Aue, aue
We set a course to find
A brand new island everywhere we roam
Aue, aue
We keep our island in our mind
And when it's time to find home
We know the way ~ ~ ~
Dah tengok citer Moana? mesti dah kan. hehe 😜 Macam biasa intro kepada catatan blog Afiz mesti ade lagu. lagu kali ni adalah lagu tema citer Moana - We Know The Way by Opetaia Foa'i & Lin-Manuel Miranda sebab kali ni nak kongsi pasal pulau iaitu Private Island - Rawa Island that owned by Johor Sultanate. Eh eh private island kot, macam mana Afiz boleh g? Afiz ada kenalan dengan kerabat diraja johor ke? hihihi idok ler, afiz ni orang biasa2 je. bukan org have have. huhu Afiz book package percutian di Pulau Rawa melalui emel kepada alangsrawa@gmail.com
Afiz ditawarkan 3 pakej iaitu:
1- Little A Frame berharga RM480
2- Beachfront berharga RM460
3- Standard Jungle Side berharga RM430
*setiap pakej sudah termasuk 1 malam penginapan, bot pergi-balik, dan semua makan malam dari hari sampai hingga ke makan tengah hari hari pulang.
**tidak termasuk minuman. minuman perlu beli kecuali sarapan.
***water sport equipments adalah percuma tapi perlu bayar deposit RM100 tiap sorang, mana la tahu korang pergi hanyutkan pengayuh kayak tu kan. huhu
****semua harga diatas perlu ditambah cukai 10%+6%, korang kira la sendiri yer. hehe
mula2 pilih jungle side, sebab murah kan. haruslah jimat cermat. haha tapi berubah fikiran nak beachfront. Dapat emel sruh byr melalui paypall. alamak, cimb x support paypall. nak xnk beritahu dan pakai la akaun maybank si henri ni. x jadi suprise birthday treat nya. haha
macam mana rupanya penginapan tu? cemni haaa
Jungle Side
betul2 tepi hutan kan. tapi x lah jauh dari pantai, dekat jer.
Beachfront
Bilik paling dekat dengan pantai, untung pilih yang ni, best sgt2 😆
nanti dorang gantung hammock kat luar bilik. yang ni ada 2 unit je. grab cepat2 gais. haha
Little A Frame
Kenapa x pilih yang ni? sebab malas nak naik tangga. haha
Cantik dan ade pokok kelapa condong yang ada buaian tu.
So 8 mac pukul 1 pagi kitorang bertolak dari PJ dengan kereta
sebelum gerak, check mana yang patut.
Cara ke Pulau Rawa dari KL
1- Bas. Dari TBS korang boleh terus ke jeti mersing tu. antara syarikat bas yg ke mersing adalah transnasional. harga RM32 je.
2- Kenderaan Sendiri. Korang ikut PLUS dan exit Ayer Hitam.
sgt suggest naik bas sebab murah. x pyh byr tol, x pyh byr parking, x pyh kira2 duit minyak dan x penat memandu. 5 hingga 6 jam kot. huhu tapi yg suka berhenti2 ni, ikutla cara kitorang. naik kereta. hehe
Pukul 7pagi baru sampai di Jeti Mersing. Parking situ untuk satu malam bayar RM15 sahaja, dalam kawasan pagar yg dijaga la, kalau 2 Malam RM30.
posing tempat parking pun boleh di Jeti Mersing
ada satu jam lagi sebelum bertolak. kitorang jalan2 sekitar kwsn pantai situ. dapatlah view sunrise
lawa kan. tengok la sape yang ambil. hehe
Pukul 8 pagi kitorang bertolak dari Jeti Mersing bersama satu pasangan dari KL jugak. perjalanan mengambil masa 30 minit. berdegung degung bot membelah laut china selatan.
Jeti Mersing
Our Pilot. aiya kapten!
menuju Pulau Rawa
dan akhirnya. yeayyyy smpai jugak ke Pulau Rawa. indahnya ciptaan mu ya tuhan. disebabkan kitorang pilih Alang Rawa, maka dengan sesungguhnya kitorang berlabuh tepi pantai. so dinasihatkan korang jangan pakai kasut atau high heel ok. basah nanti. kenapa x berlabuh di jeti? sebab jeti tu milik Rawa Resort. perusahaan yang lain tapi masih lagi milik Sultan Johor. ada berapa resort kat sini?
