Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Saturday, December 29, 2018

Haluu World : Tempat Selfie Paling Instagrammable di Jakarta

Mandi IndoMie!
Hai gais. Cuti hujung tahun ni korang ke mana? Fiz dan Henri ke Jakarta, ibu negara Indonesia khusus untuk ke Haluu World. Trip kali ni kitorang ditemani oleh kawan Indonesia, Nana dan Putra. Mesti korang tertanya-tanya tempat apa ni kan? Haluu World ni adalah exhibition dengan prob prob yang sangat unik dan instagrammable. Setiap ruang mempunyai konsep yang berlainan. Sebelum share gambar2 yang super cool kat sana, Fiz share detail dulu yer gais.

Lokasi : Warehouse, Plaza Indonesia Level 5.
Harga : Rp 90k = Rm25 untuk hari isnin-jumaat
             Rp 110k = Rm30.50 untuk hari sabtu-ahad
Waktu operasi : 10am-10pm, masuk terakhir pukul 9.30pm,
                          sesetengah public holiday dipanjangkan hingga pukul 12pm.

Di Haluu World ni ada 13 konsep yang berbeza. jom tengok Fiz bergambar dekat konsep mana je?


Masa mula2 masuk kitorang di greeting oleh Paula yang sangat friendly.
jawapnya #HALUUBanget!!! 
HALUU Banget!

Zirafah dan kuda belang. heee
Nak tengok Fiz menari sotong x? Klik di sini πŸ˜

Nak tahu ape yang terjadi bila masuk dalam buble ni?
Korang kena datang sini la 😜



Castle in the sky

ewwww sh*t!!!

di dalam bullshit zone ni adalah ruangan infiniti

tahukah anda apakah Future is Female?

ditenggelami dedaun sakura....

Gadis dan bunga

Bercahaya muka lepas mandi bunga 🌸🌸🌸

Buai ku laju-laju~

Instagrammble sangat kat sini

Kerepuk rangup!

awak nak kerupuk ke nak saya? haha

Paling best mandi IndoMie! πŸ˜†πŸ›€πŸ»
Ok Sejujurnya semua konsep Fiz pergi berfoto. hehe memang sejenis yang tak nak rugi gitew. heee Btw gais Haluu World di Plaza Indonesia ni berlangsung dari 15 December 2018 hingga 3 Mac 2019 je. cepat2 beli tiket flight ke Jakarta sekarang! hehe✈️😁

Thank you Nana dan Putra temankan di sini. #Friendshipforever

Jom Fiz bawa korang ke Haluu World dengan cara tonton video dibawah. hehe ⬇︎⬇︎⬇︎










Share:

Saturday, November 17, 2018

TRIP JAWA TIMUR - SUNRISE DI PUNCAK PENAJAKAN 2 DAN AIR TERJUN MADAKARIPURA

JAN 2018
Awal pagi yang super sejuk, Rudi dan Budi sudah tunggu kitorang di luar hotel. So pagi tu kitorang
pakai jasa ojek dorang untuk lihat matahari terbit di Puncak Penajakan 2. Sangat disarankan korang naik ojek je ke situ sebab jalan jem. Kalau naik ojek, dia boleh hantar kita betul2 depan gate pendakian. Kena daki sikit untuk sampai puncak. Untuk mendaki dan turun Puncak Penanjakan 2, akan ada orang2 bawa kuda dan tawarkan servisnya. nego banyak2 gais. huhu Atas puncak tu korang boleh tengok lembaran awan yang meluas dan tetiba macam langsir pentas, awan tu hilang, nampak Gunung Bromo, Tengger dan Semeru di sebelah kanan. di sebelah kiri boleh nampak Cemoro Lawang.

melihat pemandangan Cemoro Lawang

turunnya kitorang naik kuda

macet no problem, kitorang naik ojek
Dalam pukul 8 kitorang turun dan balik hotel untuk check out. makan pagi di Lava Cafe  dan terus menuju ke Air Terjun Madakaripura. Dalam perjalanan, mengantuk giler. terhantuk-hantuk kepala Akus. nasib baik x jatuh. berapa kali suruh dia stop tepi jalan untuk basuh muka. huhu

bro pakai tanktop tu kebal x sejuk ke? haha

Madakaripura, here we go!


comel x saya?
Sampai satu tempat, dorang stop motor dan bawa dua kawannya. katanya sebab xde helmet, x dapat teruskan perjalanan, dorang minta kawan dorang hantar kitorang ke air terjun dan balik ke probolingo. Tanpa sangsi dan syak wasangka. kitorang ok kan je sebab bayaran yang di dealkan diawal tadi, dorang split dua antara dorang. Rudi dan Budi balik ke Cemoro Lawang. kitorang teruskan perjalanan ke air terjun. Kalau korang datang naik kereta, nanti ada satu tempat stop. korang akan disuruh sambung perjalanan ke air terjun naik gojek orang tempatan.

