Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Thursday, December 21, 2017

Buang Karang gigi/plak di Klinik Pergigian Bangsar



Amboi, gigi putih cantik. nak senyum lebar2 depan orang pun dengan penuh confident kan.
Hafiz x ambil gambar gigi Hafiz sebelum dan selepas scaling (proses buang karang gigi) sebab x sanggup share. haha 

Pertama Fiz nak share tentang buang karang gigi di Klinik Pergigian. Sama ada swasta atau kerajaan. prosesnya hampir sama je. tapi catatan kali ni Fiz nak share buat scaling  di Klinik Pergigian Bangsar, Kuala Lumpur. buka je google maps search Klinik Pergigian Bangsar terus jumpa yang terletak di Jalan Bangsar.

buka seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang, sabtu ahad tutup.

ruang kaunter pendaftaran dan pembayaran
Masuk je, korang terus ke kaunter pendaftaran. Bagi yang x pernah ke klinik ni. kena caj pendaftaran RM1. then beritahu korang nak buat scaling/buang karang gigi. PERINGATAN sila bawa IC/MYKID/PASSPORT yang asli kerana salinan fotostat tidak diterima. Korang akan diberi satu kad untuk isi sedikit info tentang diri korang. dan nombor giliran.

4 merah tu maksudnya bilik nombor 4.
Baca banyak review di internet, komplain menunggu lama, orang ramai, staff x bagus. seriously??? Fiz pergi ok je semua. staff di kaunter banyak membantu, menunggu pun kejap je x smpai 15 minit. doktor pula baik, bagi info2 penjagaan gigi. dan yang paling bagus, caj RM2 je gais! WOW! gigi bersih, bayar murah lak tu. haaa apa lagi. meh kita pakat share benda2 baik ni.

Fiz x ambil gambar semasa proses scaling kerana menghormati prosedur dorang. sekejap je. x sampai 10 minit dah siap.  lepas siap. staff nya bagi kad, bawa ke kaunter dan buat pembayaran. 

nah resit. rm2 je gais.
Ok gais, yang taktahu karang gigi/plak gigi, korang boleh tengok disini. warna kuning keras yang menempel di gigi korang tu lah karang gigi. walaupun tiap hari kita berus gigi. kemungkinan untuk dapat karang gigi juga ada. Cara hindari pembentukan karang gigi, korang kena bersihkan betul2 gigi. berus gigi sekurangnya 3 kali satu hari seeloknya selepas tiap kali kita makan. 

guna benang juga bagus untuk membuang kotoran di celah2 gigi
Karang gigi kalau x buang boleh merosakkan gigi korang. bila gigi rosak, keyakinan diri pun hilang, kan. so tunggu ape lagi? cepat pergi buang di klinik. 
















Share:

Sunday, December 17, 2017

Panduan Trip Bajet ke Singapura All In hanya RM300

Total Cost Pengangkutan untuk Hafiz seorang

Bas TBS-Larkin: RM34
Bas Larkin-TBS: RM34
Grabcar Larkin-Erica Hotel: RM9
GrabCar Erica-JB Sentral: RM1 (dapat diskaun rm4 dengan memasukkan kod GRABJE, Grab ni selalu bagi kod diskaun. so korang godek2 la yer di notifikasi applikasi nya)
Bas SBS Transit JB Sentral-Kranji MRT: RM1.60
Total MRT: S$9.80 = RM30.77
Bas Kranji MRT-JB Sentral: S$2.20 = RM6.90 (yang ni macam kena tipu dengan driver bas je, sebab sebelum ni rasanya 1 dollar something je. hmmm ke harga tambang dah naik?)
GrabCar Pasar Karat-Larkin Sentral: RM4 (dapat diskaun lagi RM4. hehe thank you Grab!)

TOTAL: RM121.27


Total Cost Makanan untuk Hafiz seorang

Nasi Lemak Adam + Teh Tarik: S$9.3 = RM29.2
Big Mac McD with upgrade to milo (tambah S$0.60): S$8.05 = RM25.28
Nasi Briyani set with mineral water: S$8.80 = RM27.63
Ice Lemon Tea at 7-11: S$2.5 = RM7.85

TOTAL: RM89.96


Total Cost Penginapan untuk Hafiz Seorang

5Footway at Boat Quay: RM261/3= RM87

TOTAL: RM87.00


Total Cost Aktiviti Berbayar

Skyride Skyline: S$11 = RM34.54

TOTAL: RM34.54

Total Cost Roaming Data

Umobile to Starhub RM10 per hari x 2 hari: RM20 untuk 500mb per hari

TOTAL: RM20.00


Jumlah Keseluruhan Pengangkutan/
Makan/Penginapan/Aktiviti/ Roaming Data: RM352.77



Ok, ni pulak full itenarary dan taip2 panjang nya, rajin ke baca? hihu....