Penginapan di Pulau Rawa
1- Rawa Island Resort resort yang mewah ala-ala bali gitu. harga pun mewah la kan, tapi berbaloi dengan kemudahan dan apa yang dapat. omputeh cakap. worth it. hehe dan bila smpai korang akan dilabuhkan di jeti dan dibawa ke reception dgn menggunakan kereta bugi.
2- Alang's Rawa penginapan yang santai, chill-chill, rilex2. murah dan berbaloi walau xde aircond. malam tetap x panas. lena je kitorang tidur. hehe btw byk lagi jenis bilik yang disediakan. korang dipersilakan godek godek kat website dorang tu la yer.
Afiz suggest Alangs Rawa sebab staff dorang ohsem sgt. terutama si gadis ni. Shiina! U double ohsem! haha tapi afiz x halang korang stay kat rawa resort sebab afiz pun x pernah stay sana. so no banyak2 komen la yer. heeee 😉
Shina baru bangun tido kena kacau kitorang datang awal2.
hahahahahah sorry Shina
#fatfatDaisy sambut kedatangan kitorang. hehe
Looks like she hate Henri. haha
Sampai tu kitorang terus dijemput sarapan. Untuk Set Sarapan ni kitorang disediakan jus oren segar, roti, bijirin, susu, jem, mentega, peanut butter, buah-buahan dan pilih satu menu special. ada 3 jenis. ada telur masak separuh & scramble egg & sunny side up, pancake with maple syrup dan cheese + tomato omellete.
kitorang order sama tomato omelete. sedap!
ni ambil sendiri. x byk pun nafsu makan pagi. hehe
Lepas breakfast, kitorang jalan2 kat pantai pulau rawa ni. serius pasir putih giler. lembutnya macam tepung. huhu
first afiz nak angkat dia. pastu terjelupuk jatuh. lastnya dia yg angkat afiz. huhu
bukan maldives, dalam Malaysia je - Pulau Rawa. hehe
wajib berfoto di buaian ni. hehe
water slide. icon rawa resort - pulau rawa
saje main2. lawa la pulak. hehe
lepas jalan2, kitorang main drone. mula2 risau takut terbabas ke dalam laut. maklumlah newbie sgt2 main drone ni. video drone? japgi Afiz upload yer. ckup 7 minit terbang. lampu drone pun kelip2 menunjukkan bateri dah low. bateri drone ni x tahan lama. tapi caj 2 jam. huhu pastu kitorang main tanam2 dalam pasir. Afiz buat henri jadi sotong, henri buat afiz jadi duyung. maka terhasil lah makhluk mutan ni. haha
Mermaidman? huhuhu
macam pelik je sotong ni 😂 hahaha
bosan sebab terlalu berseni main pasir, kitorang g pinjam kayak. air laut situ sangat clear, boleh tengok dasar dan terumbu karang. x pyh island hoping jauh2 untuk tengok terumbu karang. beg2 kitorang letak kat reception, sebab bilik kitorang masih ada org. mestilah. sampai awal sgt. haha. x risau hilang barang? tak! sgt2 yakin! dorang boleh dipercayai. 😀
1 kayak untuk 1 orang
kiri kanan kiri kanan. ek ah ek ah
penat2 kayuh kayak, rasa lapar giler. tapi kitorang punya lunch hanya
sekali. sama ada nak hari pertama atau kedua. dah gitau Shina kitorang
nak hari kedua. tapi sebab kebuloq sgt, kitorang pun tukar, nak lunch
hari pertama. huhu
Ada nasi putih, spageti, rendang daging,
sotong, ayam, kangkung dan sayur2 lain. Serius nak habaq, sedap sgt.
rupanya tukang masak dorang bukan org biasa2. chef uols 😁
muka tersenyum meywek dapat makan. haha
Lepas lunch, kitorang check in. caj bateri fon, drone dan kamera mandi dan kemaskan diri. pastu dua2
terbonkang tido. set 15 mnit je. terlajak sejam. bayar mhl2, dtg tido
je? haha nasib baik sejam je. kalau bangun2 dan malam? menangis tak
berlagu la. hu hu hu.
