Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Tuesday, June 20, 2017

Iklan Raya Oppo Malaysia dan Yes 4g Buat Hati Penulis Tersentuh

Dewasa kini ramai anak-anak meninggalkan kampung halaman berhijrah ke tempat lain, maka berjauhanlah jarak dengan mak ayah. Ada yang sambung belajar di luar negeri, ada yang bekerja di kota raya Kuala Lumpur. Kemajuan teknologi mendekatkan jarak yang memisahkan. Jika di kampung, mahu keluar rumah ke kedai kak leha pun, kita beritahu mak. kan? Kini jauh diluar negeri, masukkan kad sim Yes 4g di Smartphone Oppo terus dapat kita call mak dan update ke mana kita nak pergi. Tapi berapa peratuskah yang melakukannya? Iklan raya Oppo Malaysia dan Yes 4g khas untuk anak-anak yang melupakan mak ayah, ingin bebas dan jarang menghubungi mereka.




 Kesibukkan Aishah membina kerjaya , membuat kan dia lupa akan tanggungjawab terhadap mak ayah.
Bilakah kali terakhir anda berkongsi memori dengan ibu dan bapa? Iklan Raya Oppo Malaysia ini memberi kesedaran terhadap kita yang sudah lama tidak hantar gambar kepada mereka, apatah lagi untuk menghubunginya. Ingatlah, mak ayah sentiasa rindukan kita. bertahun-tahun berpenat lelah membanting tulang untuk membesarkan kita. Seringlah menghubungi mereka bertanyakan khabar sebelum semuanya sudah terlambat 😢




 Dilema Aira untuk menerima permintaan "follow" di instagram oleh ibunya menimbulkan perasaan berbelah bagi untuk menerima atau tidak. Mesti ada dalam kalangan remaja sekarang yang tidak ingin setiap kehidupan seharian yang dimuat naik ke laman sosial diketahui oleh ibu bapa kan? Tontoni Iklan Raya Yes4g ini untuk bersama sedar akan rindunya mereka kepada kita yang jauh diperantauan.

Dah tonton kedua-duanya? Tunggu ape lagi. call la mereka selagi Tuhan memberi kesempatan kepada kita. Semoga lebaran tahun ini kita dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan hati yang lembut untuk kita sentiasa mengingati kedua-dua orang tua kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan Batin.






Share:

Monday, June 19, 2017

10 Tips Jimat Berhari Raya

Berdendang mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam lebaran....~
Petikan lirik lagu paling femes tiap tahun, Nazam Lebaran nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. Tak penah x best lagu beliau kan. hehe ok gais. Assalamualaikummm.... dah ready ke untuk sambut syawal yang bakal menjelma? mesti dah kan. 😄  walau agak lewat sikit Afiz kongsikan tips ni. tapi x salah kan. baca la kalau rajin, x rajin pun kena baca gak k. 😁

10 Tips Jimat Berhari Raya

1. Rancang Perbelanjaan.
Bak kata pepatah, orang yang gagal merancang adalah merancang kegagalan. Sebab tu la kita kena senaraikan dulu benda apa nak beli. kalau ikutkan hati, semua yang tengok cantik di mata nak beli kan. tpi kalau tengokkan dompet. hehe.....😅

Lebih pulak bajet untuk mama. hmmm


2. Asingkan Wang
Ramai yang x buat kaedah ni. sebenarnya kaedah ni salah satu yang paling bagus. antaranya keluar masuk duit perbelanjaan lebih teratur. kita tahu setiap bajet yang diperlukan setiap kali buat pembelian.

buat note kecil sekali untuk memudahkan ingatan.