16/10/17

Angah dan kawan dia, Yana naik kereta api dari Tumpat (6pm) sampai Johor Bahru esoknya.
harga RM105 seorang return trip. Perjalanan mengambil masa 17jam. hehe
*FYI buat masa sekarang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kalau dari/ke Tumpat, hanya ada  trip Tumpat-JB sahaja. tiada trip ke KL.


17/10/17

Angah & Yana sampai JB jam 11pagi. Jam 2petang check in di Erica Hotel JB  harga cuma RM74 untuk dua orang TERMASUK SARAPAN! wow giler murah kan. dan cuma 1km dari JB Sentral.
Hafiz naik  bas dari TBS ke Larkin pukul 11.59pm. cuma 4 jam perjalanan.


18/10/17

Pukul 4pagi sampai di Larkin Sentral, ambil grab ke hotel erica. jam 7.40 kitorang sarapan. Fiz add on sorang RM15.90. sebab hotel just book for 2 person. so free sarapan untuk 2 org je la yer. makanannya ada nasi goreng, bihun goreng, nasi air, sup cendawan, roti bakar, cucur goreng dan sayur apetah. Rate Hotel ni Fiz bagi 7/10 sebab dekat JB Sentral dan murah. makanannya so so je. Lepas makan ambil grabcar dari hotel ke jb sentral. cuma RM1 je we ols bayar tambang. wow gitu kan. haha sebabnya guna kod diskaun grab. dapatla rm4 diskaun.  Terus ke CIQ yang terletak sebelah JB sentral. Lepas scan passport keluar Malaysia. terus je then turun eskeletor ke bawah naik bas SBS Transit tujuan Kranji MRT bernombor 170. ada je bas lain. tapi kitorang pilih yang ni. sini pakai duit Malaysia lagi yer.

bekpes penting katanya.

selfi dulu. baru kita baca doa

ruang makannya Hotel Erica. bersih.

Sampai JB Sentral terus ke Bangunan Sultan Iskandar.

bye-bye JB

dalam bas. padat dengan manusia. huhu


Sampai Woodland Checkpoint, kena turun bas dan masuk bahagian immigrasi untuk cop passport. pastikan bawa semua barang korang yer, jangan tinggal di bas. masuk tu korang jangan terus g beratur lak. sebab nya kena isi borang dulu. pen memang x disediakan. so kena bawa pen sendiri atau buat muka kasihan minta dengan orang lain. huhu

dah sampai Woodland Checkpoint. haluuu singapore.

sebelum beratur. kena isi borang ni dulu.
ambil di peti kelabu tepi kaunter isi borang

Tapi seperti yang dijangkakan Yana akan kena tahan. sebabnya dia warganegara Thai dan latest chop masuk Malaysia adalah bulan 9. Officer tu jadi sangsi Yana buat apa lama2 di Malaysia. So masuklah dia ke bilik soal siasat. hehe tak sampai 30 minit dia lepas. yeay! lets the holiday begin! Haluuuu Singapuraaaaaa!

Terus turun beratur di lorong bas 170 tujuan Kranji MRT, tiket bas tadi jangan buang. kalau korang buang. alamak nya kena beli tiket baru dan dalam matawang SGD okay. sampai Kranji MRT, kitorang terus ke mesin tiket beli tujuan Orchard untuk ke Orchard Mall. Plan sebenar nak ke ION Sky (its free!) tapi under maintenance. So posing2 depan entrance mall tu saje.

lepas ruang pemeriksaan. turun ke bawah untuk tunggu bas.
tiket MRT nya boleh pakai sehingga 6 kali perjalanan.
dalam MRT. amboi yg belakang pun nak interframe :P
pandang depan
pandang belakang. mana tahu ada jodoh orang singapore kan. huhu
foto bertiga pakai tripod. senang. x pyh minta2 tolong org ambilkan gambar.
tapi jaga2. kan kena bawa lari tripod sekali dengan telefonnya. huhu
encem dok?
                                     