gambar luar bilik kitorang - Beach Front
alamak. ter sweet pulak
ada single bed juga
hiasan yang simple dan menarik
tandas
selfie dalam tandas. hehe
kitorang masuk terus bersepah. hehe
keluar bilik, kitorang main drone sekali lagi. menyaksikan keindahan Pulau Rawa melalui mata burung kononnya. Dalam masa seminggu kitorang berlatih main drone ni. kualiti x bagus. ampunkan kami lah yer. huhu ok layan dulu video ni 😉
ok la kan. xde la teruk sgt kitorang main drone. kan kan kan. haha
cukup 7 minit terbangkan drone. mendaratkan cepat2 takut hilang kawalan nanti. huhu then g pinjam snorkeling set termasuklah kaki katak. ke ape korang panggil yang omputih sebut "fin". hehe.
di jeti rawa resort
Petang tu jalan2 menikmati keindahan pulau rawa, melayan perasaan ditiup angin sepoi sepoi bahasa. cewahhh berpuisi pulak. hehe sampai ke hujungnya, tetiba terdengar jeritan burung merak. kuat giler. dah la bunyi macam budak menangis, gelap pulak tu. cepat2 kitorang melangkah pulang. haha
sunset hunter katanya
kereta bugi yang digunakan untuk Rawa Resort
golden moment
dari atas jeti Rawa Resort
Keindahan Rawa Resort
Rawa Resort
Rawa Resort
makan coklat sambil tengok sunset
Rawa Resort sport centre
antara bilik/rumah di Rawa Resort
banyak pokok kelapa condong di pulau ni
Jalan ke penghujung Pulau Rawa
sudut budak2 insta ambil gambar. hehe
Lawa kan ? terpegun jap . hehe
nice view
Sampai Alang Rawa dah nak pukul 8, kitorang terus dinner. dinner malam tu memang kitorang melantak banyak2. Shina dah gtaw, guests dia memang kuat makan. haha untuk dinner ada 3 menu pilihan spesial. Henri pilih Udang, lupa udang masak ape. haha Afiz pilih Ayam, sedap sangat! pun x ingat nama masakan tu. macam kentucky aka celup tepung pun ada dan satu lagi yg kitorang x pilih tu, pun Afiz dah lupa! heee... maafkan Afiz x bg info tepat pasal dinner. lapar sangat kan. huhu
ada kek span
ada nasi dan spageti
udang henri punya
afiz alergik udang. so pilih ayam.
meja dah di reserve. tq Alang's Rawa 😘
Balik mandi, kitorang keluar lagi malam tu lepak2 tepi pantai, tengok bintang. banyak! lawa giler langit malam pulau rawa. kalau kat KL x nampak la kan. dah pencemaran cahaya. huhu hamparkan tapestry dan nyalakan lilin. angin kuat tiup, terpadam la lilin2 nya. bawa 20 lilin, nyalakan 3 je. give up! haha
ketenangan anak muda
Pukul 11 malam kitorang balik lepak2 kat bilik. hari minggu x meriah. sesuai untuk org2 yang nak kan ketenangan. kalau hujung minggu. Shina cakap ada macam parti, pasang lagu kuat2. biasa foreigner terutama dari singapura la yang suka datang hujung minggu. kalau sebut hjung minggu tu bermakna jumaat, sabtu, ahad lah yer.
Hias2 bilik untuk wish birthday budak sepet ni. maka terhasil la hiasan ni.
tadaaaa... Happy Birthday my travel buddy, gym buddy, Henri.
Penat sangat, malam tu kitorang tidur awal. kononnya nak bangun tengok sunrise. Kat Pulau Rawa ni sunrise bagus di puncak rawa, dan sunset bagus di pantai depan Alang Rawa.
9 Mac 2017
Memang dah bangun awal2. tapi kemalasan membuatkan kitorang baru keluar bilik nak hiking pukul 6.45 pagi. hari dah cerah, huhu. tapi masih lagi dapat blue moment. hiking yang paling cepat dalam hidup Afiz, x smpai 10 minit dah smpai puncak Pulau Rawa. hehe dan mata serius terpukau tengok keindahan Pulau Rawa ni. di belakangnya jenis batu-batuan. x sangka kat Malaysia pun ada pemandangan macam ni. korang layankan lah gambar yer. gambar pun x mampu mengungkap dan berbicara keindahan Pulau Rawa. hehe
papan tanda untuk mulakan pendakian
tangga menuju kejayaan
Papan tanda arah Pulau Tioman dan Laut China Selatan
nampak jeti rawa resort dari puncak rawa
bajet hensem. boooo
salah satu view memukau di puncak pulau rawa
Pukul 8 pagi dapat golden moment. sang suria sekejap ada sekejap xde. bermain auu cak ciku cak pulak dengan kitorang. huhu Pukul 8.30 kitorang balik ke Alang Rawa. dalam perjalanan nampak burung Merak tengah bukak dia punya 'gaun' tu. perghhhh bertuah dapat tengok dengan mata kepala sendiri. lawa yang amat. untuk pengetahuan korang, burung merak pun boleh terbang. tapi terbang kejap je la. kitorang tengok tu. dua ekor kat atas bumbung. berpusing-pusing yang sekor tu dengan gaun terbuka nak goda yang sekor lagi. huhu. Btw untuk hiking, pihak Rawa Resort membenarkan tetamu Alang Rawa untuk menggunakan track hiking dorang.
