Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Wednesday, December 4, 2019

apa beza PAID REVIEW dan GIFT REVIEW ? Influencer harus tahu!

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. makin hari makin bertambah orang2 yang femes di instagram atau sosmed yang lain kan. Dah femes tu bolehlah buat paid review or gift review. Tapi apa beza dua ni?

PAID REVIEW

Korang buat review/ komen/promote tentang satu produk ni dan korang dapat bayaran daripada company tu.

Contoh : Review produk sambal abcdefg. Syarikat abcdefg bayar rm100 kepada korang.


GIFT REVIEW

Korang buat review/komen/promote tentang satu produk ni dan korang dapat hadiah berupa barangan yang di review daripada company tu.

Contoh : Review produk sambal abcdefg. Syarikat abcdefg bagi sambal abcdefg bernilai rm100 kepada korang.


PAID-GIFT REVIEW

Korang buat review/ komen/promote tentang satu produk ni dan korang dapat bayaran dan hadiah berupa barangan yang di review daripada company tu

Contoh : Review produk sambal abcdefg. Syarikat abcdefg bayar rm100 dan bagi sambal abcdefg bernilai rm100  kepada korang.

Selain Paid Review dan Gift Review. ada lagi. FREE REVIEW! x salah sebenarnya nak buat free review. terserah kepada korang sama ada memang suka produk tu atau saja2 je supaya nampak ada jobs gitu. hiks.

Sama ada korang dapat paid review, gift review, paid-gift review atau free review, hanya korang dan company tu je tahu.
Share:

Sunday, April 28, 2019

Cara jadi rider foodpanda

Very Quick Delivery!

Sebut je nama foodpanda, semua dah tahu kan apa dia. Yes, satu perkhidmatan penghantaran makanan. foodpanda ni ada di Malaysia, Singapore, Hong Kong, Pakistan dan banyak lagi dengan rakan niaga restoran lebih 30 ribu di seluruh negara yang ada foodpanda. klik klik je di aplikasinya makanan pun sampai ke rumah. Memandangkan ramai yang berminat nak jadi rider/penghantar makanan foodpanda, Fiz akan share ke korang macam mana caranya.

Pertama, klik dulu di sini , akan bawa korang ke website memohon jadi rider foodpanda. Korang pilih bandar yang korang stay dan klik 'mohon sekarang'. Isikan detail yang cukup mudah, nama, nama bapa, nombor phone, emel dan tarikh lahir. pastikan korang umur 18 keatas baru boleh apply, pilih bahasa inggeris atau melayu, dan pastikan ada lesen motor yang sah. Klik Hantar. dan tunggu emel balas dari foodpanda.

Kalau korang nak jadi rider, kena bertanggungjawab
macam brader ni. cool je.
Fiz selalu order melalui app foodpanda. Memang cepat dorang hantar dan makanan terima dalam keadaan elok dan panas. Katanya income boleh smpai RM12 sejam dan boleh dilakukan secara part time atau full time.

Ni masa order myburgerlab, sebelah kanan Ohana dan sebelah kiri
bait & switch, agak2 yang belah mana burgernya ada budu? hehe

Jawapannya Bait & Switch. ada Spicy Budu Mayo.
Best Sangat! 😋😋😋

4 Perkara yang korang kena ada untuk jadi rider foodpanda.
✅ iPhone 4s atau lebih baru atau telefon bimbit Android versi 4.2 atau lebih baru
✅ motorsikal dan lesen motorsikal kelas B2
✅ bertanggungjawab dan boleh diharap serta beramanah tinggi
✅ berusia 18 tahun dan ke atas.

Simple je kan.

Lepas gym dahaga. order Gong Cha!

Lepak di pool. order Juice Work!

Kenny Rogers for dinner!

PappaRich ni memang terkejut. porsi besar dan masih lagi panas!

Korang dah order belum chicken popcorn KFC?

Ni kelmarin. lift satu lagi rosak dan hampir 20 minit ridernya tunggu.
Thank you sangat2 sabar menunggu. Really appreciate rider foodpanda!

Sushi King! free delivery! 
hah! free delivery? Yes. 26-30 April foodpanda buat FREE DELIVERY SELURUH NEGARA untuk semua makanan. x payah pakai promo kod apa2 untuk first 8000 redemption!  Fuhhh! terbaik! malam ni nak order apa ya?


Share:

Saturday, March 23, 2019

Time Capsule Retreat Sungai Lembing dan Air Terjun Pelangi - Ini Sebab Kenapa Kami Repeat Trip

Hi guys, sebut je stay dalam tube. 1st yang muncul dalam fikiran mesti Time Capsule Retreat di Sungai Lembing kan. Sebelum Fiz share kenapa kitorang repeat trip ke sini, Fiz share cara ke sini macam mana yer.

Kereta Sendiri : dari KL masuk Lebuhraya Pantai Timur lebih kurang 4 jam.
Bas : dari Terminal Bersepadu Selatan ke Kuantan naik bas ekspress dan dari Kuantan ke Sungai Lembing naik bas rapid.

Cara booking korang boleh book di websitenya disini atau whatsapp terus Young 013-9638888.