3. Fikir Sebelum Beli
Pergi kedai tu nampak baju cantik, pergi kedai ni nampak baju lawa. WAIT! Fikir dulu sebelum beli. jangan fikir nak bergaya je tapi poket pokai. tapi, tapi, tapi. x salah pun bergaya. raya kan sekali setahun. yang penting fikir dulu okay 😀

acececece. tengah fikir. jangan kacau. 😛


4. Elakkan Persaingan
Waduh waduh waduh. hati mana nak tahan tengok Lidia post kat FB gambar beli baju kurung 6 pasang, Mak Limah sebelah rumah pun taknak kalah, post kat insta kebaya bling bling. Mulalah nak lawan kan, pergi beli banyak2 gara2 nak menunjuk. Tak Tak Tak. Jangan bersaing melainkan kita benar-benar mampu. Ingat, lepas raya kita masih nak hidup makan nasi. bukan makan maggi je tiap hari. 😉

kemain post beli ape

jangan jeles2 k. tu hak dia. pakai duit dia. huhu

5. Pilih Masa yang sesuai
Katakan Shopping Mall tutup pukul 10 malam. jangan pulak pergi pukul 9.30malam. akibatnya rushing, tak sempat beli. esok datang lagi. kan membazir duit parking dan minyak tu. ingat masa itu emas, time wait no more kata omputih. 😎

tak tau nak ambil gambar jam yang mana. yang ni pun ok lah yer. hehe
btw Fiz jual dumbbell bracelet 3 variasi warna gold, black & silver.
whatsapp Fiz untuk beli 014-5331936


6. Tetapkan Kedai Mana Nak Pergi
Sekarang kan teknologi dah canggih. Maklumat dihujung jari. cer survey dulu kedai2 yang bagus untuk membeli-belah. Sekarang semua bisnes iklan atas talian. diskaun harga runtuh pecah kepala katanya. cer banding2 mana lagi runtuh. tak la siap shopping sampai rumah baru tengok, alamak Kedai Cik Semah lagi murah. berhuhu la kita. 😅

7. Tinggalkan Kad ATM & Kad Kredit
Berani ke buat? kalau betul2 nak jimat, dah plan dan asingkan wang. nak risau apa lagi kan? Kad ATM dan Kad Kredit ni kalau ada dalam dompet. macam memanggil-manggil suruh guna dia. hehe. 💳

simpan ditempat yang elok yer, bukan main letak je kat ruang tamu.


8. Sentiasa Tawar-Menawar Harga
Jangan risau. Malaysia ni bukan macam Vietnam, lepas tawar-menawar, kalau x beli kena maki. huhu tapi kalau x jadi beli sekalipun. beritahu la elok2 kat penjual tu "xpela kak, nanti saya tengok2 dulu yer" xdela akak tu rasa membazir saliva promot kat kita. Macam baju melayu Afiz beli di Jalan Tar. dapat kurangkan 4 ringgit. dah banyak ler tu! huhu

9. Bagi Duit Raya Ikut Kemampuan
Tiga tahun lagi nak tahun 2020, mana boleh bagi duit raya singgit je. Farid kerja JB bagi 5 ringgit, Takkan kau kerja KL bagi 2 ringgit je. ehem ehem. Jangan banding-bandingkan orang dengan kita. Seberapa banyak kau bagi memang penting. tipu la x penting. duit kot. Kalau boleh Fiz pun masih nak duit raya. huhu tapi lagi penting keikhlasan hati kau. Bagi banyak, tapi niat nak menunjuk. tak ikhlas namanya akak abang oi.

macam2 design sampul raya sekarang. lawa2 kan.


10. Merancang Juadah Hari Raya
Bila tengok kat pasar raya beraneka jenis biskut-biskut raya.  dari bentuk arnab sampaila bentuk bunga kekwa. rasa nak ambil semua kan. wait wait. jangan over bajet. tengok balik senarai perbelanjaan berapa bekas biskut raya nak beli? Masak rendang ayam pulak jangan sampai macam nak kenduri kahwin. Pandai2 bajet k, jangan sampai tak abis, basi dan membazir. Tiap tahun sambut aidil fitri kan. mesti dah pandai bajet berapa orang akan datang rumah kita kan. 😄


Okay. Cukup la 10 je tips Fiz kongsikan. korang baca x ni? haha apa2 pun, Fiz mengambil kesempatan ni untuk minta maaf dengan korang seandainya Fiz pernah menyakitkan hati,perasaan korang sama ada secara lisan, bertaip, bertulis atau secara fizikal. eh, rasanya xde la sampai ke fizikal kan. haha Selamat Hari Raya Aidilitri Maaf Zahir dan Batin. 😄

Raya ini Kami yang Punya. hehe😄













































Share:

Monday, June 12, 2017

Belajar Bahasa Kelantan - Part 1




Asssalamualaikum. pada part pertama ni Hafiz akan ajar bagaimana mengubah huruf dan perkataan dari bahasa Melayu disebut dalam lorat Kelantan.

