Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Saturday, November 25, 2017

Cara Aktifkan Semula Nombor Celcom Yang Sudah Diblock kerana Lama Tidak Topup

Amboi title. tapi itulah hakikatnya kan. haha


Tak payah WTF WTF sgt. salah kita kan.

So korang kena cepat2 pergi BlueCube untuk aktifkan semula nombor tersebut.

Sampai BlueCube, tekan nombor giliran dan tunggu.

Cakap kat staff nya, nak aktifkan semula nombor telefon.

JANGAN LUPA BAWA I/C DAN DUIT RM30

Actually RM30 tu syarat untuk aktifkan je dan akan jadi reload topup ke dalam nombor korang tu.

**Staffnya cakap jangan biarkan nombor Fiz tak topup lebih 50 hari. ok. huhu

Sementara tunggu nombor giliran. sabarkan diri dengan tengok IphoneX dulu di bahagian display. huhu

kenapa dirimu begitu sexy. huhuhu

baru tahu ada money changer juga di BlueCube

walau terpaksa tunggu lama, tapi staff dorang memang friendly. Terbaik.
Sape dapat balik nombor fon nya say YAHOO!


hehe....


Share:

Cara Bayar Roadtax dan Insuran Paling Mudah di Pejabat Pos

Step 1: Bawa I/C, Sijil Pemilikan Kenderaan dan Cover Note Insuran yang kita ambil.
Step 2: Tekan nombor giliran dan tunggu.
Step 3: Bayar. Siap. Terima Roadtax dan Cover Note Insuran. Balik.

**Jangan lupa tampal roadtax baru lak kat cermin kereta tu. hehe

Amboi macam senang je. Yes. kali ni buat catatan blog senang2 je sebab memang senang bayar di pejabat pos. Terutama Pejabat Pos Tropicana City Mall, Kaunter 4, Staff nama Ms.Hafizah. Layanan beliau bagus, peramah dan ikhlas. hehe sebabnya ni first time Fiz Bayar Roadtax dan Insuran kereta. So banyak la soalan2 nya kan. dan beliau jawap dengan baik sangat2. contohnya Fiz add on Insuran untuk cermin kereta dan tanya soalan. "insuran cermin ni cover berapa kali, contoh kalau cermin pecah dua kali pada masa yang berlainan". beliau kurang pasti, tapi berusaha jawap. beliau whatsapp kawan insuran nya tanya. dan jawapannya "insuran cover seberapa banyak nilai yang di cover. contoh  insuran cermin ambil rm1000, 1st time pecah, cover rm500, masih baki rm500. pecah kali kedua masih boleh pakai baki rm500 tu". Fiz tambah insuran cermin sebab xnak kacau insuran kereta. kalau dah guna insuran kereta, akan kacau NCD (non-claim discount) kita. tapi hopefully tak berlaku apa2 yg tak diingini lah kan.

**bayaran add on insuran cermin, bayar rm15 untuk cover kerugian rm100. So kalau nk cover rm1000, kena bayar rm150 lah untuk insuran cermin saja.
**Fiz ambil insuran dengan Zurich Takaful


contoh Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Ini yang baru menggantikan
sebelum ini Kad Pendaftaran Kenderaan (RC). Baca selanjutnya  disini

Copy Roadtax lama xde pun xpe. ada lagi baik.

Contoh Cover Note Insuran. Sorry banyak sensor. hihu

Yeay dah dapat Roadtax baru. JRV? Fiz orang Johor ke? :P

koyak leklok. hehe

free Sticker ni. alang2. tampal terus di cermin kereta
sebab ada nombor towing tu.

dapat cover note insuran baru. simpan leklok. setahun lagi nak guna.



Mudah kan? yup! lepas2 godek2 pakcik gugel. Yang Paling Fiz senang adalah bayar sendiri di Pejabat Pos. Tapi kalau korang nak try cara lain. ada je option lain
-pergi JPJ
-melalui MyEG
-melalui agen insuran

Faham kan? Kalau faham good. hehe











Share:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com