cara ke luar Mall ni, ikut je signboard dalam mall - to Orchard Road @L1

Pergi ke Food Opera B4 Orchard Mall untuk take away Nasi Lemak Adam. suprise what? pekerjanya adalah orang kampung kawe boh! Tumpat, Kelantan! dia bagi free 3 otak2 yang bernilai SGD2 untuk satu. wah! timo kasih awok! hehe Di Food Opera tu ada disediakan kerusi2 dan meja2 makan macam food court la. duduk2 rehat dulu sebab masih kenyang. nasi lemaknya makan di hostel.



sini ada makanan halal dan tidak. boleh check di website nya Orchard Ion Mall

dari eskeletor, depannya Food Opera. Korang toleh ke kanan.
haaa nampak CRAVE. kedai nasi lemak terbaik di sini.

harga pun ok

Fiz punya Nasi Royale Set. tu Otak2 yang dapat free. hehe
rasanya beza dengan otak2 kat KL

bagi hotspot terus fokus kat telefon budak berdua ni.

MRT Orchard

Then kitorang gerak ke hostel. dari MRT Orchard ke MRT City Hall. keluarnya station jangan ikut terus "Stamford Rd/Raffles City". Tapi belok kiri ikut "North Bridge Rd/St Andrew's Cathedral". So korang dah x payah nak lintas jalan untuk ke cathedral/hostel sebab terus lalu bawah tanah bawah jalannya. Singapore ni bagus banyak jalan2 bawah tanah. MRT nya pun canggih giler. 2 tingkat stesen bawah tanah. so dorang ada fly over bawah tanah. huhu

untuk perjalanan seterusnya. letak je tiket korang tadi di situ, dan pilih stesen berikutnya.
                                         
Keluarnya dah smpai cathedral. masa tu ada acara. so kitorang just ambil gambar di luar sahaja. Memandangkan masih banyak waktu sebelum pukul 3 check in. kitorang jalan2 dulu melalui National Gallery, The Art House, Victoria Theatre (depannya ada patung Stamford Raffles), Asian Civilisation Museum (depannya ada bola2 besi besar2), dan ikut Anderson Bridge ke Merlion Park.

St. Andrew's Cathedral

sisi tepi.

National Gallery Singapore

footprint here!

cantik macam buluh. tapi bukan buluh. hehe

dari sini dah boleh nampak Marina Bay Sand

angah suruh ambil gambar sini. katanya nampak macam Dataran Merdeka. huhu

sini just tumpang lalu je.

tengok patung sape tu. haa tu la Stamford Raffles

bersih terjaga kawasan ni.

ada bola2 besi. depan Asian Civilisation Museum.

ada patung2 tengah berdagang/timbang berat barang.

yang ni xtau ape. angkat je la tangan. huhu
Jambatan Cavenagh dari Jambatan Anderson
Jambatan Anderson
di Merlion Park
memegang Art Science Museum gituu

akak dahaga dik

me. kali ketiga disini. hehe

view dari sisi lain.
Dari Merlion Park ikut Boat Quay. Posing2 jap depan Cavenagh Bridge. fefeling Eropah gitu. hehe dan terus je dalam 600m sampai ke hostel kitorang 5Footway.inn Boat Quay booking di applikasi Traveloka dapat diskaun RM20, total cuma RM87 seorang, bilik bertiga termasuk sarapan. nak sarapan berbayar di Singapore? Check dompet dulu. hehe Staff nya friendly, actually baru pukul 2 lebih, dah di bagi check in, ada dapat wifi percuma dan dia tawarkan kad sim percuma (lupa brand apa) termasuk reload S$5, tapi Fiz dah buat roaming data. dan malas nak tukar2 simkad. so x terima. heeee.....

mandi sungai jom!

fefeling eropah gitu uols.

saya jual yer beg saya ni bang!


haaa intai ape tu. haha
                                       

receptionnya di tingkat 2



lawa lak hiasan dalaman hostel ni.



haa.. ni la private room kami. fiz kat bawah.
dorang kat atas

permandangan dari ruang makan di level 3

Penat giler jalan2. So kitorang makan dulu (level 3, giler cool view Marina Bay Sand), baru mandi (kongsi bilik air dan tandas lelaki/perempuan berasingan) dan rehat2, pukul 5 baru keluar jalan kaki ke Garden By The Bay melalui Boat Quay dalam 2km. jauh ke ? jauh la juga tapi dengan bangunan2 yang unik. tak terasa jauhnya, hehe.

