Hi gais! lama x mem-blog kan. maklumlah mood raya kita sebulan! Sape suka mandi2 atas langit cepat angkat tangan?! Maksud Fiz sape suka berenang selfie2 di infinity pool? Mesti semua suka kan. haaa. kali ni Fiz nak share infinity pool yang super sangat sangat terbaikkkk di KL. Memperkenalkan.... THE FACE SUITES!
Tembamnya kan. dah cakap, masih mood raya. hehe
Orang cakap x sah menginap kat sini
kalau x ambil gambar di kerusi ni. hehe
Lobi bersih dan lighting on point gitu.
Sky pool dia ni terletak di tingkat 51 yang mana infinity pool paling tinggi di Malaysia! Wow! tinggi kan. yang buatkan Fiz suka, pool nya xde cermin penghadang, So kita boleh menikmati terus tiupan angin sempoi-sempoi bahasa di situ. eh eh mesti korang tertanya-tanya kan macam mana nak ke sini, mahal ke? Yes! tempat hebat macam tu x kan lima puluh hinggit je. sekurangnya kena ada rm500 untuk satu malam. tu kalau korang nak menginap di hotelnya la. boleh je nk kurangkan kos korang sesuai dengan bajet kita2 je dengan menginap di residen nya booking melalui Airbnb hanya rm150 satu malam. what??? seriuslah??? yup! tunggu ape lagi. cepat sana booking. haha
with my gym buddy, Henri
Meriah waktu weekend.
My twin, i mean belakang tu twin tower. LOL
acah2 model apek ni.
lepak2 di ketinggian tingkat 51
berlatar belakang Menara KL
Nanti korang akan dapat acces card, 1 card boleh bawa maximum 4 orang je ke sky pool nya. Let say korang book untuk 4 orang, tapi tipu sebenarnya 5 orang. So mereput la sorang lagi tu x dapat acces ke sky pool. huhu
Finally, I'm here! hehe
Apa yang membuatkan sky pool nya super bagus? Mestilah kerana nampak secara dekat ikon kebanggaan negara kita, Menara Berkembar Petronas di sebelah kiri dan Menara KL di sebelah kanan.
Sejuk ke bro
Amazing Subject. Eh! Amazing View!
Merenung ape tu...
alamak too much light, x nampak twin tower.huhu
dia nak buat ape tu depa-depa tangan.
busuk la wei. turun2. haha
acah2 sado...
happy dia berendam lama2.
Sky poolnya buka dari pukul 7 pagi hingga 10 malam. Menikmati permandangan malam di situ pun super lawa gais.
bersinar indah twin tower waktu malam.
dan... tadaa!!! Bersama keluarga Henri.
Btw, kalau ada customer float kitorang nak sewa float bawa ke sini, memang kitorang x bagi. kenapa x bagi? Sebab security nya x bagi la. haha memang mana2 infinity pool x boleh bawa giant float la. kan terjatuh ke sebelah sana, arwah jadinya. Kalau korang nak sewa/beli giant float macam unicorn, pegasus dan lain-lain, boleh sewa/beli dengan kami. Eh ter-promot pulak! alang2 dah promot, klik la website kami floattimekl.com atau whatsapp kami 018-3577911 dan 011-37001316.
Ni Fiz masukkan skali videonya. selamat menonton gais!
Terbaik ke Terbaik infinity pool nya? Mestilah Terbaik kan. Dari 10 bintang, Fiz bagi 10 bintang untuk The Face Suites Infinity Sky Pool. Nanti nak repeat lagi ke sini. Sape nak ikut???