Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Tuesday, October 16, 2018

Trip Yogyakarta Daerah Istimewa - Part 1 ( Gudeg Yu Djum, Greenhost Boutique Hotel, Taman Sari, Candi Prambanan dan House of Raminten)


Haluuuuu September. dalam banyak2 bulan, Fiz paling suka Bulan September. why ? why ? why? Becoz bulan ni adalah bulan kelahiranku. hehe So trip kali ni special untuk menyambut birthday Fiz di Kota Yogyakarta. Sebelum tangan menaip lebih banyak tentang keindahan daerah isitimewa ni, Fiz nak share dengan korang kenapa kota ni dipanggil daerah istimewa. Sebabnya kota ni satu-satunya di Indonesia yang masih mempunyai raja yang berkuasa. Hah! terkejut kan. sape cakap Indonesia xde raja.

Saje nak buatkan korang jeles, Fiz nk bagitau harga flight return KUL-JOG-KUL untuk seorang Fiz dapat RM100 SAHAJA. Jeles x? jeles x? haha. Thanks AirAsia! Flight kitorang dari KLIA2 pukul 9.35am sampai di Bandara Adisucipto pukul 11.20am Waktu Indonesia Barat (WIB) yang mana lewat satu jam dari waktu KL. Kawan Indonesia, Ola dan Dedy dah tunggu awal2. bagus dorang ni.

Punya la besar KLIA2 ni kan. stop ambil gambar dulu. hehe

akhirnya sampai ruangan menunggu.
First time in our life dapat gate P1. haha

here we go!

Nampak Gunung Merapi!


Tujuan pertama kitorang adalah lunch di Gudeg Yu Djum! Special dekat situ adalah krecek (kulit lembu yang dikeringkan). What? pernah makan x? haaaa kalau x pernah. korang kena cuba. rasanya macam keropok. dihidangkan dengan nasi, ayam gulai (beza gulai di Malaysia). dan tambah juga tempe. ternyata tempe di KL x sama dengan kt sana. heee. Total kos dikunyah? Gtratis! Ola traktir ! (belanja). yeay TQ Olalabebe!

Di Jogja mostly tempat kena bayar parking.
So sediakan duit keci;l awal2

kerepek khas nya

Menu

Nasi Krecek Ayam bersama es jeruk

Makan dulu!


Lepas makan kitorang gerak ke Taman Sari, sebuah tempat bersejarah yang dibina sejak tahun 1700an lagi. Dulunya sebuah taman istana yang juga merupakan benteng pertahanan terakhir kerajaan. Tiket masuk local 5ribu, foreigner 15ribu. Dipaksa Ola untuk Fiz beli tiket pakai slang indonesia. Wah! dapat harga local! huhu dan tiket untuk bawa kamera sendiri cuma 3ribu rupiah. satu tiket sudah lah. jangan nak rajin pergi bilang berapa kamera korang bawa. sebab nanti kat dalam xde orang check pun. Kat sini ada 3 spot bergambar, satu di kolam, kedua di Gedhong Lopak-lopak (yang ada tangga tu)nak ke sana dari main entrance susah sikit. banyakkan bertanya arah ke orang local yer gais. dan ketiga terowong bawah tanah dari dalam akan terus sampai ke pintu masuk tadi. Oh wait. Waktu operasi dari pukul 9pagi hingga 3 petang saja. datang lewat dah x boleh masuk.

harga tiket masuk Taman Sari.
Sini x boleh main drone gais.

sudut paling femes untuk ambil gambar disini

ingat comel buat macam tu? hah!

Rasa nak mandi je panas2 ni!

dari kiri, Dedy dan Ola, Angah dan Hafiz

dan pemain wayang kulit ni namanya Mas Henri

nak masuk ke bawah tanah,kena ambil gambar katanya.

Kalau dah smpai sini. kena buat garang. supaya orang lain jangan naik,
 kita ambil gambar dulu, haha ok gurau je

bagai pungguk rindukan bulan gitu.

haus ya mbol. eh mbak. 

haa ni la laluan untuk terus tembus ke pintu masuk dekat tiket tadi.

lawa kan terowongnya.


Lepas penat jalan2 dalam Taman Sari, kitorang terus ke hotel untuk check in, dimana? Semestinya di tempat AADC2 shooting, Greenhost Boutique Hotel. Layanan yang super friendly, hotel yang bersih kehijauan. dan setiap tempat dalam hotel bau wangi! Review Greenhost Hotel boleh tengok di sini.

dari luar sudah kehijaun. nama pun Greenhost kan.

Staff super friendly, masa check in dapat tisu basah dan air serai lagi.

Bahagian tengah hotel pun hijau!

gak bisa bobo ya mbak, kita harus ke Prambanan


Pukul 4 kitorang terus ke Candi Prambanan. Sebuah kompleks candi yang dikatakan dibangunkan oleh para jin dalam satu malam untuk Ratu Jonggrang. Katanya la. nak percaya ke, terserah! make sure sampai sebelum pukul 5 yer gais, after that, dah x boleh beli tiket. Sunset terbaik sangat dekat sini. boleh stay tengok sunset sampai pukul 7.

dari pintu masuk ke candi kena jalan sikit

sebelah kiri candi ada tulisan ni

Prambanan, Checked!

Sunset hunter katanya

warna merah sangat ngam dengan background candi  ni

lihat awan di sana, berarak mengikutiku

dan inilah Ratu Jongrang keturunan ketujuh. heee

kawasan yang bersih dan rapi

Besar giler binaannya

jaga angah, takut sesat. haha

temple run? no. just walk.

Akak posing on point ni dik. cepat ambil gambar

menanti sunset

golden moment

mempersembahkan. apakah? haha

duduk dulu. capek katanya

ok jom pulang.


Lepas tu kitorang terus ke House of Raminten. Sebuah restoran milik lady boy. hah! latar belakang owner dia tu belakang kira. yang penting servis dan makanan super terbaik gais. Nak makan sini kena tulis nama dan menunggu nama dipanggil. sebabnya. ramai! Orang cakap restoran ramai mesti sedap kan. Yes! Mesti cuba gais!

patung ownernya

waitress nya. heeee

jemput mamam!

Ni namanya ayam koteka. actually koteka adalah buluh
 yang menutup kemaluan lelaki di Papua. hehe

dan ni Sate Lilit khasnya Bali.
cuba dulu nanti november kita ke Bali yer.


Lepas dinner kitorang ke kedai kek. tak lengkap sambut hari jadi tanpa kek kan. hehe walau dah lebih pukul 9, supir tu tetap bawa kitorang. Bagus supir ni. Nak contact supir tu? Last Part nanti Fiz share yer.

haaa pilih nak yg mana.

Hafiz turns 23!

diapit dua cewe. hoho

Thank you my best buddy for the birthday treat!

Thank you gais.

Birthday boy kena duduk katanya. huhu

F for Falentina. the real name of Ola. LOL

Thats all gais untuk trip hari pertama di Jogjakarta. Bersambung di Part 2.




Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com