burung merak tunjuk bontot. kuangsam. haha
pusing2 tunjuk depan. haaa kan lawa. huhu
kat bawah pun ada. banyak rupanya merak kat pulau ni.
Breakfast tu afiz masih lagi order cheese + tomato omellete, xleh move on sedapnya. hehe henri try pancakes with maple syrup. pun sedap! macam xde benda yg x sedap je kat sini. huhu
omnomnomnomnom
our bekpes. pancake dan omellete
pilih satu dari tiga
Sudah breakfast kitorang bawa pelampung unicorn dan belon ke pantai. maka terhasil la gambar yang cool ni. angkat bakul sendiri. haha
dah la hitam, bertambah hitam berjemur. huhu
happy kids boleh, crazy kids pun boleh
belon.. belon... sape nak beli. 2 singgit. hehe
UNTUK MAKLUMAN SEMUA: Giant Rainbow Unicorn Float kami bawa sendiri, kami menyewakan dan menjual pelbagai jenis giant float. Boleh follow insta @floatsewa atau like page FB Float Time KL.
Then try nak buat split underwater shoot. punya la susah. sebab berombak beralun-alun. huhu nak tengok hasil gambarnya x? macam xpyh tengok je. huhu.
so so je kan. x pro pun ambil gmbr cemni. huhu
masuk waktu lunch, kitorang ditanya nak menu special apa. ada 3 jenis. Afiz ambil daging blackpepper, henri ambil sotong sweet sour cemtu. lupa nama gelaran yang diberi. huhu dan lagi satu? lupa laaaaa... 😭😭😭 sobs.. sobss... ape kena tah dengan memori aku pasal makanan ni susah nak ingat. huhu
yang ni ambil sendiri, hafiz punya
yang ni henri punya
sotong masam manis henri punya
blackpepper beef sedap yang amat. Afiz punya
pencuci mulut.
ni bukan makanan. kerang lama. huhu
jangan lupa selfie dengan si pemalas ni. haha #fatfatdaisy
rilex2 atas hammock
Pukul 12 check out, letak beg dekat reception. rilex2 tengok keindahan Pulau Rawa. 3 jam lagi nak ditinggalkan. huhu ok la, korang layan kan dulu gambar2 ni yer.
cafe Alang Rawa
golden moment - sunset at Rawa Island
lauk-pauk
buai ku laju~ laju~
free hugs! cepat gais! haha
tempat pinjam water sport Alang's Rawa
lawa sgt view pulau ni
ketenangan anak muda
ingat comel ke tiru daisy? haha
ketenangan lagi anak muda
Lepas dapatkan duit deposit water sport dan resit penginapan di Alang's Rawa, dorang x caj lagi untuk lunch. sebenarnya dorang nak bagi free ke ni? haha tapi bertanya juga, dorang pun caj la. rm55 sorang untuk lunch x termasuk cukai (lunch hari kedua xde dlm pakej, kitorang add on) .
Pukul 3 petang. masanya telah tiba. akhirnya cukup 2 hari 1 malam di Alang's Rawa Pulau Rawa. you guys sgt2 ohsem! Hafiz bagi 9/10. sebelum bertolak pulang. dorang bagi ucapan selamat tinggal dan terima kasih. we will miss u all. 😘
kerinduan anak muda. hehe
dah dah jom balik. haha - Jeti Mersing
gambar di depan pejabat Alang's Rawa Jeti Mersing.
Bye-bye Pulau Rawa. till we meet again? hehe 😘
**Review ini adalah dari pihak saya sendiri. sebarang kesilapan harap maaf. sebarang persoalan lanjut sila menghubungi pihak pengurusan Pulau Rawa Sendiri. terima kasih. 😊