Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Wednesday, February 14, 2018

Bayar Pinjaman Mara tanpa dikenakan Caj bayaran



Hi Korang, antara 11 tempat bayar balik pinjaman Mara, ada 3 tempat yang tak dikenakan caj bayaran iaitu Affin Bank, Pos Malaysia dan JomPay.

1. Affin Bank
Untuk menggunakan perkhidmatan Affin Bank, korang boleh rujuk di sini . Hanya boleh dilakukan secara atas talian.

2. Pos Malaysia
Untuk Pos Malaysia korang perlu pergi ke Pejabat Pos yang berdekatan dan ambil nombor untuk bayaran di kaunter. tiada secara atas talian.

3. JomPay
Pertama, Log in cimb clicks korang (atau lain2 internet banking akaun).
Kedua, Tekan Pay > Bills dan pilih From account yang ada duit (saving account untuk akaun simpanan biasa)
Ketiga, To: ada 3 pilihan, favourite, cimbclick dan JomPay. Pilih Jom Pay dan masukkan biller code 7195 dan tekan Enter.
Keempat, akan ada pop up, Ref-1 korang isikan Akaun Mara korang, Ref-2 korang isikan IC, masukkan nilai bayaran, dan biller nickname tu korang isi je MARA dan jangan lupa click "add this biller to my favorite. then proceed to payment. Siap!


Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com