Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Saturday, December 9, 2017

Air Terjun yang hanya 30km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur

bukan nak push up. tapi sejuk. huhu....
Sesekali ingin tenangkan diri mendengar deruan air terjun dan menghirup udara yang segar, tapi xtahu kat mana? haaa kali ni Fiz nak kongsi tentang Air Terjun Kanching yang terletak hanya 30km dari Pusat Bandar KL. Untuk ke air terjun ni, korang google je Taman Eko Rimba Kanching, terus jumpa letaknya di kawasan rawang berdekatan lebuhraya flyover tertinggi di Malaysia. Rasa WOW gitu tengok dekat2. hehe

Antara Kemudahan yang terdapat di Taman Eko Rimba Kanching adalah:
-tempat meletak kenderaan
-kedai makan
-kawasan berkelah/berkhemah
-locker
-surau
-tandas awam
-pondok berehat
-pengawal keselamatan

kawasan parkir yang luas.

beberapa kedai makan.

pentas/pondok dan tong sampah banyak di sediakan

pondok berehat

our model tak dibayar. hehe

Bayaran masuk dikenakan cuma RM2 seorang.  Seeloknya sediakan wang kecil terlebih dahulu.

Tarikan di Taman Eko Rimba Kanching
-mestilah air terjun nya yang bertingkat-tingkat kan. hehe
-berfoto bersama burung2 (dikenakan caj)

Air Terjun Kanching dekat dengan pintu masuk, cuma perlu berjalan sedikit. Ada disediakan trek bersimen dan trek tanah yang berhampiran air terjun. Air terjun jenis bertingkat-tingkat dan dibina kolam untuk pengunjung mandi-manda dengan lebih selamat. Persekitaran sentiasa bersih kerana ada disediakan tong sampah dan pekerja pembersihan.

permulaan trek bersimen
Trek bersimen. bersih kan.
pondok berdekatan air terjun pertama
                                         
air terjun pertama

dari air terjun pertama ke air terjun kedua

air terjun kedua. ada kolam. sejuk uuu air

pondok di air terjun kedua.

cantik lak pondok atas tu kan. 

opss.terseksi sikit. huhu

variasi tumbuhan di Taman Eko Rimba Kanching

Top of Air Terjun kedua. bawah tu dah junam ke bawah.
jangan tiru aksi ini. huhu

Air Terjun yang ketiga
bersama travel and gym buddy. Henri

entah ape yang dibualkan. bila nak mandi? huhu

acah-acah iklan pembersih muka nivea giteww.. haha

aku belum mandi tak tun tuang tak tun tuang....

Langkah-langkah keselamatan.
-berhati-hati membawa makanan dan barangan peribadi kerana terdapat banyak kera.
-sentiasa berwaspada terhadapa peragut. ada papan tanda peringat awas peragut.
-elakkan ke tempat air terjun bila hujan.


ok. thats all gais untuk catatan kali ni. selamat bermandi-manda dan berhati-hati. jangan sampai jadi macam akak ni. huhu















Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com