Dorang ada beberapa jenis bilik. tapi x syok la kan kalau dah ke sini, x stay dalam tube. heee

tube nya ada dua jenis. tergantung korang nak stay yang macam mana

mickey mouse!
Antara sebab kenapa kitorang repeat trip ke sini adalah suasana kampungnya yang aman damai. Serius masuk je Pintu Gerbang Selamat Datang ke Sungai Lembing. korang boleh tengok rumah2 cina dan melayu berdekatan dan saling berasimilasi.

Sungai Lembing. checked!

Nak makan kat sini pun senang. ada Food Court Cina dan Food Court Melayu. Tak sah kalau datang pahang x makan Gulai Tempoyak Ikan Patin. di Food Court Melayu tu ada satu kedai makan yang jual tempoyak ikan patin. harga pun murah.


Walaupun Sungai Lembing ni macam pekan super kecil. tapi banyak tempat menarik. Korang boleh pergi ke Muzium Sungai Lembing, Muzium Tambang Sungai Lembing, Muzium 3D, Jambatan Gantung, Main ATV, sewa basikal pun boleh sebab situ ada dibuat laluan khas untuk berbasikal.

nak masuk ke dalam. korang kena jalan berundur macam ni

ok melawak je. masuk naik keretapi comel ni. unik kan.

kedalaman sejauh 700m. dan pengudaraan yang bagus. angin sejuk kat dalam

menunggu awak


tersexy lak. lol

keluar ikut sini.

jumpa serangga ni. katanya sama dengan warna baju Henri.

katanya nak buat video primitif kat sini. on x on?

unik kan pokok ni. x perasan atas ada sarang lebah. huhu

apakah ini?

petangnya kami makan dir estoran rizqi

sate kambing dia best
Malamnya korang jangan lupa main wayang kulit yer. macam mana tu? macam ni haa

bumi bentuk sfera

buka rata. pandai2 la korang buat ceritanya cemner

Esok paginya pukul 6 kitorang ke Air Terjun Pelangi menaiki 4x4 yang dah diubahsuai. sebelum tu kitorang diturunkan di depan food Court Cina. bagi yang muslim, boleh makan di sebelah foodcourt tu ada kedai makan halal.

aiya ready kids?!
Kitorang lanjutkan perjalanan dan berhenti di Puncak Bukit Panorama untuk tengok matahari terbit. giler cool! oh ya, diingatkan korang supaya mula2 gerak pakai sweater or baju lengan panjang coz angin pagi sangat sejuk!

good morning!

beautiful me!


Bagi yang suka masuk hutan memang suka trip ni coz sometime kena lalu jalan yang berbatu, sungai kecil dan lereng bukit. Dalam 1 jam macam tu, sampai di check point sebelum kena lintas sungai dan jungle trekking sikit (1.2km je). Trip kali ni memang amazing sangat. kitorang jumpa anak ular sawa di celah-celah batu. mula2 excited rakam. pastu dia gerak ke arah kitorang. cepat2 lari. heeee.

here we go!

eh eh boleh lak stop tengah jambatan nak ambil gmbr.

acah2 ekstrem. huhu

100meter lagi. chaiyo!

terjumpa bunga pahlawan.

Sampainya di air terjun, kena tunggu sikit masa. dalam 10.30 cemtu baru ada pelangi! memang rasa sangat menakjubkan! ingat masa kecil2, selalu terfikir macam mana rupa kaki pelangi. di Air Terjun Pelangi ada jawapannya! korang nak tahu macam mana rupa kaki pelangi? haaa kena join la trip ni. hehe Percaya atau tidak, terpulang korang. kitorang nampak lobster air tawar di kawasan air terjun. kecil je. agak2 habitatnya atau ada orang bela disitu?

can u see the rainbow?

serius talk! i love this place!

selfie!

balancing rock!
Tetiba rasa sakit sangat di tangan. ada pacat! punya la susah nak singkirkan dari tangan. sampai berdarah. huhu. Oh ya lupa nak mention, di air terjun, driver yang bawa kita tadi akan sediakan maggi cup panas2 dan milo/nescafe panas. jangan lupa redeem! hehe dan sampah2 nya mohon bawa pulang sendiri. kalau nak lenggang je. bagi je ke driver tadi. memang dorang sruh bagi ke dorang smula mangkuk maggi dan plastic cup tu.

kalau dari side ni x nampak pelanginya.
Jam 11 bertolak pulang. sampai di capsule tu dorang x rushingkan kita untuk check out. take our time dulu nak kemas barang dan mandi. 12.30 kitorang check out. biasanya pukul 12pm-2pm orang dah check out. dan xde orang di tempat Parallel Discovery (nama biliknya). maka terjadilah gambar2 ni. heee

jangan intai saya mandi!

sape belom mandi. meh abang mandikan

selfie lagi!

rasa2 ada orang x kat dalam? haha

actually trip ni khas untuk sambut birthday Henri yang ke?
haha Happy Birthday my travel buddy!

