thong faa phong am-phai,
rau maa ruam reng ruam-0jai,
tham ketuphat le rendang wayi' le dodol,
khanom aroy thuk jai,
chim pai yim pai,
mai waa baan nai nai ko mii hai long lim.
Merapu ape ni Fiz? hehe. Ni lagu Suasana Hari Raya nyanyian Khamas dari Thailand dalam bahasa Thai.
dah kenapa nyanyi lagu thai ni.. haaa mestilah ada sebab. sebabnya Fiz dan kakak ke Thailand masa hari raya kedua. wahh banyak duit gi oversea. hehe. dengan rm1.20 dah boleh ke oversea dik non oi. huhu
Memandangkan dah lama sunyi tidak dicop passport tu. Fiz pun plan dengan angah nak g Tak Bai, Selatan Thailand pada hari raya kedua. bertolak dari rumah di Bandar Tumpat ke Pengkalan Kubor (kawasan bebas cukai) mengambil masa 15minit je atau 13km. Sampainya terus parking dan menuju ke Kompleks ICQS Pengkalan Kubor. Cop Passport, masuk ke jeti. bayar tambang. tunggu x sampai 5 minit. bot pun gerak menyeberang sungai golok.
 |
Petak hijau laluan ke Takbai menggunakan kenderaan masing2 Petak merah Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur Bulatan Kuning adalah ICQS untuk pejalan kaki. Kami bertolak dari jeti di bulatan kuning |
Sampai je seberang terus rasa beza suasana dengan Malaysia. mana x nya. di pengkalan kubur guna tulisan rumi dan jawi. di takbai guna rumi dan thai. orang sana pun cakap campur2 bahasa thai dan kelantan. btw guys, kitorang x tukar pun duit ke bath. pakai je rm. dorang terima. Bila sampai di Jeti Tak Bai, korang kena jalan kaki ke bangunan putih iaitu Tak Bai Immigration Office untuk cop passport arrival korang.
 |
Bulatan Merah adalah Jeti Tak Bai. ikut anak panah ke Bulatan Kuning iaitu pintu Masuk
ke Tak Bai Immigration Office(bulatan hijau) untuk cop passport korang bila sampai. |
 |
ramainya nak g Thailand naik kereta. beraya rumah sedara kat sana kot? |
 |
memandangkan kitorang dari kawasan bebas cukai pengkalan kubor, so masuk ikut sini dulu |
 |
dan keluar ikut sini |
 |
masuk ke ICQS bersebelahan kawasan bebas cukai pengkalan kubor |
 |
lepas cop, menuju ke jeti bot |
 |
permandangan sungai golok |
 |
tambang dari jeti pengkalan kubor ke tak bai |
 |
bot yang digunakam |
 |
bye bye pengkalan kubor. hehe |
 |
x sampai 5 minit dah sampai. x sempat kentut. hehe |
 |
jeti tak bai |
 |
kena melompat sikit. huhu |
 |
suasana pasar tak bai |
 |
belum sempat shopping lagi. kena cop passport dulu |
 |
tempat cop passport di bangunan putih hujung jalan tu. |
 |
bangunan imigresennya dari dekat. |
 |
pintu masuk yang afiz tandakan bulatan kuning tadi. |
 |
jom masuk. |
 |
alamak ramainya. huhu |
 |
arrival card ni kena potong Q dan terus ke kaunter. minta dengan petugas kaunter imigresen tu. |
 |
departure card ni melekat sebelah arrival card. kena isi dan bagi masa nak cop passport tinggalkan thailand nanti |
 |
bahagian belakang arrival card. ada ruangan ni. tinggalkan kosong je. kalau korang tulis. katanya arrival card jadi x diterima dan korang kena tulis yang baru dan beratur lagi dari mula. |
 |
sejam lebih beratur oi. byk yang belum guna e-passport, yang kena scan ibu jari kanan dan kiri. kalau e-passport macam fiz ni, x pyh scan ibu jari. dia cop dah terus settle. |
 |
luar pejabat imigresen ada byr meja2 kecil. ingat jual ape. rupanya tempat tukar duit. kat hujung dlm gmbr tu ramai org beratur. ada servis tuliskan butiran di arrival dan departure card bagi yang x pandai menulis. kena bayar la. |
 |
antara jualan di pasar Tak Bai |
 |
barangan lebih mahal dari di kelantan. hot dog di kelantan rm1 secucuk. sana rm1.20 secucuk |
 |
sedap-sedap. |
 |
masih sunyi. yela raya kedua baru. huhu |
 |
lunch : nasi putih dua, sup campur mula2 order semangkuk. tapi sikit sgt portion, minta semangkuk lagi, sambal dan timun batang, telur dadar satu. teh ais dan teh o ais total rm21. mahalnya 😭 |
 |
angah beli makanan febret dia. som tam |
 |
suasana sekitar pasar dan jeti tak bai |
 |
banyak kedai masih tutup |
 |
gerai2 pun belum buka. mood raya lagi. huhu |
 |
nasi femes sungai golok. nasi gomok! rm3 boleh rm5 pun boleh. |
 |
tudung2 rm5 je.yang ni murah lah kan? |
 |
kasut2 selipar2. mahal. |
 |
beg ni pun dalam rm70 lebih. glurpp.. telan air liur. huhu |
 |
angah nak beli topi sebab esoknya nak g bukit keluang, dia try dan tny ok x. fiz ambil gmbr sruh dia tgok sdri ok x. then dgr penjual dua org tu berbual. "nak ambil gmbr je tu, bukan nak beli". amboi! tny harga dia jwp "kalau nak beli, harganya ......" mahal dik non oii. x jadi beli. huhu |
 |
mesin atm tepi jalan je. huhu |
 |
pondok telefon menerima nasib yang sama seperti kebanyakan negara2 lain lantaran kemajuan teknologi telefon pintar. |
 |
cikedis, ole2 |
 |
aneka barangan jualan |
 |
asam plastik biru ni best! |
 |
penat jalan2, posing ambil gmbr dulu. hensem dok? hehe |
 |
pusing2. x jmp nk beli ape. harga pun mampu tengok je. jom la kita balik. kena cop imigresen dulu. datang lagi ke bangunan putih ni. |
|
 |
harga tambang balik |
 |
takbai ke pengkalan kubur dapat resit pula |
 |
x sampai 5 minit tunggu bot dah sampai. |
 |
air mineral dan oren = rm3.50 |
 |
bye-bye Tak Bai. |
 |
yeay dah smpai Malaysia. hehe |
 |
sekadar info. |
Kesimpulannya. oh macam ni rupanya Tak Bai. kalau masa kecil selalu dialog budak2
si A: beli mano meney ni? / beli di mana mainan ni?
si B : tabba blana! / Tak Bai banyak!
maksudnya di tak bai tu macam2 ada dan murah2. mungkin kerana sekarang duit thailand makin kuat. barang2 pun jadi makin mahal bila convert ke RM. boleh la kalau nak merasa suasana thai buddha campur melayu muslim dekat sana. cuma daerah selatan thai kan dikatakan selalu bergolak kerana bom. bila nampak askar 3 orang kat sana. rasa takut tu muncul. huhu kat mana2 pun boleh ada bom. yang penting hati tawakal kepada Allah swt. masih ada mood raya ke? mesti semua dah start kerja kan! selamat bekerja! 😁