Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Sunday, November 4, 2018

TRIP JAWA TIMUR - PULAU TABUHAN

Actually plan kitorang nak g Pulau Menjangan, Bali dari Watudodol. Tapi sedikit tersalah faham dengan supir. Kitorang bertolak lambat ke jeti. dah nak tengah hari baru nk gerak, sedangkan trip ke Pulau Menjangan ada waktu pagi je. Tapi puji tuhan, kita dapat supir yang berusaha cari pengusaha bot/trip ke Pulau Menjangan. Sambil menunggu dan ditiup angin pantai sepoi-sepoi bahasa, dia pun datang beritahu dah xde bot ke Menjangan. sedikit kecewa sebab x dapat post di instagram BALI-CHECKED! HAHAHAHAHA. Then dia bawa kitorang ke Pantai Mutiara. Dia tanya2 pengusaha situ, ada trip ke Pulau Tabuhan yang mana dekat sikit dan terletaknya dalam Kabupaten Banyuwangi. Kitorang pun terima, daripada x tahu nak buat ape petang tu kan.



Sepanjang naik bot ke Pulau Tabuhan. boleh nampak dengan jelas keindahan muka bumi Pulau Bali di bahagian barat. Sampai di Pulau Tabuhan. pasir yang putih dan pantai yang jernih. cepat2 buka baju dan terjun ke pantai. snorkeling lah! apa lagi. banyak ikan dan rumput laut. first time tengok ada rumput di laut, bukan rumpai laut. dan tiba-tiba! jeng jeng jeng! cepat-cepat berenang ke darat, panggil Henri dah cukup berenang nya! ada ular! pucat terus muka. huhu dan beritahu pemandu boat, dia cakap okay je ular tu. tapi perasaan geli dan takut tu masih ada. kitorang berenang di pinggir pantai je. huhu  Baru je berapa minit sampai, hujan lebat dan air pun keruh.

Pulau Tabuhan terletak di Selat Bali.
kira official belum ni ke Bali? haha

Air yang tenang sebelum ribut datang. huhu

Rumput dalam laut.

Snorkeling equipment dah dalam pakej

Dalam rumput ada ular. huhu

jeng jeng jeng. laut dah bergelora. huhu

petang yang mendung. ok jom balik. huhu
Semua berteduh di pondok dan beli indomie untuk panaskan badan. Actually pulau ni cantik sangat, tapi kerana hujan, kitorang balik awal. Hari kedua x seperti yang dirancang, lagi pun penat giler lepas mendaki kawah ijen, nak terus pergi pulau? haha buat kerja giler la Hafiz ni. 

tak sempat nak keliling pulau dan ke point yang tebing pasir.
nak main buaian pun kecil. huhu

muka x puas hati. huhu

di Pantai Mutiara hujan dah berhenti.

unik pasirnya warna hitam

di belakang tu Bangsring Underwater.
katanya sangat suggest pergi situ

Memandang ke Selat Bali.
Pulang kitorang makan bakso. Malamnya kitorang tidur awal sebab esoknya pukul 6 pagi dah nak check out untuk naik kereta api menuju Probolinggo. Hentian untuk ke Bromo! catatan berikutnya penuh cabaran gais, sebabnya x ada kaunter tiket proper untuk ke Bromo. Stay tune!
Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com