
nyaman je rasa. sebab xde orang. hehe
Baca blog lain, katanya ada polis ronda di pantai. tapi xde pun. cuma kami berdua je sehingga matahari terbenam dan hari mulai gelap. sebab takut gelap. so kami dalam khemah je pasang lampu. haha. ohya. petang tu kami dinner makan Meal Ready to Eat (MRE food je). ala yang makanan askar tu. sedap dan cepat.
ni MRE set A
rendang daging sedap!
tengok matahari terbenam. tenang sangat2
Malam tu bunyi prakk prakk sekeliling khemah. kerana takutnya, kami suluh. terkejut! banyak giler hermit crab! rasa macam di alam fantasi! haha excitednya jadi langsung x takut gelap. sampai ke pantai kami explore.
geli x geli. nak foto punya pasal. hehe
macam2 rupa cengkerang dia pakai
ni macam dah x muat. dah boleh tukar cengkerang kot. huhu
Esoknya, di pantai sebelah sana tengok matahari terbit. cantik sangat! rasa macam private island sebab xde orang. huhu ia kan tanjung, satu sisi untuk matahari terbit, satu sisi untuk matahari terbenam.
take that vitamin sea....
nampak tu di celah pokok. matahari terbit sebelah sana
akar macam mangrove sebab malamnya air pasang.
macam2 batu jumpa.
air sangat jernih waktu pagi
Lepas sarapan. kami kumpulkan sampah untuk dibawa pulang. kat sini memang bersih. semua pendaki memang sedar diri. xde sampah. jalan pulang lagi penat sebab pulangnya mendaki.
besar kan daunnya. boleh jadi antena
boleh jadi baju juga.
Overall memang best sangat camping kat Tanjung Tuan. selamat, selesa dan bersih. Tips tambahan, bawa insert repellent dan line celcom paling bagus kat sini. nanti nak repeat trip, sape nak follow?
Untuk rasa lebih dekat pengalaman kitorang. tonton vlog kitorang ni. ^,^