Huruf A
didepan : huruf A didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf A ditengah berubah menjadi O, contoh Anak disebut Anok, Dadah disebut Dadoh
dihujung : huruf A dihujung juga berubah menjadi O, contoh Lima disebut Limo
*Ada perkataan yang mempunyai A ditengah dan A dihujung, hanya A dihujung berubah menjadi O, contoh, Mana disebut Mano, Nama disebut Namo
*Ada perkataan yang tidak mengubah huruf A, contoh Liyana tetap disebut Liyana, bukan sebut Liyano

Huruf B
didepan : huruf B didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf B ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf B dihujung berubah menjadi K, contoh Kebab disebut Kebak

Huruf C,D tiada perubahan bunyi di semua kedudukan

Huruf E Taling
tiada perubahan bunyi, tetapi ada huruf yang berubah bunyi kepada E taling
AM, AN, ANG pada hujung perkataan akan berubah disebut E Taling, contohnya tanam disebut tane, halaman disebut halame, terbang disebut terbe

Huruf F
didepan : huruf F didepan berubah menjadi P, contoh Fatin disebut Paten
ditengah : huruf F ditengah berubah menjadi P, contoh Hafiz disebut Apih
dihujung : huruf F dihujung berubah menjadi H, contoh Maaf disebut Maah

Huruf G
didepan : huruf G didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf G ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf G dihujung hanya berubah kepada E Taling mengikut suku kata (ang), contoh Lapang disebut Lap

Huruf H
didepan : huruf H didepan dihapuskan untuk beberapa perkataan, contoh Hafiz disebut Apih, Habis disebut Abis. Hilang disebut ile. Perkataan Hidayah, hormat, tidak dihapuskan huruf H.
ditengah : huruf H ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf H dihujung perkataan tidak berubah bunyi

Huruf I
didepan : huruf I didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf I ditengah perkataan tidak berubah bunyi kecuali periksa disebut perekso, (rek mengunakan E Taling), dan Katil disebut Katei
dihujung : huruf I dihujung perkataan tidak berubah bunyi

Huruf J, K tiada perubahan bunyi di semua kedudukan

Huruf L
didepan : huruf L didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf L ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf L dihujung dihapuskan, contoh Jamal disebut Jama, Katil disebut Katei

Huruf M
didepan : huruf M didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf M ditengah perkataan tidak berubah bunyi atau dihilangkan, contoh Halaman disebut Halame (M masih ada) atau Tumpat disebut Tupak ( M dihilangkan)
dihujung : huruf M dihujung hanya berubah kepada E Taling mengikut suku kata (am), contoh Malam disebut Mal

Huruf N
didepan : huruf N didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf N ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf N dihujung hanya berubah kepada E Taling mengikut suku kata (an), contoh Jalan disebut Jal

Huruf O
didepan : huruf O didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf O ditengah perkataan tidak berubah bunyi kecuali Hodoh disebut Hudoh
dihujung : huruf O dihujung perkataan tidak berubah bunyi

Huruf P, Q tiada perubahan bunyi di semua kedudukan

Huruf R = huruf R dalam bahasa kelantan disebut GH
didepan : huruf R didepan perkataan berubah menjadi GH, contoh Rasa disebut Ghaso
ditengah : huruf R ditengah perkataan berubah menjadi GH,contoh Marah disebut Maghoh
dihujung : huruf R dihujung perkataan dihapuskan, contoh Pasar disebut Pasa, Petir disebut Petei

Huruf S
didepan : huruf S didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf S ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf S dihujung berubah menjadi H, contoh Habis disebut Abih, Jenis disebut Jenih

Huruf T
didepan : huruf T didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf T ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf T dihujung berubah menjadi K, contoh Lalat disebut Lalak

Huruf U, V, W, X, Y, Z tiada perubahan bunyi di semua kedudukan


Ok siap, pembelajaran untuk hari ini. hehe faham tak? pehey dok?
 Acu cubo Tera Test latihan ni boleh jawap ke tak.

