Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Tuesday, April 18, 2017

Bagaimana Saya Sambut Songkran dan Jimat RM600


La la la la la la la la la
Oh oh oh jeb Oh oh oh jeb Oh oh oh jeb Oh oh oh ohauy
Ma tarm took wan Un nee mun hen tong woy
Oh oh oh auy
Ma tarm wa nhuk tao rai
Oh oh oh nuay Oh oh oh oh oh nuay Oh oh oh nuay
Ja tum kub ter yung ngai
Hai wud rob aew lae tarm a-yu tao rai
Tum mai tum mai hen ter woon wai took tee 


Siapa ingat lagu ni? Lagu yang famous pada awal tahun 2000 nyanyian china doll dari Thailand bertajuk oh oh oh. Hehe maksudnya korang google la sendiri. 😜 Di kesempatan ni, Afiz nak ucapkan Selamat Tahun Baru Thai kepada kawan2 thai/siam. Sa wat dee pi mai thai 🎉 dan Suk-San Wan Songkran yang bermaksud Happy Songkran Day.

Straight to the point, macam mana Afiz sambut songkran dan jimat rm600? Wow ! Banyak tu! Caranya Afiz sambut kat PJ je! Yes Petaling Jaya! Mesti ramai fikir nak sambut songkran kena g Thailand kan. No! Kat Malaysia pun ada. X payah beli tiket flight return rm400 + hotel rm200 = rm600 kan. Haha belum masuk makan dan shoping lagi. Memandangkan di KL xde tempat khusus untuk sambut songkran macam di silom road atau tempat2 lain di bangkok, pattaya dan lain-lain, maka Wat Chetawan Petaling Jaya menjadi lokasi festival songkran di KL. Actually di negeri2 sempadan thai seperti Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah juga ada masyarakat siam dan ada festival songkran. kalau di Kelantan pesta songkrannya di daerah Tumpat, kalau di Perak lokasinya di Pengkalan Hulu. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca di blog brother ni Pesta Songkran di Perak , dan Pesta Songkran di Kelantan  


Wat Chetawan


Di mana terletaknya Wat Chetawan ni? Sebelum ni Afiz dah buat catatan mengenai belajar bahasa Thai di Wat Chetawan, boleh baca  di sini . Wat ni terletak di  No.24, Jalan Pantai 9/7, Seksyen 10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kalau dari Kuchai Lama ikut jalan klang lama dan jalan gasing, dekat je 6.8km. Kalau dari KLCC ikut lebuh raya persekutuan, pun dekat 13.4km je. Kalau korang ada masa, paginya pergi la hiking di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, dan singgah di Wat Chetawan sebelum balik. hanya 1 km je jaraknya. dekat kan. 😁

poster songkran di Wat Chetawan dapat
dari group wassap kelas bahasa thai

Ok, back to the topic. Songkran ini adalah pesta air untuk menyambut tahun baru thai yang biasanya disambut pada 13-15 april setiap tahun yang juga merupakan bulan paling panas di thailand kerana boleh mencecah sehingga 40͒C. Panas kan. so mari kita sejukkan dengan bermain air. Splash!💦 Splash! 💦 hehe Selain menembak guna water gun atau simbah air terus kat orang, sapu kapur di muka juga amalan dorang. sapu kapur di pipi sambil ucap happy new year atau sa wat dee pi mai thai atau suk san wan songkran. Penggunaan Kapur adalah simbol keberkatan tetapi ada juga yang menggunakan bedak menggantikan kapur. 

semangat menghedap 'musuh' ke dik. hehe



simbah pakai baldi pun jadi 😁




jual2 water gun. yang kecil rm15, sederhana besar rm30
dan paling besar rm80 yakni lagi kuat tembak air. heee

semangat bro! jangan takut2 tembak. hehe

ada jual makanan thai dan bir juga. biasa dorang minum bir jenama chang.
chang bermaksud gajah.




macam kat thailand kan? PJ je!
Malaysia Truly Asia 💓

masa nak ambil gambar/video kawan Afiz, tetiba dia kena serang dengan budak perempuan ni. huhu



semua dah basah 💦

ada jemputan band dari thailand jugak. yinglee x datang ke.
phom rak ter mak mak yinglee.. huhu 😂

tengok dari atas pun boleh. pastu tembak2 org bawah. huhu

put your hands up!

petangnya dah gelap nak hujan. yeah!




Suk-san Wan Songkran!
mana nak refill water gun? Pihak Wat sediakan kat tepi2 dan ada yang bawa sdri atau ambil dekat penjual. Ais yang digunakan untuk sejukan minuman yang nak dijual sudah cair. ape lagi, ambil refill la 😁 lagi best tembak guna air sejuk! hehe ada yang splash satu baldi pakai air sejuk. urghhhh beku oi. huhu

gerbang masuk ke Wat Chetawan

dah basah kuyup, muka pun dah putih. moh ler kita balik.

Dalam asyik menyambut Songkran, ada beberapa garis panduan yang ingin Afiz highlightkan.

1. Memandikan Patung Buddha. Ada beberapa blog yang Afiz baca, mereka tidak suka kalau penganut agama lain memandikan patung buddha kerana memandikan patung Buddha dilakukan dengan hati yang ikhlas sebagai penganut buddha. Menyimbah air kepada orang lain adalah adat dalam songkran. menyiram air ke patung buddha adalah ibadat dalam songkran. Jadi sebagai bukan penganut buddha. jangan campurkan adat dengan ibadat yer 😊 Seandainya 'Orang Besar' yang bukan penganut buddha ingin merasmikan songkran, cukuplah dengan memalu gendang atau menembak water gun sebagai simbolik perasmian. 

2. Berhati-hati semasa meraikan Songkran. Penyeluk saku? tak. memang kita dah x bawa dompet untuk merayakan songkran kan. Tapi haruslah berhati-hati apabila memandu. statistik di Thailand menunjukkan kemalangan meningkat semasa Songkran. Jangan memandu kalau korang mabuk. 

 3. Bawa waterproof casing. Songkran dan percutian itu sangat menggembirakan. Tapi kalau dah telefon dan kamera rosak kena air. hati mana tak bad mood kan? hehe So, sediakan payung sebelum hujan yer.

4. Wear the proper attire omputih cakap. No telanjang2 k. Di Thailand juga beberapa orang ditangkap kerana melakukan kesalahan tersebut. 

5. Jangan Naik Darah. Bila korang dah join songkran tu, jangan la marah bila kena simbah air atau disapu kapur. dan yang sapu tu. sapu la elok2, lembut2 ke pipi. bukan 'tonyoh2' sampai sakit mata orang. huhu

6. Jangan tembak ke arah makanan penjual. sian dorang nak jual, korang basahkan makanan dorang. 




 So kesimpulannya macam mana Afiz sambut Songkran dan jimat RM600 adalah kerana sambut songkran dalam negara je. hehe Terima Kasih sudi baca. Khop Khun Khrap 🙏 Layankan lah video yer 😁






**semoga bergembira, segala kesilapan penulisan Afiz. maaf dipinta. jumpa di Songkran next year pula 😘

Share:

3 comments:

  1. Hahaha ingatkan pi Bangkok tadi.

    ReplyDelete
  2. Wahhh tok seko ada di Malaysia. Lepah ni bulih singgoh ni. Thanks informasinya.

    ReplyDelete
  3. E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp ::: + 447723553516

    Halo semuanya, saya Teddy Liza, sekarang dari Indonesia. Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah, ajukan sekarang.

    bersaksi whatsapp .. + 6281617538564
    Surel; teddyliza2020@gmail.com

    ReplyDelete

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com