Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Thursday, December 21, 2017

Buang Karang gigi/plak di Klinik Pergigian Bangsar



Amboi, gigi putih cantik. nak senyum lebar2 depan orang pun dengan penuh confident kan.
Hafiz x ambil gambar gigi Hafiz sebelum dan selepas scaling (proses buang karang gigi) sebab x sanggup share. haha 

Pertama Fiz nak share tentang buang karang gigi di Klinik Pergigian. Sama ada swasta atau kerajaan. prosesnya hampir sama je. tapi catatan kali ni Fiz nak share buat scaling  di Klinik Pergigian Bangsar, Kuala Lumpur. buka je google maps search Klinik Pergigian Bangsar terus jumpa yang terletak di Jalan Bangsar.

buka seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang, sabtu ahad tutup.

ruang kaunter pendaftaran dan pembayaran
Masuk je, korang terus ke kaunter pendaftaran. Bagi yang x pernah ke klinik ni. kena caj pendaftaran RM1. then beritahu korang nak buat scaling/buang karang gigi. PERINGATAN sila bawa IC/MYKID/PASSPORT yang asli kerana salinan fotostat tidak diterima. Korang akan diberi satu kad untuk isi sedikit info tentang diri korang. dan nombor giliran.

4 merah tu maksudnya bilik nombor 4.
Baca banyak review di internet, komplain menunggu lama, orang ramai, staff x bagus. seriously??? Fiz pergi ok je semua. staff di kaunter banyak membantu, menunggu pun kejap je x smpai 15 minit. doktor pula baik, bagi info2 penjagaan gigi. dan yang paling bagus, caj RM2 je gais! WOW! gigi bersih, bayar murah lak tu. haaa apa lagi. meh kita pakat share benda2 baik ni.

Fiz x ambil gambar semasa proses scaling kerana menghormati prosedur dorang. sekejap je. x sampai 10 minit dah siap.  lepas siap. staff nya bagi kad, bawa ke kaunter dan buat pembayaran. 

nah resit. rm2 je gais.
Ok gais, yang taktahu karang gigi/plak gigi, korang boleh tengok disini. warna kuning keras yang menempel di gigi korang tu lah karang gigi. walaupun tiap hari kita berus gigi. kemungkinan untuk dapat karang gigi juga ada. Cara hindari pembentukan karang gigi, korang kena bersihkan betul2 gigi. berus gigi sekurangnya 3 kali satu hari seeloknya selepas tiap kali kita makan. 

guna benang juga bagus untuk membuang kotoran di celah2 gigi
Karang gigi kalau x buang boleh merosakkan gigi korang. bila gigi rosak, keyakinan diri pun hilang, kan. so tunggu ape lagi? cepat pergi buang di klinik. 
















Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com