No, we ain't ever getting older
We ain't ever getting older
No, we ain't ever getting older
bak kata2 The Chainsmokers ft Halsey dalam lagunya Closer, kita takkan tua walau hakikatnya hari berganti hari, tahun berganti tahun.. huhu Semalam hari ulang tahun kelahiran gym buddy Afiz dalam kalendar cina. so plan nak makan2 lepak2 dengan si Henri ni di Tapak Urban Street Dining. So kitorang cheat day la semalam makan makanan yg lari dari diet. huhuks
Apa Tapak Urban Street Dining
Haaa nak dijadikan story mory sikit ni biasa orang panggil Tapak Urban atau Tapak FT (food truck) yakni hanya jual makanan dan minuman serta desert2 sahaja. pakaian takde, perabot rumah, takde, yang lain2 xde dijual di tapak ft selain yang boleh masuk dalam perut sahaja. heee... macam2 ada dari air mangga, coconut, aiskrim, makanan barat, western, nasi ayam penyet, nasi lemak dan banyak lagi. Tapak FT ni bukan macam uptown/downtown yer. bila namanya foodtruck ni korang hanya perlu bawa duit banyak2 dan perut yang kosong serta nafsu makan yang membuak-buak gitu. huhu gurau je, pasal nafsu tu kawal sikit yer, ingat jangan digoda goda syaiton. beli yang nak je. jangan membazir beli banyak2 dan x abis. okay
Lokasi Tapak FT
kuat pulak membebel, huhu Tapak FT ni beralamat di
2, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
berhadapan dengan Dharma Realm Guan Yin Sagely Monastery
klik di sini untuk lokasi Tapak FT
Cara ke Tapak FT
1 Kenderaan sendiri,ada yang parking di tepi jalan, tapi atas risiko sendiri la yer. sama ada diangkut DBKL (tak pasti dbkl krj x memalam, huhu), atau lain2. Memula parking kat luar, tapi fikir2 baik buruk, Afiz pun parking kat dalam kwsn yg disediakan. bayaran RM3 uolss. huhu
2 LRT, LRT KLCC 280m dari tapak ft, LRT Ampang 400m. pandai2 korang la nak turun mana2 sebab ia berada antara dua stesen ni. haha
3 Bas GOKL, naik free bus pun boleh. xpyh fikir parking dan tambang. untuk route dan waktu operasi bas gokl korang boleh check sini ni haaa
4 Grab Car, banyak je grabcar kt KL ni, dun worry k. grab je bila2 korang nak 😘
Pungpangpungpang cakap, x gtaw lagi korang bila waktu operasi tapak ft ni kan. haha ok ok
Waktu Operasi
tiap hari bukak dari pukul 6 petang sampai tengah malam, tgh malam tu biasanya pukul 12 la yer. jangan korang datang siang lak. x bukak lagi.
Review Afiz pasal Tapak FT ni, BAGUS! lain daripada yang lain dan tarikan terbaru di negara kita! hehe. pasal makanan. omnomnomnonom! SEDAP! pandai dorang buat. nak tau Afiz makan ape. layankan jela gmabar yer. . . 😛
mula2 parking tepi jalan |
takut apa2, pindah letak dalam.huhu |
nasi air dingin dan nasi kakwok pun ada |
sate pun ada |
kambing bakar! sedapnya! |
nak kencing berak? xdehal , toilet ada. huhu |
awek ni bagi kitorang free aiskrim. hehe |
opis ke? |
ni la makanan kitorang. kongsi je cheese fries, milky mango n aiskrim mango 😋 |
aiskrim percuma tu . DELICIOUS! 😘 |
INGAT? beli, makan, dan buang sendiri okay 😉 |
charcoal chicken burger |
birthday boy tgh layan peminat. makan la cepat bang oiii |
ok, dah abis. leh senyum lebar2, perut dah kenyang 😁 |
muka abang sado ni pun dah mengantuk. ok jom balik |
sebelum balik, kemas meja dulu k. jadilah macam kami! haha |
ok bye bye Tapak Urban Street Dining, lawa kan ber background kan menara berkembar petronas. tapi nampak satu bahagian je.huhu |
parking = rm3
milky mango = rm5 sebab topping abis
cheesy fries = rm6
aiskrim mango = percuma
charcoal beef burger = rm10
charcoal chicken burger = rm10
Ok. tu je nak share. semoga korang enjoy ke sana nanti. sekali lagi jangan tamak, beli yang perlu je ok 😀
0 comments:
Post a Comment