isi bensin dulu gais. lupa dah nama pakcik ni. huhu

kawasan parking untuk yg naik kereta dan disuruh naik ojek

kitorang boleh masuk dengan selamba je. eh
Sampai di pintu masuk, kitorang terus ke kaunter tiket dan jalan kaki menuju air terjun. Kawasan yang sangat alami dan air terjun yang sangat cantik.

harga masuk

kena berjalan sikit

Patung Gajah Mada

jalur yg selesa

dah nampak air terjun gais

ada disediakan jambatan juga. so x kena redah anak sungai

sikit lagi!

sejuk weh!

make sure bawa waterproof bag dan casing

ni kat bahagian bawah.

nampak tu orang tengah panjat,
ke bahagian atas yang lagi cantik

nak sewa float? click di sini

dah jom balik
Lepas menikmati keindahan di situ, kitorang sambung perjalanan ke Stesen Kereta Api Probolinggo. sambung hentuk2 kepala yg bawa ojek tu. huhu Untung selamat sampai dan ada 30 minit lagi sebelum keretapi bertolak. Memang syukur sangat2 ngam smpai sebab kalau terlepas train, sekali dengan flight akan terlepas.

kali ni ambil coach bisnes!

letak kepala terus tidur!

ada tayangan movie.
Sampai di Surabaya, kitorang naik grab ke Kebun Binatang (Zoo). untuk ape? mestilah untuk ambil gambar depan tugu landmarknya kota kedua terbesar di Indonesia ni. Tugu Surabaya (ikan jerung dan buaya).


Tak sah ke Surabaya kalau x bergambar di sini!

cer teka, perlawanan jerung dan buaya, sape yang menang?
That's all untuk Trip Jawa Timur: Kawah Ijen - Pulau Tabuhan - Gunung Bromo - Air Terjun Madakaripura. Sungguh trip kali ni sangat mencabar dari daki gunung ke pulau, ke gunung lagi dan ke air terjun pulak. yang lagi mencabar adalah ketiadaan internet (ni sangat menyeksakan generasi macam kita kan. huhu). Alhamdulilah syukur semuanya berjalan lancar. seperti yang dijanjikan, Fiz akan kongsi contact2 yang membantu sepanjang trip.

Penginapan di KarangAsem (sebelum ke Kawah Ijen) dan trip ke Kawah Ijen.
Instagram : @rumahsinggahbwi
Whatsapp :  +6281913914231 Mas Rahmat
Website    :  ijentoursandtravel.com

Supir ke Kawah Ijen dan Pulau Tabuhan
Whatsapp : +6283832380448 (Mas Ardi)

Mas Akus Kuda Bromo
Nombor telefon (tiada whatsapp) : +6282302422531

Mas Budi Ojek Bromo
Nombor telefon (tiada whatsapp) : +6285330126807

Penginapan di Losmen Adas (Cemoro Lawang, Bromo)
Book melalui booking.com


flight KL-Surabaya, Juanda Airport ke Stesen keretapi Sidoarjo naik airport taxi sebab e-hailing x dibenarkan mengambil penumpang di aiport, menghantar boleh. Dari Stesen Keretapi Sidoarjo ke Stesen KarangAsem. Jalan kaki ke Rumah Singgah BWI. Return dari rumah singgah bwi ke Kawah Ijen naik mpv dah termasuk dalam pakej. Tambah pakej ke Pulau Tabuhan. Dari Stesen KarangAsem ke Stesen Probolinggo naik keretapi. Dari Stesen Probolinggo ke Terminal Bayu Angga naik mini bus. Dari Terminal Bayu Angga ke Cemoro Lawang naik bison. Dari Cemoro Lawang ke Gunung Bromo naik kuda. ke Puncak Penajakan 2, Air Terjun Madakaripura dan ke Stesen Probolinggo naik ojek. Stesen Probolinggo ke Stesen Surabaya naik keretapi. Stesen Surabaya ke Tugu Suroboyo dan ke airport naik grab. dari Surabaya ke KL dah tentu la naik flight. hehe

Total kos all in hanya RM1500 untuk berdua. Trip  ke Indonesia sememangnya sangat murah. ringan-ringankanlah tangan kita untuk beri dorang tips. sepanjang trip ni yang paling menarik perhatian Fiz adalah saat melihat blue fire dengan jarak dekat. bila cerah baru tersedar masuk ke dalam kawasan kawah. huhu fenomena alam indonesia memang terbaik. Tunggu catatan berikutnya gais Jogja dan Bali.
Share:

Friday, November 16, 2018

TRIP JAWA TIMUR - BROMO (Cemoro Lawang)

Bromo Dec 2017

Haluuu gaisss. bersambung di hari yang ketiga. Naik kereta api dari KarangAsem ke Probolinggo dan makan di Bakso Stasiun lagi! sebabnya sedap! tu kitorang repeat!

harganya pun berpatutan

then nak ke Bromo x tahu macam mana. kitorang ke kaunter informasi, tempatnya pondok seberang Stesen Probolinggo. Tapi hari tu tutup. huhu. So tanya orang, katanya dari Stesen Keretapi Probolinggo, kena naik ojek/mini bas ke lokasi berdekatan terminal bas Bayu Angga.

suasana sekitar depah stesen
terserempak dengan travellers dari Thailand.
kongsi tambang dengan dorang.

