Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam lebaran....~
Petikan lirik lagu paling femes tiap tahun, Nazam Lebaran nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. Tak penah x best lagu beliau kan. hehe ok gais. Assalamualaikummm.... dah ready ke untuk sambut syawal yang bakal menjelma? mesti dah kan. π walau agak lewat sikit Afiz kongsikan tips ni. tapi x salah kan. baca la kalau rajin, x rajin pun kena baca gak k. π
10 Tips Jimat Berhari Raya
1. Rancang Perbelanjaan.
Bak kata pepatah, orang yang gagal merancang adalah merancang kegagalan. Sebab tu la kita kena senaraikan dulu benda apa nak beli. kalau ikutkan hati, semua yang tengok cantik di mata nak beli kan. tpi kalau tengokkan dompet. hehe.....π
Lebih pulak bajet untuk mama. hmmm |
2. Asingkan Wang
Ramai yang x buat kaedah ni. sebenarnya kaedah ni salah satu yang paling bagus. antaranya keluar masuk duit perbelanjaan lebih teratur. kita tahu setiap bajet yang diperlukan setiap kali buat pembelian.
buat note kecil sekali untuk memudahkan ingatan. |
3. Fikir Sebelum Beli
Pergi kedai tu nampak baju cantik, pergi kedai ni nampak baju lawa. WAIT! Fikir dulu sebelum beli. jangan fikir nak bergaya je tapi poket pokai. tapi, tapi, tapi. x salah pun bergaya. raya kan sekali setahun. yang penting fikir dulu okay π
![]() |
acececece. tengah fikir. jangan kacau. π |
4. Elakkan Persaingan
Waduh waduh waduh. hati mana nak tahan tengok Lidia post kat FB gambar beli baju kurung 6 pasang, Mak Limah sebelah rumah pun taknak kalah, post kat insta kebaya bling bling. Mulalah nak lawan kan, pergi beli banyak2 gara2 nak menunjuk. Tak Tak Tak. Jangan bersaing melainkan kita benar-benar mampu. Ingat, lepas raya kita masih nak hidup makan nasi. bukan makan maggi je tiap hari. π
kemain post beli ape |
jangan jeles2 k. tu hak dia. pakai duit dia. huhu |
5. Pilih Masa yang sesuai
Katakan Shopping Mall tutup pukul 10 malam. jangan pulak pergi pukul 9.30malam. akibatnya rushing, tak sempat beli. esok datang lagi. kan membazir duit parking dan minyak tu. ingat masa itu emas, time wait no more kata omputih. π
tak tau nak ambil gambar jam yang mana. yang ni pun ok lah yer. hehe btw Fiz jual dumbbell bracelet 3 variasi warna gold, black & silver. whatsapp Fiz untuk beli 014-5331936 |
6. Tetapkan Kedai Mana Nak Pergi
Sekarang kan teknologi dah canggih. Maklumat dihujung jari. cer survey dulu kedai2 yang bagus untuk membeli-belah. Sekarang semua bisnes iklan atas talian. diskaun harga runtuh pecah kepala katanya. cer banding2 mana lagi runtuh. tak la siap shopping sampai rumah baru tengok, alamak Kedai Cik Semah lagi murah. berhuhu la kita. π
7. Tinggalkan Kad ATM & Kad Kredit
Berani ke buat? kalau betul2 nak jimat, dah plan dan asingkan wang. nak risau apa lagi kan? Kad ATM dan Kad Kredit ni kalau ada dalam dompet. macam memanggil-manggil suruh guna dia. hehe. π³
simpan ditempat yang elok yer, bukan main letak je kat ruang tamu. |
8. Sentiasa Tawar-Menawar Harga
Jangan risau. Malaysia ni bukan macam Vietnam, lepas tawar-menawar, kalau x beli kena maki. huhu tapi kalau x jadi beli sekalipun. beritahu la elok2 kat penjual tu "xpela kak, nanti saya tengok2 dulu yer" xdela akak tu rasa membazir saliva promot kat kita. Macam baju melayu Afiz beli di Jalan Tar. dapat kurangkan 4 ringgit. dah banyak ler tu! huhu
9. Bagi Duit Raya Ikut Kemampuan
Tiga tahun lagi nak tahun 2020, mana boleh bagi duit raya singgit je. Farid kerja JB bagi 5 ringgit, Takkan kau kerja KL bagi 2 ringgit je. ehem ehem. Jangan banding-bandingkan orang dengan kita. Seberapa banyak kau bagi memang penting. tipu la x penting. duit kot. Kalau boleh Fiz pun masih nak duit raya. huhu tapi lagi penting keikhlasan hati kau. Bagi banyak, tapi niat nak menunjuk. tak ikhlas namanya akak abang oi.
macam2 design sampul raya sekarang. lawa2 kan. |
10. Merancang Juadah Hari Raya
Bila tengok kat pasar raya beraneka jenis biskut-biskut raya. dari bentuk arnab sampaila bentuk bunga kekwa. rasa nak ambil semua kan. wait wait. jangan over bajet. tengok balik senarai perbelanjaan berapa bekas biskut raya nak beli? Masak rendang ayam pulak jangan sampai macam nak kenduri kahwin. Pandai2 bajet k, jangan sampai tak abis, basi dan membazir. Tiap tahun sambut aidil fitri kan. mesti dah pandai bajet berapa orang akan datang rumah kita kan. π
Okay. Cukup la 10 je tips Fiz kongsikan. korang baca x ni? haha apa2 pun, Fiz mengambil kesempatan ni untuk minta maaf dengan korang seandainya Fiz pernah menyakitkan hati,perasaan korang sama ada secara lisan, bertaip, bertulis atau secara fizikal. eh, rasanya xde la sampai ke fizikal kan. haha Selamat Hari Raya Aidilitri Maaf Zahir dan Batin. π
Raya ini Kami yang Punya. heheπ |
0 comments:
Post a Comment