1. Fadhila = .................
2. Bicara  =..................
3. Saman =...................
4. Bila      =..................
5. Waris    =..................
6. Hidang =..................
7. Ketupat =.................
8. Lapan    =..................
9. Semoga =.................
10. Pakat   =..................

Scroll down untuk jawapan.
























1. Fadhila = Fadhila. tak berubah apa2 pun. haha
2. Bicara  = Bicagho
3. Saman = Same
4. Bila      = Bilo
5. Waris    = Wagheh
6. Hidang  =  Ide
7. Ketupat = Ketupak
8. Lapan    = Lape
9. Semoga =Semogo
10. Pakat   = Pakak

Berapa betul? ke x try jawap pun? huhu...

Ok done Part 1. Kalau ada kemaskini atau penambahan nanti Apih buat yer. Atau ada Apih silap ajar. Beritahu la yer. Selamat Belajar. Senang je kan? hehe. ok, byebye. Assalamualaikum.



Share:

Sunday, June 11, 2017

Trip satu hari ke Pulau Perhentian bersama keluarga

See the line where the sky meets the sea? It calls me
And no one knows, how far it goes
If the wind in my sail on the sea stays behind me
One day I'll know, how far I'll go

Lagu moana lagi? Haha mestilah! Xleh move on dgn citer ni  😂 Lagu how far I'll go by Alessia Cara menjadi pembuka catatan pada kali ni 😁 hehe

cantik kan? haaa baca catatan kali ni sampai abis k!
sabar walau panjang berjela-jela! haha


 23 Mac 2017 pukul 7 pagi Afiz, abah, umi dan angah bergerak dari rumah di Bandar Tumpat, kelantan ke Jeti Besut, Terengganu. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit dengan menggunakan kereta. Ada cara lain ke nak g jeti besut? Ada banyak!


Cara ke Jeti Besut

1. Kenderaan Sendiri. Pasal parking, ada parking awam percuma, ada parking berbayar dalam pagar serendah rm10 untuk satu hari. Kitorang parking awam percuma je. Alhamdulillah selamaat. Xde calar ape2.

2. Kapal Terbang. Kalau dari KL, better korang turun ke airport Kota Bharu. Sejam je ke jeti besut. Kalau korang turun ke airport Kuala Terengganu, mengambil masa 2 jam ke jeti. Harga flight pun lebih kurang je biasanya. Dan dari airport KB banyak teksi, kereta sewa dan agent untuk ke jeti besut.

3. Bas. Korang boleh naik bas dari tbs ke kuala besut (jetty). Antara company bas yg ada perkhidmatan ni adalah ekspress perdana. Bas yang telah memenangi anugerah bas terbaik 👍🏻


Dalam perjalanan singgah beli Nasi Berlauk Husna ntuk makan di pulau. Pukul 8.15pagi kitorang sampai, terus ke opis agent yg Afiz dah book awal2. boleh je korang nak walk in. tapi kalau musim cuti sekolah, better book awal2. Then pukul 8.45 kitorang dibawa ke jeti. Kitorang disuruh beli tiket taman laut dulu berharga RM5 untuk seorang dewasa. Masuk ke jeti, x ketat pun pemeriksaan tiket. Tapi atas rasa tanggungjawap. korang bayar la yer tiket taman laut tu.

ramai2 jalan kaki

suasana kawasan jeti

pintu masuk Jeti Kuala Besut

kaunter beli tiket Taman Laut

lupa bawa waterproof casing, terpaksa beli. huhu 
tiket taman laut



umi n angah. x lekang note nya. huhu

My Lovely Family. Along x ikut. along dah berkeluarga. huhu

Ketua Keluarga memastikan isteri kesayangan
dan anak selamat melangkah ke bot. hehe