5Footway.inn (Boat Quay) - Merlion Park - Esplanade Bridge - Helix Bridge

stop sekejap ambil gambar sini waktu petang


di esplanade bridge

bangku2 stadium terapung di marina bay

bangunan2 bukti kemajuan singapura

Helix Bridge ke MBS




Art Science Museum

antara berpuluh-puluh sculpture di GBTB, muka orang yang dipilih. huhu

Kreatif kan. kayu2 terbuang jadi kerusi.
Di Garden By The Bay(GBTB) banyak tempat2 menarik macam statue, taman2. ada yang free, ada yang berbayar. boleh check di sini

GBTB ada banyak Art Sculpture dari seluruh negara
dan kebanyakkannya adalah percuma untuk dilawati
Supertree Grove 
   
sculpture baby. besar giler..
                                     

antara kaktus di Sun Pavillion

sini pun ada beberapa kerusi kreatif.

variasi pokok di Sun Pavillion

ada kolam juga.. haaa nampak apa naik atas keladi tu?

amboiii kak dio ambil kerusi paling besar.


Acara yang paling dinanti-nanti dan percuma adalah Garden Rhapsody. ape tu? ia adalah pertunjukan gabungan muzik dan cahaya di Super Tree Grove. ada dua kali setiap hari. pukul 7.45pm dan 8.45pm.

Garden Rhapsody

Lepas tengok garden rhapsody, bergeraklah tengok Spectra Water Laser di Marina Bay Sand. juga ada dua waktu iaitu pada 8pm dan 9 pm. usah lah korang terkejar kejar untuk tengok pada pukul 8. memang x sempat. lex lex je. chil chill dlu lepas tengok garden rhapsody. tengok la water laser pukul 9pm ok. water laser ni adalah gabungan pancuran air dan cahaya laser yang menimbulkan objek yang bergerak. memang serius wow giler.

dalam Marina Bay Sand

Water Laser

dipancar dari atas MBS

Lepas tengok water laser. bergerak lah kitorang nak balik hostel dalam 2km jalan kaki ikut laluan tadi. tapi kitorang pilih untuk naik MRT Bayfront tukar di MRT Bugis dan stop di MRT City Hall. Rupanya sama jauh je kalau jalan kaki ikut petang ikut sebab nk ke mrt pun dah jauh, nak tukar mrt pun jauh, dari city hall ke hostel pun rasa jauh sebab dah penat kan. huhu dan tambah rugi ongkos naik mrt. so better jalan kaki je la yer.


Malamnya kitorang makan McD je. harganya murah. tapi kalau convert ke RM. jadi RM20 lebih diknon oi. huhu lepas makan, lepak2. masuk bilik pukul 11.40 cemtu angah malas2 lagi nak mandi. Fiz cakap hostel ni pukul 12 dah xde air. g la mandi. terus dia cepat2 g mandi. siapnya Fiz cakap tipu je.. hahahah geram dia.

korang suka yg mana?



19/10/17

Paginya kitorang sarapan percuma. ada roti bakar, cereal, susu, buah epal dan hijau. ok la kan untuk alas perut. oh ya. mesin automatik buat kopi, milo, teh, mocha sentiasa disediakan sepanjang masa. yang penting stay di hostel ni. semua kena self service. takdenya nak order order. dan kalau korang nak cuba cakap dengan orang negara lain. cuba2 la say hi. biasa orang2 stay hostel ni orang yang friendly, termasuklah kitorang. Eh!

our breakfast with MBS view...
Pukul 10 kitorang check out, dan ambil deposit kunci S$20. terus gerak ke MRT City Hall menuju MRT Harbour Front. untuk menuju ke Sentosa Island. ada banyak option, naik bus, cablecar atau lain2. yang Fiz nak share cara naik monorel atau jalan kaki.

jalan depan hostel.

