Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Tuesday, October 30, 2018

Teringin nak main baseball di PJ??? jom ke sini!

Gaya penting!

Setelah sekian lama nak main besbol, akhirnya tercapai hajat kelmarin. hehe last korang main bila? Fiz masa darjah 6 dulu. main dengan kawan2 sekampung, kitorang sebut "bola katok". Pastu member salah campak kayu pemukul kena kepala member lain, berdarah kepala. then dah x main main dah. huhu

Nama tempatnya "Its a hit rooftop baseball" terletak di lantai UR601 One Utama. Kalau dari lantai dua, korang kena naik lift yang tepi Parkson. buka dari pukul 12pm hingga 10.30pm kecuali sabtu dan ahad 10am hingga 10.30pm.

Xnak Que? Buat membership. harga pun lebih murah.

student price

and ni kita la orang awam. huhu

so kat sini ada dua jenis, baseball bola lebih kecil
dan softball bola lebih besar

korang kena beli token kat sini dulu.
Helmet disediakan. dan kayu pemukul di dalam gelanggang

here we go!

lepas masuk token dalam mesin ni, pilih tahap kelajuan.
make sure jangan tekan butang merah masa main.
ia akan stop the game dan x boleh refund

i'm ready!
btw sisi kiri gelanggang untuk baseball dan kanan untuk softball.

muka pasrah je. kena ke pukul? haha

oh pandai rupanya. haha
this is so instagramable!

jalan kena kepit2, coz seluarnya koyak! hahaha
excited sangat main sampai krakkkkkk! hahahaha
So gais, kitorang happy sangat main kat sini. Kalau korang mencari kegembiraan. Di sinilah tempatnya. Lets say korang tengah stress. lepaskan amarah tu masa pukul bola. dan pastikan pakai "proper attire" yer untuk mengelakkan seluar koyak macam si Henri ni. huhu Info yang lebih lanjut, korang boleh check di sini coz banyak lagi yang menarik seperti penyewaan dome, tangkap bola dan macam2 lagi!


Share:

Monday, October 29, 2018

Di One Utama ada Secret Garden gaisssss!

Geram nak pijak macam kat Thailand. haha

Hai Gais. Dah bosan jalan2 di taman sekitar KL? Fiz nak bagitahu ada pilihan lain dan yang penting masuk adalah PERCUMA! haaa kena tulis besar2 supaya korang tambah excited kan. Di One Utama Mall ada Secret Garden gais. Macam2 jenis tumbuhan pokok dan bunga termasuk lah pokok anggur, siap ada buah lagi! geram nak petik makan. haha Keladi gergasi, orkid, dan banyak lagi.

Lokasi Secret Garden ni terletak di Upper Rooftop (UR) One Utama. bukan di lantai bawah gais. atas tu pun boleh tengok seluas mata memandang kawasan Damansara/KL sebab rooftop nya terbuka.

buka cuma hari cuti dan hujung minggu je gais.
Tapi x ramai orang situ. nama lagi taman rahsia.
Ni Fiz share untuk kita2 je. hehe

nak like banyak di instagram?
korang kena post bergambar di taman ni.
ok jom masuk

ada buku untuk korang tahu lebih lanjut tumbuhan kat sini

uniknya keladi ni

cer teka pokok ape ni

ni pun lawa !

ok ni penjaga kat sini. orang tua ni dah umur 100 tahun. huhu

biasa tengok kaktus sekulen je. ni bapak besar

spot instagram!

cabut la satu dan pukul lah anak mu yang buas itu. haha

dalam banyak2 bunga. bunga ni menarik perhatian Fiz.
namanya Scarlet Passion Flower.

banyak sangat2 tumbuhan pelbagai jenis

another instagram spot!

buaya dan lidah2 nya!

boleh tengok pemandangan Damansara

kalau korang nak tahu. yang berjuntai tu akar2nya

uniknya! teratai warna Ungu!

Bukan Henri yang pendek, Keladi tu yang super tinggi, 

Rest dulu katanya
Ok Gais! Thats all Fiz nak kongsikan. Korang kena datang dan  tengok dengan mata kepala sendiri. Kalau tengok di internet memang x cukup. Btw nak ke sini liftnya cuma ada di satu bahagian.

kalau korang dari lantai dua. cari signboard ni ya untuk ke liftnya.
Terima kasih baca entri kali ni di Secret Garden One Utama. Jumpa lagi di entri seterusnya. dimana? Di Bali gais! ^,^



Share:

Wednesday, October 24, 2018

Eat & Repeat, betul ke akan repeat?