Pastu naik Bison (sejenis van) untuk ke Cemoro Lawang (nama tempat untuk banyak penginapan). Sampai di lokasi naik bison banyak2, kena tanya dorang berapa harga dan waktu bertolak. lebih kurang 30 minit juga la kitorang tunggu. kena cukup ramai orang baru bertolak. Pukul 3 cemtu kitorang bertolak, pukul 4 baru sampai setelah melalui jalan yang belok2 macam ular kena palu dan sometime sempit. 16 orang dalam bison tu dan sorang di bumbung jaga beg. boleh bayangkan x macam mana? huhu

ni la rupa bison tu.

tempat menunggu di kawasan bison

dalam bison. Bromo! Kami datang!
Dah sampai Cemoro Lawang ada bau sikit, cakap dengan Henri, budak sebelah berak dalam seluar ke. rupanya bau tahi2 kuda. huhu di situ memang banyak kuda untuk bawa pelancong ke Bromo. Kitorang terus check in di Losmen Adas dan petang tu terus ke cari kedai makan.

penginapan kami. ada rupa ruang massage gitew. haha
masa jalan kaki tu ada jumpa dua orang tarik kuda. tanya dia rate berapa dan lepas kitorang makan terus ke Gunung Bromo. So kitorang tunggang kuda, dorang pegang tali melalui padang pasir seluas mata memandang.

dari Losmen Adas cuma berapa meter je
ke gate nak masuk Taman Nasional Bromo

Uniknya kat sini banyak pokok loceng

Dari Cemoro Lawang boleh nampak Gunung Bromo

jauh mata memandang

kita tempuhi dengan menaiki kuda. hehe

ngam warna baju dengan kuda

melalui kawasan padang pasir

perjalanan yang mendaki

kuat kuda2 ni.

thank you Charlie! eh pandai2 bagi nama.

ada gerai2 jualan

nak tidur kejap katanya
 Sampai di anak tangga menuju puncak, dorang stop dan kita kena daki tangga sendiri. rendah je. sampai atas, WOWWWW terkezut tengok kawah. alhamdulillah masa tu xde keluarkan abu, larva atau asap sebab Kawah Bromo dikira masih aktif.

semangat!

kawah Bromo!

citer ape tah masa ni. huhu

sebelah kiri kawah, sebelah kanan gaung~

rehat kejap masa turun

pemandangan sekitar Bromo


ada pura/kuil hindu

Bromo, checked!

tumpang foto jeep orang. nak pakai jasanya kurang duit. haha
Senja semakin hampir dan separuh perjalanan pulang, kitorang bayar dan suruh dorang pulang, kononnya nak foto2 dulu di padang pasir tu lama2.

Terima kasih Agus dan Budi

Thank you Charlie dan Bravo. 
Sekejap je dah gelap, tapi banyak motor dan kereta malam tu, ramai nak sambut tahun baru dekat Gunung Bromo. Jauh juga rupanya jalan kaki. dan x tahu pun, rupanya di Bromo ada Harimau.namanya macan tutul. uishhh, nasib baik x jumpa. Penat jalan kaki, ada dua buah motor yg lalu. tanyakan untuk naik ojek dia. kitorang pun terima. sekali kitorang tanya rate ke Air Terjun Madakaripura. haaa kat mana tu? tunggu catatan berikutnya ya gais.

Malam tu kitorang dinner di Cafe Lava Hostel. makanan sangat sedap dan layanan pun ramah.

fefeling eropah gitew

nasi dan sate. sedap!

and the Happy New Year!
Katanya untuk tengok bunga api, cantik di depan Lava View Hotel. So  lepas makan kitorang jalan kaki ke situ terserempak dengan dua bro tadi, dia ajak naik dan nak hantarkan. then tanya berapa rm, dia cakap bayar seikhlas hati, huhu. Di Lava View ada persembahan dari satu band Indonesia. suaranya bagus dan situ memang lagi meriah. orang luar pun boleh join the show. its free! After penat cucuk langit, eh! lepas tengok bunga api, berlatarkan Gunung Bromo, kitorang pergi ke bro tadi dan pulang ke Losmen Adas. Memang sejuk giler gais. kena pakai baju tebal, mafla dan sarung tangan!

Ok gais. goodnight, esok pagi kena bangun awal2 untuk tengok sunrise!
Share:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com