Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Saturday, November 17, 2018

TRIP JAWA TIMUR - SUNRISE DI PUNCAK PENAJAKAN 2 DAN AIR TERJUN MADAKARIPURA

JAN 2018
Awal pagi yang super sejuk, Rudi dan Budi sudah tunggu kitorang di luar hotel. So pagi tu kitorang
pakai jasa ojek dorang untuk lihat matahari terbit di Puncak Penajakan 2. Sangat disarankan korang naik ojek je ke situ sebab jalan jem. Kalau naik ojek, dia boleh hantar kita betul2 depan gate pendakian. Kena daki sikit untuk sampai puncak. Untuk mendaki dan turun Puncak Penanjakan 2, akan ada orang2 bawa kuda dan tawarkan servisnya. nego banyak2 gais. huhu Atas puncak tu korang boleh tengok lembaran awan yang meluas dan tetiba macam langsir pentas, awan tu hilang, nampak Gunung Bromo, Tengger dan Semeru di sebelah kanan. di sebelah kiri boleh nampak Cemoro Lawang.

melihat pemandangan Cemoro Lawang

turunnya kitorang naik kuda

macet no problem, kitorang naik ojek
Dalam pukul 8 kitorang turun dan balik hotel untuk check out. makan pagi di Lava Cafe  dan terus menuju ke Air Terjun Madakaripura. Dalam perjalanan, mengantuk giler. terhantuk-hantuk kepala Akus. nasib baik x jatuh. berapa kali suruh dia stop tepi jalan untuk basuh muka. huhu

bro pakai tanktop tu kebal x sejuk ke? haha

Madakaripura, here we go!


comel x saya?
Sampai satu tempat, dorang stop motor dan bawa dua kawannya. katanya sebab xde helmet, x dapat teruskan perjalanan, dorang minta kawan dorang hantar kitorang ke air terjun dan balik ke probolingo. Tanpa sangsi dan syak wasangka. kitorang ok kan je sebab bayaran yang di dealkan diawal tadi, dorang split dua antara dorang. Rudi dan Budi balik ke Cemoro Lawang. kitorang teruskan perjalanan ke air terjun. Kalau korang datang naik kereta, nanti ada satu tempat stop. korang akan disuruh sambung perjalanan ke air terjun naik gojek orang tempatan.

isi bensin dulu gais. lupa dah nama pakcik ni. huhu

kawasan parking untuk yg naik kereta dan disuruh naik ojek

kitorang boleh masuk dengan selamba je. eh
Sampai di pintu masuk, kitorang terus ke kaunter tiket dan jalan kaki menuju air terjun. Kawasan yang sangat alami dan air terjun yang sangat cantik.

harga masuk

kena berjalan sikit

Patung Gajah Mada

jalur yg selesa

dah nampak air terjun gais

ada disediakan jambatan juga. so x kena redah anak sungai

sikit lagi!

sejuk weh!

make sure bawa waterproof bag dan casing

ni kat bahagian bawah.

nampak tu orang tengah panjat,
ke bahagian atas yang lagi cantik

nak sewa float? click di sini

dah jom balik
Lepas menikmati keindahan di situ, kitorang sambung perjalanan ke Stesen Kereta Api Probolinggo. sambung hentuk2 kepala yg bawa ojek tu. huhu Untung selamat sampai dan ada 30 minit lagi sebelum keretapi bertolak. Memang syukur sangat2 ngam smpai sebab kalau terlepas train, sekali dengan flight akan terlepas.

kali ni ambil coach bisnes!

letak kepala terus tidur!

ada tayangan movie.
Sampai di Surabaya, kitorang naik grab ke Kebun Binatang (Zoo). untuk ape? mestilah untuk ambil gambar depan tugu landmarknya kota kedua terbesar di Indonesia ni. Tugu Surabaya (ikan jerung dan buaya).


Tak sah ke Surabaya kalau x bergambar di sini!

cer teka, perlawanan jerung dan buaya, sape yang menang?
That's all untuk Trip Jawa Timur: Kawah Ijen - Pulau Tabuhan - Gunung Bromo - Air Terjun Madakaripura. Sungguh trip kali ni sangat mencabar dari daki gunung ke pulau, ke gunung lagi dan ke air terjun pulak. yang lagi mencabar adalah ketiadaan internet (ni sangat menyeksakan generasi macam kita kan. huhu). Alhamdulilah syukur semuanya berjalan lancar. seperti yang dijanjikan, Fiz akan kongsi contact2 yang membantu sepanjang trip.

Penginapan di KarangAsem (sebelum ke Kawah Ijen) dan trip ke Kawah Ijen.
Instagram : @rumahsinggahbwi
Whatsapp :  +6281913914231 Mas Rahmat
Website    :  ijentoursandtravel.com

Supir ke Kawah Ijen dan Pulau Tabuhan
Whatsapp : +6283832380448 (Mas Ardi)

Mas Akus Kuda Bromo
Nombor telefon (tiada whatsapp) : +6282302422531

Mas Budi Ojek Bromo
Nombor telefon (tiada whatsapp) : +6285330126807

Penginapan di Losmen Adas (Cemoro Lawang, Bromo)
Book melalui booking.com


flight KL-Surabaya, Juanda Airport ke Stesen keretapi Sidoarjo naik airport taxi sebab e-hailing x dibenarkan mengambil penumpang di aiport, menghantar boleh. Dari Stesen Keretapi Sidoarjo ke Stesen KarangAsem. Jalan kaki ke Rumah Singgah BWI. Return dari rumah singgah bwi ke Kawah Ijen naik mpv dah termasuk dalam pakej. Tambah pakej ke Pulau Tabuhan. Dari Stesen KarangAsem ke Stesen Probolinggo naik keretapi. Dari Stesen Probolinggo ke Terminal Bayu Angga naik mini bus. Dari Terminal Bayu Angga ke Cemoro Lawang naik bison. Dari Cemoro Lawang ke Gunung Bromo naik kuda. ke Puncak Penajakan 2, Air Terjun Madakaripura dan ke Stesen Probolinggo naik ojek. Stesen Probolinggo ke Stesen Surabaya naik keretapi. Stesen Surabaya ke Tugu Suroboyo dan ke airport naik grab. dari Surabaya ke KL dah tentu la naik flight. hehe

Total kos all in hanya RM1500 untuk berdua. Trip  ke Indonesia sememangnya sangat murah. ringan-ringankanlah tangan kita untuk beri dorang tips. sepanjang trip ni yang paling menarik perhatian Fiz adalah saat melihat blue fire dengan jarak dekat. bila cerah baru tersedar masuk ke dalam kawasan kawah. huhu fenomena alam indonesia memang terbaik. Tunggu catatan berikutnya gais Jogja dan Bali.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com