Hi guys. Hari tu Fiz, Miss Yati dan kawan2 ke Eat & Repeat Bangi. Mengidam sangat2 lepas tengok post viral di sosial media pasal kedai makan ni. Tanya pakcik google, alahai dekat je dengan tempat Fiz study dulu, German-Malaysian Institute. Sebelum flight kitorang ke Kuching, Sarawak. kitorang singgah dulu dinner di Eat & Repeat Bangi.



terletak di belakang Petronas Seksen 15 Bangi

Menu, setiap makanan atau minuman RM1.90 je gais
di bagi sifir, senang kira total nanti.

yang kitorang order. portion nya pun banyak!

its mine!

yang suka chicken wing tu. silakan ke sini!

doa, selfie dan makan! 
oh ya, waktu operasi sini dari pukul 10 pagi hingga 11 malam. hari isnin tutup yer gais. dan rupanya ada 3 lagi cawangan Eat & Repeat. Kuala Selangor, Senawang dan Shah Alam. Btw ada beberapa promo di sini.

sebut je Happy Hour mesti terbeliak mata korang kan.

Sape lahir bulan September? kita geng!

special request? silakan gais. jangan malu2.
So nak repeat x ni lagi? InsyaAllah ada masa boleh repeat lagi. overall makanan memang okay dan cepat. Next entri adalah Trip to Kuching Sarawak, Stay tune guys!






















Share:

Tuesday, October 16, 2018

Trip Yogyakarta Daerah Istimewa - Part 1 ( Gudeg Yu Djum, Greenhost Boutique Hotel, Taman Sari, Candi Prambanan dan House of Raminten)


Haluuuuu September. dalam banyak2 bulan, Fiz paling suka Bulan September. why ? why ? why? Becoz bulan ni adalah bulan kelahiranku. hehe So trip kali ni special untuk menyambut birthday Fiz di Kota Yogyakarta. Sebelum tangan menaip lebih banyak tentang keindahan daerah isitimewa ni, Fiz nak share dengan korang kenapa kota ni dipanggil daerah istimewa. Sebabnya kota ni satu-satunya di Indonesia yang masih mempunyai raja yang berkuasa. Hah! terkejut kan. sape cakap Indonesia xde raja.

Saje nak buatkan korang jeles, Fiz nk bagitau harga flight return KUL-JOG-KUL untuk seorang Fiz dapat RM100 SAHAJA. Jeles x? jeles x? haha. Thanks AirAsia! Flight kitorang dari KLIA2 pukul 9.35am sampai di Bandara Adisucipto pukul 11.20am Waktu Indonesia Barat (WIB) yang mana lewat satu jam dari waktu KL. Kawan Indonesia, Ola dan Dedy dah tunggu awal2. bagus dorang ni.

Punya la besar KLIA2 ni kan. stop ambil gambar dulu. hehe

akhirnya sampai ruangan menunggu.
First time in our life dapat gate P1. haha

here we go!

Nampak Gunung Merapi!


Tujuan pertama kitorang adalah lunch di Gudeg Yu Djum! Special dekat situ adalah krecek (kulit lembu yang dikeringkan). What? pernah makan x? haaaa kalau x pernah. korang kena cuba. rasanya macam keropok. dihidangkan dengan nasi, ayam gulai (beza gulai di Malaysia). dan tambah juga tempe. ternyata tempe di KL x sama dengan kt sana. heee. Total kos dikunyah? Gtratis! Ola traktir ! (belanja). yeay TQ Olalabebe!

Di Jogja mostly tempat kena bayar parking.
So sediakan duit keci;l awal2

kerepek khas nya

Menu

Nasi Krecek Ayam bersama es jeruk

Makan dulu!