here we go!
merenung ape tu. hehe

amboi Puan Hasnah. hehe

selfi with angah

berbual ape tu. seriusnya muka abah. hehe


Lebih kurang 45 minit, kitorang sampai di jeti Long Beach (Pantai Panjang), 1st thing to do is, cari agent yg kendalikan snorkeling trip kitorang. namanya Suhaila Shop. sementara afiz g cari mana dia punya kedai tu, afiz sruh umi abah makan dulu. kitorang order air tapi makan nasi bungkus yang dibawa. harga air paling murah adaah rm5 teh o ais. huhu

mana mak mana anak ni. hehe


Long Beach

Pantai Panjang

kiri kanan. kiri kanan. hehe


Pukul 10.45pagi kitorang dah kena get ready, dorang bagi jaket keselamatan, dan mask untuk snorkeling. Masa jalan kaki ke bot (bot berlabuh tepi pantai) Afiz terpijak sauh. perghh sakit kaki nasib baik tak berdarah. so hati2 la yer bila jalan di long beach, dorang x cover pun sauh tu.

Snorkeling ni ada 4 point, point pertama, Pantai Pulau Rawa. bagus air nya jernih kebiruan. point pertama ni bagus untuk yang x pandai berenang. sebab dari pantai air masih lagi cetek. sini banyak timun laut atau nama lain, gamat. yang bentuk macam tahi tu. hehe 😁 Lama juga la point pertama ni dalam 30 minit.

Abah get ready!

Go! hehe

suka tengok abah happy berenang. lama giler dia x berenang.

dimana hidupan bawah laut ni.

selfi la dulu,.hehe

angah takut-takut. hehe
tu dia gamat. berani pegang? geli x? hehe


Point kedua ialah Pulau Ku Burung. pelik nama kan?  xtaw la cemna dpt nama tu. huhu Sini ombak besar sikit, air dalam tapi best tengok batu2 karang dan ikan2. bagi roti. terus datang ikan2. kalau x bagi. jangan harap nak datang. dasar rotilistik! haha akak paie jumpa nemo. Tapi Afiz tak jumpa pun. Hukhuks

dalam keempat-empat pulau, pulau ni Afiz suka

keindahan batu karang disitu

underwater selfi

sukanya Encik Shariff. hehe


Point ketiga adalah Pulau Serenggeh. Aikkk pelik nya nama. Apa maksud serenggeh ni? Kalau serengeh Afiz tahu la. Maksudnya buat muka marah. Huhu kat sini batu di pulau tu agak hitam dan airnya agak dalam. Tapi banyak giler ikan 🐠🐟 😍.

kat Pulau ni terlupa ambil gambar pulau. rakam kak paie dalam air
dan ambil gmbar ikan byk2. je. nak tengok video kak paie bagi makan ikan dalam air x? hehe 

banyak kan ikan menghampiri bot nak makan roti. 


Point last adalah Pantai Romantik. Haaa kat pantai ni kemain umi n abah bercangkerama guling2 dlm air persis bollywood gitu. Hehe Afiz pulak ajar angah mengapungkan diri atas permukaan air. Dah pakai jaket keselamatan pun masih takut. Aiyaa. Tu pun lepas paksa bayar mahal2 tak nak snorkeling? Huhu.

sayang umi abah!

split underwater umi abah. 

ketenangan anak muda.

keindahan ciptaan ilahi

air turun dari atas.


1.45pm balik ke long beach. Watch out! Jaga2! Jgn pijak sauh lagi. Huhu pukul 2 lebih sikit sampai dan ajak angah ke kincir angin. Dalam pakej add on kincir angin, tp x pergi katanya ombak besar. Money? No return back mak jemah oi. So kitorang hiking ke kincir angin. Tapi alamak oiii, selipar Afiz n angah tertinggal kat bot, bot dah pergi. Kena makan kerepek kat abah 2 dozen sorang. Huhu  abah bg selipar dia kat angah, afiz lejan je kaki ayam. Hukhuk trail ikut blkg chill out restaurant, ada papan tanda ke kincir angin. Follow je tiang elektrik tu. normally 15 minit je, tapi sebab angah lelah n afiz x pkai selipar. Sakit oiii jalan berbatu. Kitorang mengambil masa 30 minit. Double! Huhu bila sampai , perghhh wahhhhh ohsemmmm semua ada. Permandangan yang memukau! Seriously berbaloi! Air laut yg membiru, keteguhan menara kincir angin, awan putih yang berarak. Untung pergi hari x hujan. Tapi kitorang spend 20 mnit je kt situ then turun ke long beach sebab 3.40 dah kena g jeti untuk bertolak pulang. X cukup! Kena g lagi next time! Huhu

jalan mendaki ke kincir angin

mampu berkaki ayam? mesti! semangat! haha

lelah dah kakak aku ni. selipar abah punya. besar! haha

sampai kincir angin, kena lalu pinggir pagar. ke kanan boleh,
ke kiri pun boleh. tapi ke kiri lagi jauh sikit. 