Selamat menonton video kitorang ke Rainbow Waterfall!


siap sudah weekend gateway kitorang. wait! belum lagi. pulangnya kitorang singgah di Gambang Waterpark. tapi kitorang x main air. nak tahu kitorang buat apa? kena tunggu next entri!

**trip ke Air Terjun, korang boleh book masa check in.

Share:

Thursday, February 14, 2019

Trip Yogyakarta Daerah Istimewa - Part 3 (Hutan Pinus Mangunan, Jurang Tembelang, Pantai Timang dan Alun-Alun Kidul)

Terasa sangat berada di Indonesia

Kolam yang bersih dan berseni sangat hotel ni.

Sama x dengan Wayang Kulit Kelantan?

Pintu Masuk. nak tahu kat mana ni? baca sampai habis gais.

Tupp, tup,, dah hari ketiga di jogja. pagi ni kitorang bertolak ke Hutan Pinus Mangunan. Sebuah tempat yang banyak pokok2 pinus dan beberapa spot untuk berswafoto. Bayaran masuk sini sangat murah. tak sampai RM1. hah! terkejut x? haha

lawa tak gais?

bukan pokok getah ok. haha

sangat cantik pondoknya

rumah nenek kebayan ke ni?


Seterusnya kitorang ke Jurang Tembelang. kat sini pun banyak tempat2 untuk bergambar, tapi lagi cool sebab bergambar di tepi jurang. nah! cuba tengok korang berani x kat sini. bayaran masuk pun sangat murah.

berani ke idok?

angah berani giler. marah abah nanti tunjuk gmbr ni. haha

ni masa musim panas. kalau tak belakang tu kehijauan

nak ke mana tu?

Fiz pun ada lah bergambar kat sini! ingat gayat ke? haha


Tengah hari tu kitorang terus ke Pantai Timang. perjalanan yang sangat jauh. sampai di satu pintu masuk. ada dua pilihan, naik gojek atau jeep untuk ke Pantai Timang. sebab kereta biasa x boleh lalu. jalan yang sangat berbatu-batu. gojek rp50k pergi balik. jeep rp350k pergi balik. kitorang ambil jeep. tapi sebelum tu makan dulu di warung situ famousnya lobster. tapi kitorang x makan coz angah dan Fiz alergik lobster. huhu

besar! tapi sayang x boleh makan. huhu
here we go!

semangat berhenti tengah jalan semata-mata nak ambil gambar. hehe

yeay dah smpai!


Perjalanan lebih ekstrem dari naik roller coaster. huhu. tapi sampainya di Pantai Timang. wow! giler cool gais. tempat macam ni memang xde di Malaysia. tanpa lengahkan masa, terus ke kaunter tiket. rupanya tiket naik gondola dan jambatan adalah berbeza. kalau bayar untuk naik gondola, x boleh pulang naik jambatan. begitu la sebaliknya. so kalau nak try dua-dua. kena bayar dua tiket. harga ikut jambatan lagi murah berbanding naik gondola. mestilah, gondola digerakkan pakai tenaga manusia. ada beberapa orang akan tarik tali gondola untuk kita menyeberang.

let's go!

with my lovely sister

dah lama gondola ni. tapi dulu guna untuk tangkap lobster

kami tahu kami cool. EH!

lawanya kat sini!

opsss. cekcinye abam

watu panjang!

unik batuan kat sini

cool giler my sis. x menjerit pun. 


Lepas naik gondola pulang, kitorang penasaran nak cuba jambatan gantung dia tu. nego dengan dia dapat rp50k untuk bertiga. katanya nak bergambar je. bukan untuk menyeberang. Fiz memang x smpai ke tengah lah. gayat wei. huhu

takut x ?

budak ni berani betul.


Pulangnya terus balik hotel. kitorang check in di Adhistana Hotel. sebuah hotel yang sangat instagramable! malamnya diajak Yauma untuk cuba Special Sambal. ada 34 jenis sambal di restoran tu. kitorang sampai keluar air mata. pedas giler! dan makanannya pun sangat murah! please buka cawangan di KL. huhu

makan dulu gaisss

sambalnya mintak ampun. pedas abis!


Lepas tu kitorang ke Alun-Alun Kitorang. tempat ni sangat happening untuk nongkrong (lepak2) dengan member2. Di tengah padang ada dua pokok. katanya kalau dapat lalu antara dua pokok tu sambil mata tertutup, hajat kita akan termakbul. So we just join the game, tanpa buat wish apa2. ketiga-tiga kitorang tersasar. terpesong ke arah lain. cuma Yauma je yang dapat lalu. wahhh hebat. dan kat situ ada banyak beca2 lampu neon yang cantik2. cuma rp20k je untuk 1 round.

bisa nyetir mas?

here we go!

bagi girls yg bawa.

kami rilex rilex je. boleh percaya? haha

lawa2 basikal/van/kereta sini. x tahu ape nama. sebab kena kayuh. huhu


Then hari seterusnya kitorang cuma chill2 di Adhistana Hotel. best ke x best hotel ni? nanti Fiz share review okay. Tonton vlog ni kalau korang nak tengok best x tempat2 ni.





Share:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com