we'll open the clouds
Cause baby, tonight,
we're beautiful now.
acehhhh memetik lirik lagu beautiful now dari Zedd ft Jon Bellion mentang2 buat review pasal rooftop bar.
Nak dikongsikan cerita 3 october 2016 tahun lepas Afiz dan 2 org kwn baik, Henri dan Calvin plan nak lepak2 sama2. lama x kluar sama katanya. so kitorang sepakat nak jumpa kat Heli Lounge Bar (helipad) beralamat Tingkat 34, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Apa Heli Lounge Bar KL
nak dijadikan story mory sikit ni biasa org panggil Helipad je. Helipad ni sebenarnya tempat helikopter mendarat pada waktu siang. alaaa yang kawasan lapang dan ada tanda H besar2 tu. haaa tapi waktu senja dan malam jadi bar. uishhh kelas kau lepak tinggi2. hehe Kadang2 ada band yang menyanyi atas tu, tapi masa kitorang g. xde lak. sob sob sob... btw kitorang g waktu happy hour 6pm-9pm. kalau korang pergi bukan waktu tu, first korang kena berpakaian kemas2. x leh selekeh, pakai selipar jepun, baju tshirt, dipersilakan keluar. haha huhu. kedua kena beli wine.
Cara ke Heli Lounge Bar
1 Afiz dan Henri guna public transport je. senang, mudah, pantas, tuntas. heee so dari KL Sentral, naik monorel ke Raja Chulan. dari Raja Chulan monorel station tu, jalan kaki je ke Menara KH.
2 Calvin pulak lepas jumpa client dia, terus datang Menara KH dengan kereta sendiri, parking di Menara KH je. harga parking? kalau x silap rm20.
3 Naik bas percuma GOKL, contoh lepas jalan2 kt klcc, boleh naik gokl ke menara KH. route GOKL, kekerapan dan waktu operasi boleh tengok disini
Pukul 5 cemtu sampai Menara KH terus naik ke tingkat 34, harus lah naik lift. x cukup sado kau nak naik guna tangga. rasanya dah sado pun naik lift jugak. tingkat 34 kot. haha kat front desk tu, dia akan check beg kita kot2 bawa bawa terlarang dan makanan/minuman dari luar.
Harga Masuk
adalah PERCUMA!!! terkejut x? haha masuk/naik ke atas adalah percuma tapi bersyarat beli something dulu di bar dia tu. harga minuman paling murah adalah soft drink dan fresh juice RM25. ok tak ok? bagi Afiz ok la, rooftop bar kan. sama ada korang nak minum di bar atau rooftop, terpulang. nak ke rooftop kena naik tangga ke atas.
Waktu Operasi
Saturday | 5PM–3AM | |||
Sunday | 6–11PM | |||
Monday | 5PM–12AM | |||
Tuesday | 5PM–12AM | |||
Wednesday | 5PM–12AM | |||
Thursday | 5PM–2AM | |||
Friday | 5PM–3AM |
**waktu operasi mungkin berbeza kerana public holiday atau apa2, boleh hubungi dorang di +60321105034 untuk maklumat lanjut.
dalam bar sementara tunggu Calvin, berlatar belakangkan Menara KL |
salah satu hiasan dinding dalam bar |
saja2 ambik. heeee |
![]() |
dapat ekslusif kitkat, ada nama dan gmbar sendiri. heeee tq bro henri |
![]() |
hai awak kat belakang, jom la ambik gmbr sama 😘 |
![]() |
haaa sampai pun orang kaya ni. yg tengah tu Calvin, baju merah tu Henri |
Sunset view at Helipad rooftop bar |
dah malam, lampu di Menara KL pun dinyalakan |
macam diamond kan Petronas Twin Tower |
Ok, tu je la nak sharing. semoga korang yg baru nak pergi tu, happy2 la k kat atas tu. jangan terlampau happy smpai terjatuh ke bawah. hew hew hew ... Serius sunset view atas tu lawa giler. pergi jgn x pergi.
0 comments:
Post a Comment