yeay dah pusing, dah sampai!

permandangan yang memukau!

layan perasaan ler tu. huhu

jeti kincir angin

tenang je kat sini. mana orang lain? hehe

kincir angin dari bawah

tangga dari atas turun ke bawah

bergambar guna yicam
menjerit kuat2 ke? x la. hehe

gambar angah lagi.

cer zoom kat kaki tu. lawa! haha

penat la tu. sian dia. hehe

peringatan: hati2 ke kincir angin. tangganya dah kurang elok.

pagar juga belum dibaiki

pemegang pagar pun dah berkarat.

semoga pihak bertanggungjawap cepat2 baiki. sayang.
 kawasan cantik macam ni kurang dijaga rapi.

dah. jom balik

kaki msih okay. hehe

babai kincir angin

till we meet again. muah

jalan yang berbatu. sakit gais. huhu

amboi sukanya dia trip kali ni. hehe

balik dulu. babai...


Sampai ke jeti, nampak org tgh cari penumpang bot, pergi kat dia dan tunjuk tiket kita. Dia akan sruh naik bot dia. Tapi tiket Afiz dah hancur kena air laut yg masuk ke dalam bot. Alamak, first dia xnk terima tapi lepas Afiz tunjuk gambar yang afiz dah ambil untuk back up kalau hilang (actualy untuk update dlm blog, haha!), dia pun sruh deal dgn boss dia nanti. Tadaaa! Boleh pulang dengan selamat! Tadaaa! Abah suap kerepek lagi satu dozen ke Afiz sebab x jaga tiket leklok. Huhu

Pukul 4 cemtu sampai jeti kuala besut, beli makanan sebab memang lapar giler kalau berendam dalam air lelama kan. huhu kitorang g mandi kat petronas, solat, patu singgah kat Pantai Senok, tempat ala-ala Pulau Nami katanya. Sampainya terus diselubungi perasaan kecewa 😢  kotor giler! banyak sampah sarap! Duhai rakyat Malaysia. perangai apakah ini. Tolong la bawa balik sampah yang korang bawa tu. amalkan sikap pentingkan kebersihan please. Kalau berterusan macam ni. semoga kerajaan Kelantan buat pagar dan kenakan bayaran untuk masuk. Afiz sokong! demi kebersihan pantai kita! Jalan-jalan kejap je, xde mood dan sakit hati dan sakit mata tengok permandangan macam tu. Kita ubah K? Kalau ada disediakan tong sampah sekali pun, Afiz cadang kita bawa balik juga sampah tu, buang di tong sampah besar. sebab kemungkinan ada binatang liar yang akan kucarkan tong sampah tu atau angin kuat yang terbalikkan tong sampah tu. Sama-sama kita jaga kebersihan okay. 😊 Walau sakit hati tengok perangai rakyat kita macam tu, tapi sempat juga kitorang stop beli ikan kering. best ooo 😋 ikan kering dari Kelantan. hehe

Nah belanja gambar di Pulau Nami. eh! Pantai Senok, Bachok Kelantan.


Tips untuk ke Pulau Perhentian akan Afiz buat dalam catatan yang lain yer. 😀Ok. Tamat, semoga bermanfaat. maafkan Afiz sekiranya ada kata-kata yang menyakitkan hati mana-mana pihak. Yang x pergi lagi ke Pulau Perhentian, serius Afiz suggest sangat2 pergi. Mudah! Jimat! dan berbaloi-baloi. hehe dan yang dah pergi, mesti korang nak pergi lagi kan? Sama lah Afiz pun! Jom! 😁 































Share:

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com