Hi gais. Untuk New Year Trip 2018. Hafiz dan travel buddy, Henri buat trip ke Jawa Timur.
Antara tempat kitorang pergi adalah Kawah Ijen, Pulau Tabuhan, Gunung Bromo dan Air Terjun Madakaripura. Semua dilakukan selama 4 hari 3 malam dengan bajet RMxxx. haaa kalau nak tahu berapa, kena baca sampai habis.
29 Disember 2017
Kitorang naik flight AirAsia X dari KLIA2 pukul 12.45pm,
 |
Thank you umi abah hantarkan anak2 dorang ke airport. hehe |
 |
bye bye angah. kasihan dia x dapat join trip coz 1hb dah masuk sekolah |
 |
buku merah jangan lupa bawa. Passport nombor 5 berkuasa di dunia
bangga x? hehe |
 |
selfie masa boarding perkara perlu buat kan? heee |
sampai Surabaya (Juanda Airport) pukul 3.20pm terus beratur imigresen dan ambil taxi airport ke Stesen Keretapi Sidoarjo. tapi nasib tak menyebelahi sebab terlambat 5 minit. huhu. Kereta Api Indonesia ni sangat on time gais. Tapi syukurlah 30 minit kemudian masih ada train lain. Review dan cara booking Kereta Api Indonesia korang boleh tengok
disini.
 |
walau ape pun terjadi, tetap kena senyum! |
 |
kena check-in dulu. macam flight dah! |
Kitorang ambil train Surabaya-Probolinggo-Karangasem. why tak direct? coz direct train pukul 2 petang. x sempat flight kitorang. Sampai di Stesen Probolinggo pukul 6.15pm, kitorang makan dulu di Bakso Stasiun.
 |
jemput makan! |
Pukul 7pm bertolak dari Probolinggo, sampai di Stesen Keretapi Karangasem pukul 11.30pm, Mas Rahmat bagi rehat dulu 1 jam, takkan sampai terus ke gunung nak mendaki? huhu So untuk trip Kawah Ijen ni kitorang deal transport dan penginapan dengan Mas Rahmat.
30 Disember 2017
12.30am Kitorang bertolak dari hostel ke Paltuding mengambil masa selama 1 jam. Pemandunya Mas Ardi banyak bagi informasi pasal Kawah Ijen dan Banyuwangi. Paltuding ni macam checkpoint area sebelum pendakian. ada kedai makan, tandas, parking area, tempat berkhemah, dan pondok menjual tiket. Setiap pengunjung wajib membeli tiket pass pendakian ke kawah ijen,
harga untuk rakyat indonesia : weekend 7000 rupiah, weekday 5000 rupiah
harga untuk pelancong asing : weekend 150 000 rupiah, weekday 100 000 rupiah
Cara ke Puncak Kawah Ijen ada dua.
Pertama, korang mendaki pakai kaki sendiri yang mengambil masa selama dua jam dan sejauh 3km. Pastikan badan korang fit dan hati2 dalam pendakian. silap langkah boleh tergelincir dan terseliuh.
Kedua, naik ojek/troli atau disebut juga taksi. Macam mana rupa ojeknya?
 |
kalau di tempat lain, ojek tu motor teksi. kalau sini troli teksi |
Tiada harga tetap, boleh negotiate tapi pastikan tambang tu berbaloi dengan keringat dorang. kasihan juga dorang angkut kita. Kalau pendakian, sekitar 800ribu hingga 1 juta. Troli ditarik 3 orang, so dari tambang tu dibahagi 3 la. Kalau turun murah. dalam 200ribu seorang dah dapat. didorong sorang je. turun lebih senang berbanding mendaki. jgn risau. troli dorang ade brek.
Sampai Paltuding, kitorang try nasi rawon. pertama kali cuba. sedap! dan harga pun berpatutan. Enak menjamu selera dan hirup kopi panas dalam kedinginan. lupa lak tujuan sebenar nak tengok Blue Fire! yang mana hanya ada dua je di dunia ni. satu lagi di Iceland. WOW! kan! Pukul 1.45am kitorang baru mula mendaki. gerimis turun membasahi bumi kawah ijen menambahkan kedinginan. Dah pakai baju sejuk, kitorang pakai lagi baju hujan yang mana dah bawa dari Malaysia lagi. well prepared katanya! hehe
 |
ada buat sewa baju sejuk juga kat sini |
 |
semua pakai baju sejuk. memang sejuk! |
 |
saya pening kira duit rupiah.huhu |
 |
ni la nasi rawon. sedap gais. mesti cuba. |
beberapa kali berhenti rehat, dah nak smpai puncak, bau sulfur yang kuat. cepat2 pakai gas mask yang diberikan sewa termasuk dalam pakej. Sampai puncak, kena turun ke dalam kawah untuk tengok blue fire dengan lebih dekat. Harus turun dengan berhati-hati kerana trek yang berbatu-batu dan curam. Serious rasa macam wow! dapat tengok api tu dengan dekat. penat mendaki terus hilang! sejam berlalu x terasa.
 |
bukan mask biasa. gas mask. |
 |
nampak belakang tu. api biru. wow! |
 |
cuba pergi lagi dekat. amazing giler! |
 |
ni la sulfur. dorang buat jadi oleh2. tapi kitorang punya kena
rampas di airport. x boleh bawa naik kabin. huhu |
Hari makin cerah. Blue Fire pun hilang, sang suria pun muncul. orang lain beransur pulang. kitorang masih di dalam kawah tu melihat tasik biru yang mengagumkan keindahannya. Persoalan yang bermain dalam fikiran, dorang tambang sulfur/belerang tu, x habis ke? rupanya sulfur tu sentiasa keluar dari dalam bumi. bukannya ditambang macam batu kapur. Jam 7.30 kitorang turun ke Paltuding.
 |
tasik dalam kawah Gunung Ijen. |
 |
sejuk lagi ke pakai baju sejuk ni? huhu |
 |
cam kawasan salji kan?haha |
 |
fefeling daki gunung bersalji! |
 |
seorang lelaki dan sebuah ojek. |
 |
peaceful place! |
 |
sulfur mas ni angkat dalam 80-100kg. orang sebelah tu mampu? |
 |
berlatar belakang asap sulfur |
 |
ni la yang sempat Fiz angkut! yer yer jer! hah! |
 |
aman je rasa tengok gunung ganang |
 |
dah jom balik. |
Lepas 1km turun, otot kaki Fiz kejang. Mas Ojek tu tawarkan 150k untuk kitorang ambil jasa ojeknya. sekejap je dah smpai Paltuding dan mas ojek tu x tercungap pun. kuat tenaga dorang! jalan ke parking kereta, Mas Ardi dah tunggu. soalan pertama dia "dapat liat blue fire?". Dapat! katanya ada tourist yang x dapat tengok, salah satu sebabnya x turun ke kawah. haa nak tengok benda rare kena adventure sikit! perjalanan balik ke hostel sempat kitorang tidur! capek! huhu
Bersambung di Trip Jawa Timur - Pulau Tabuhan, Banyuwangi
0 comments:
Post a Comment