Harbourfront station ni dalam VivoCity Mall. so korang keluar station, naik ke Level 3, beli tiket monorel cuma S$4 untuk pulang pergi. Untuk jalan kaki korang ke level 1 ikut sign Sentosa BoardWalk. its Free! tapi sampai hujung tahun ni je katanya tahun depan or sebelum ni kena bayar S$1. penat ke? x la penat sangat. ada beberapa eskalator. ok la jimat 12 hinggit. huhu

jalan kaki menuju ke Sentosa Island

lebih kurang 600m je. semangat !

ada beberapa travelator sepanjang jalan.

dah smpai! lawa kan .


Sampai hujung tu korang ambil laluan Trick Eye Museum dan lalu sebelah Malaysia Food. Tadaa!!! dah jumpa globe USS tu. haaa. apa lagi, pergi bergambar cepat. free je nak bergambar situ. masuk USS baru kena bayar.

Hensem x abang???
happynya dia bergambar xde orang kacau. hehe

ok. lepas posing2, kita g makan dulu di Malaysian Food Street
antara kedai makan dalam Malaysian Food

dalam Malaysian Food

mostly Penang Food. huhu

banyak2 makanan. kitorang pilih nasi briyani. huhu 


Universal Studios Singapore Day Ticket
Tickets
Ticket TypeAdult (Ages 13 to 59)Child (Ages 4 to 12)
One-Day TicketS$76S$56
masuk ke x? mestilah x. RM200 lebih oi. tunggu aku kaya dulu. huhu So globe USS ni terletak di Waterfront Station. untuk ke station seterusnya. korang boleh je naik monorel tu. eh tadi x bayar tiket monorel, boleh ke? yes! once dah masuk sentosa island. naik monorel boleh, percuma dan x perlukan tiket pun. then kitorang naik monorel turun ke Beach Station. di beach station ni ada dua pantai iaitu Pantai Palawan dan Pantai Siloso. Pantai Siloso ada beach game/water sport macam megabounce dan mega adventure. Pantai Palawan pula ada jambatan gantung. di hujungnya ada tulis. "Southernmost Point of Continental Asia". Wait! Titik Paling Selatan Benua Asia? Hellooo. Singapura adalah pulau. titik paling selatan benua asia terletak di Tanjung Piai, Johor.

jambatan gantung Pantai Palawan

Pantai Palawan

ada zoo burung juga. cer cakap helllooo. burung tu balas apa.
nak tau, kena buat sendiri. hehe

Pantai Siloso


Btw di Palawan dan Siloso ada beach tram. naiknya adalah percuma! bagus singapore ni. banyak benda percuma. di kawasan beach ni juga ada banyak tempat menarik termasuklah iFly Singapore, Kidzania dan station skyride skyline. apa tu? sejenis  cable car tapi hanya bangku. wow! menguji adrenalin sungguh! ada bran? mesti cuba! one way cuma S$11. Kitorang pulangnya naik skyride ni. gayat! tingginya mencapai 20 kali zirafah yang bertindih di atas kepala. haha berapa tu? haa nak tau berapa. korang kena naik sendiri. sampainya dekat Imbiah Station. Dekat Imbiah Station ni ada Skyluge, Madame Tussauds dan patung merlion terbesar di Singapura dengan ketinggian 37 meter.

dah beli tiket! Here We Go!

so kena berdiri di bulatan hijau yg brother tu tunjuk,
nanti kerusinya datang, cepat2 duduk , pasang pagarnya betul2. 

tinggi uuu. gayat rasa.

nah video. nanti g sentosa korang cuba k.
acah2 berani...

kejap je. dah smpai. tapi best untuk satu pengalaman!


depan Madame Tussauds

Patung Merlion. alamak, backlight pula waktu petang


Pukul 3.30 kitorang pulangnya naik monorel dari Imbiah ke Sentosa Station pun percuma. x payah rajin2 jalan kaki sebab takut kena bayar naik monorel. huhu Dari Harbourfront ke Woodland or Kranji? kitorang pilih MRT Kranji sebab lagi dekat ke Woodland CheckPoint. Dari Kranji MRT naik bas nombor 160 tujuan JB Sentral. Pukul 6 sampai. sempat la makan2, solat sebelum angah naik keretapi pukul 7malam. dan Fiz sempat lagi ke Pasar Karat JB cuma 600meter dari JB Sentral. Pastu mula la rushing ke Larkin Sentral. huhu untung sempat.


OK thats all gais. TQ sudah baca. semoga bermanfaat. bye2.
*untuk catatan Private Island Rawa Island Johor boleh baca disini






































































Share:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com