Ya klok e ken wa chan ah rak hennai.....
hanya pada pandangan pertama dan saya tahu kamulah orangnya,
benar-benar ingin beritahu kamu sangat comel.
Memetik lirik lagu Kho Chai Thoe Laek Boe Tho nyanyian penyanyi cute miut Ying Li Si Chumphon.
Entah betul entah tidak aku translate kan. haha
Dah kenapa tetiba nyanyi lagu thai ni? hehe... sebabnya ahad lepas Afiz baru je join kelas bahasa thai di Petaling Jaya tepatnya di Wat Chetawan beralamat di No.24, Jalan Pantai 9/7, Off Jalan Gasing,
Seksyen 10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
bukan rozita chewan yer, beza tu.... π π π
memandangkan Afiz berasal dari Tumpat, Kelantan yakni sempadan Thailand dan datuk Afiz sebelah umi berketurunan Melayu Selatan Thai, ada la juga tanya2 Afiz pandai ke cakap thai? erkkkkk...
Memang x la pandainya. x pernah belajar, tengok citer pee mak pun ada subtitle. huhu
Nak citer sikit pasal Daerah Tumpat ni, majoriti adalah orang Melayu dan Siam (kawan2 Afiz lebih suka dipanggil siam berbanding thai). yang bagusnya kitorang hidup aman makmur xde sifat2 racis. sentiasa bertolak ansur, saling menghormati hak dan budaya serta agama masing2. buktinya, walau negeri Kelantan terkenal dengan kuatnya agama Islam kat situ sehingga digelar negeri serambi mekah tapi banyak dibenarkan wat wat buddha thai dibina. antara yang paling pemesnya Wat Phothivihan iaitu patung buddha tidur (sleeping buddha) kedua terbesar selepas patung buddha tidur di Myanmar.
Ok cukup la, back to the main topic. hehe
pagi tu dah bangun awal pastu boleh lak tertido lagi. akibatnya lambat smpai ke kelas 15 minit. huhu cari punya cari x jumpa mana kelas. lastnya tanya officenya. then ada mat salleh menyapa "you join the language class?" . jawap la yes. dan dia ckp dia pun sama dan nak ikut Afiz coz x tahu mana kelas. So kitorang masuk kelas sama2, namanya Simon asal amerika. sakit leher kena tengok atas bila ckp dgn dia. tinggi macam zirafah! haha
Kelas start pukul 10pagi dan habis pukul 11.40pagi. BTW, guru yang mengajar namanya Peter. Panggil Khru Peter. Khru adalah perkataan thai yang bermaksud cikgu. Baik orangnya dan mudah faham apa yang diajar.
Then disapa pulak Eu Jeen, chinese local. asyik orang je sapa afiz. bila afiz nak sapa orang? sometime Afiz jadi senyap, sometime jadi bising giler. tengok keadaan dan naik turun paras ombak di lautan hindi k.
haha π dalam kelas tu ada banyak kaum, ada melayu, cina, india dan omputih. walau datang sorang, x kekok la. semua okay. datang dengan niat nak belajar. belajarlah sehingga ke liang lahad π
Waktu Kelas dan tempat
sabtu 1 petang di rumah Khru Peter
ahad 10 pagi di Wat Chetawan
untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Khru Peter 011-20089149
Lepas kelas, ambil2 gambar senibina Wat Chetawan dan cari tahu sejarahnya. rupanya wat ni dah lama. sejak awal 1960 lagi. dan mendapat sokongan atau sponsored oleh raja thai juga. wat ni jenis buddha theravada.
tu je la nak share, kalau ada apa-apa lagi. afiz tambah k π
antara senibina di Wat Chetawan yang afiz ambil gambar korang tengok lah yer .
Hi nak tanya, class thai tu still ada lagi ke?
ReplyDeleteHai Azvin, masih ada. Boleh Contact Khru Peter 011-20089149 untuk pertanyaan pengambilan baru bila.
Deletehi nak tanya,berapa kos per class yea?
ReplyDeleterm100
DeleteAwat aku call cikgu Peter katanya tiada dlm perkhidmatan
ReplyDeleteThe Most Iconic Video Slots On The Planet - Jancasino
ReplyDeleteThe most iconic video slot is the 7,800-calibre λλ λ―Έμλ μΆμ₯μ΅ slot https://septcasino.com/review/merit-casino/ machine called Sweet worrione Bonanza. This slot machine herzamanindir.com/ was developed in 2011, developed in the same studio jancasino.com by