Lepas makan kitorang gerak ke Taman Sari, sebuah tempat bersejarah yang dibina sejak tahun 1700an lagi. Dulunya sebuah taman istana yang juga merupakan benteng pertahanan terakhir kerajaan. Tiket masuk local 5ribu, foreigner 15ribu. Dipaksa Ola untuk Fiz beli tiket pakai slang indonesia. Wah! dapat harga local! huhu dan tiket untuk bawa kamera sendiri cuma 3ribu rupiah. satu tiket sudah lah. jangan nak rajin pergi bilang berapa kamera korang bawa. sebab nanti kat dalam xde orang check pun. Kat sini ada 3 spot bergambar, satu di kolam, kedua di Gedhong Lopak-lopak (yang ada tangga tu)nak ke sana dari main entrance susah sikit. banyakkan bertanya arah ke orang local yer gais. dan ketiga terowong bawah tanah dari dalam akan terus sampai ke pintu masuk tadi. Oh wait. Waktu operasi dari pukul 9pagi hingga 3 petang saja. datang lewat dah x boleh masuk.

harga tiket masuk Taman Sari.
Sini x boleh main drone gais.

sudut paling femes untuk ambil gambar disini

ingat comel buat macam tu? hah!

Rasa nak mandi je panas2 ni!

dari kiri, Dedy dan Ola, Angah dan Hafiz

dan pemain wayang kulit ni namanya Mas Henri

nak masuk ke bawah tanah,kena ambil gambar katanya.

Kalau dah smpai sini. kena buat garang. supaya orang lain jangan naik,
 kita ambil gambar dulu, haha ok gurau je

bagai pungguk rindukan bulan gitu.

haus ya mbol. eh mbak. 

haa ni la laluan untuk terus tembus ke pintu masuk dekat tiket tadi.

lawa kan terowongnya.


Lepas penat jalan2 dalam Taman Sari, kitorang terus ke hotel untuk check in, dimana? Semestinya di tempat AADC2 shooting, Greenhost Boutique Hotel. Layanan yang super friendly, hotel yang bersih kehijauan. dan setiap tempat dalam hotel bau wangi! Review Greenhost Hotel boleh tengok di sini.

dari luar sudah kehijaun. nama pun Greenhost kan.

Staff super friendly, masa check in dapat tisu basah dan air serai lagi.

Bahagian tengah hotel pun hijau!

gak bisa bobo ya mbak, kita harus ke Prambanan


Pukul 4 kitorang terus ke Candi Prambanan. Sebuah kompleks candi yang dikatakan dibangunkan oleh para jin dalam satu malam untuk Ratu Jonggrang. Katanya la. nak percaya ke, terserah! make sure sampai sebelum pukul 5 yer gais, after that, dah x boleh beli tiket. Sunset terbaik sangat dekat sini. boleh stay tengok sunset sampai pukul 7.

dari pintu masuk ke candi kena jalan sikit

sebelah kiri candi ada tulisan ni

Prambanan, Checked!

Sunset hunter katanya

warna merah sangat ngam dengan background candi  ni

lihat awan di sana, berarak mengikutiku

dan inilah Ratu Jongrang keturunan ketujuh. heee

kawasan yang bersih dan rapi

Besar giler binaannya

jaga angah, takut sesat. haha

temple run? no. just walk.

Akak posing on point ni dik. cepat ambil gambar

menanti sunset

golden moment

mempersembahkan. apakah? haha

duduk dulu. capek katanya

ok jom pulang.


Lepas tu kitorang terus ke House of Raminten. Sebuah restoran milik lady boy. hah! latar belakang owner dia tu belakang kira. yang penting servis dan makanan super terbaik gais. Nak makan sini kena tulis nama dan menunggu nama dipanggil. sebabnya. ramai! Orang cakap restoran ramai mesti sedap kan. Yes! Mesti cuba gais!

patung ownernya

waitress nya. heeee

jemput mamam!

Ni namanya ayam koteka. actually koteka adalah buluh
 yang menutup kemaluan lelaki di Papua. hehe

dan ni Sate Lilit khasnya Bali.
cuba dulu nanti november kita ke Bali yer.


Lepas dinner kitorang ke kedai kek. tak lengkap sambut hari jadi tanpa kek kan. hehe walau dah lebih pukul 9, supir tu tetap bawa kitorang. Bagus supir ni. Nak contact supir tu? Last Part nanti Fiz share yer.

haaa pilih nak yg mana.

Hafiz turns 23!

diapit dua cewe. hoho

Thank you my best buddy for the birthday treat!

Thank you gais.

Birthday boy kena duduk katanya. huhu

F for Falentina. the real name of Ola. LOL

Thats all gais untuk trip hari pertama di Jogjakarta. Bersambung di Part 2.




Share:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com