Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Sunday, June 11, 2017

Trip satu hari ke Pulau Perhentian bersama keluarga

See the line where the sky meets the sea? It calls me
And no one knows, how far it goes
If the wind in my sail on the sea stays behind me
One day I'll know, how far I'll go

Lagu moana lagi? Haha mestilah! Xleh move on dgn citer ni  ðŸ˜‚ Lagu how far I'll go by Alessia Cara menjadi pembuka catatan pada kali ni 😁 hehe

cantik kan? haaa baca catatan kali ni sampai abis k!
sabar walau panjang berjela-jela! haha


 23 Mac 2017 pukul 7 pagi Afiz, abah, umi dan angah bergerak dari rumah di Bandar Tumpat, kelantan ke Jeti Besut, Terengganu. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit dengan menggunakan kereta. Ada cara lain ke nak g jeti besut? Ada banyak!


Cara ke Jeti Besut

1. Kenderaan Sendiri. Pasal parking, ada parking awam percuma, ada parking berbayar dalam pagar serendah rm10 untuk satu hari. Kitorang parking awam percuma je. Alhamdulillah selamaat. Xde calar ape2.

2. Kapal Terbang. Kalau dari KL, better korang turun ke airport Kota Bharu. Sejam je ke jeti besut. Kalau korang turun ke airport Kuala Terengganu, mengambil masa 2 jam ke jeti. Harga flight pun lebih kurang je biasanya. Dan dari airport KB banyak teksi, kereta sewa dan agent untuk ke jeti besut.

3. Bas. Korang boleh naik bas dari tbs ke kuala besut (jetty). Antara company bas yg ada perkhidmatan ni adalah ekspress perdana. Bas yang telah memenangi anugerah bas terbaik 👍🏻


Dalam perjalanan singgah beli Nasi Berlauk Husna ntuk makan di pulau. Pukul 8.15pagi kitorang sampai, terus ke opis agent yg Afiz dah book awal2. boleh je korang nak walk in. tapi kalau musim cuti sekolah, better book awal2. Then pukul 8.45 kitorang dibawa ke jeti. Kitorang disuruh beli tiket taman laut dulu berharga RM5 untuk seorang dewasa. Masuk ke jeti, x ketat pun pemeriksaan tiket. Tapi atas rasa tanggungjawap. korang bayar la yer tiket taman laut tu.

ramai2 jalan kaki

suasana kawasan jeti

pintu masuk Jeti Kuala Besut

kaunter beli tiket Taman Laut

lupa bawa waterproof casing, terpaksa beli. huhu 
tiket taman laut



umi n angah. x lekang note nya. huhu

My Lovely Family. Along x ikut. along dah berkeluarga. huhu

Ketua Keluarga memastikan isteri kesayangan
dan anak selamat melangkah ke bot. hehe

here we go!
merenung ape tu. hehe

amboi Puan Hasnah. hehe

selfi with angah

berbual ape tu. seriusnya muka abah. hehe


Lebih kurang 45 minit, kitorang sampai di jeti Long Beach (Pantai Panjang), 1st thing to do is, cari agent yg kendalikan snorkeling trip kitorang. namanya Suhaila Shop. sementara afiz g cari mana dia punya kedai tu, afiz sruh umi abah makan dulu. kitorang order air tapi makan nasi bungkus yang dibawa. harga air paling murah adaah rm5 teh o ais. huhu

mana mak mana anak ni. hehe


Long Beach

Pantai Panjang

kiri kanan. kiri kanan. hehe


Pukul 10.45pagi kitorang dah kena get ready, dorang bagi jaket keselamatan, dan mask untuk snorkeling. Masa jalan kaki ke bot (bot berlabuh tepi pantai) Afiz terpijak sauh. perghh sakit kaki nasib baik tak berdarah. so hati2 la yer bila jalan di long beach, dorang x cover pun sauh tu.

Snorkeling ni ada 4 point, point pertama, Pantai Pulau Rawa. bagus air nya jernih kebiruan. point pertama ni bagus untuk yang x pandai berenang. sebab dari pantai air masih lagi cetek. sini banyak timun laut atau nama lain, gamat. yang bentuk macam tahi tu. hehe 😁 Lama juga la point pertama ni dalam 30 minit.

Abah get ready!

Go! hehe

suka tengok abah happy berenang. lama giler dia x berenang.

dimana hidupan bawah laut ni.

selfi la dulu,.hehe

angah takut-takut. hehe
tu dia gamat. berani pegang? geli x? hehe


Point kedua ialah Pulau Ku Burung. pelik nama kan?  xtaw la cemna dpt nama tu. huhu Sini ombak besar sikit, air dalam tapi best tengok batu2 karang dan ikan2. bagi roti. terus datang ikan2. kalau x bagi. jangan harap nak datang. dasar rotilistik! haha akak paie jumpa nemo. Tapi Afiz tak jumpa pun. Hukhuks

dalam keempat-empat pulau, pulau ni Afiz suka

keindahan batu karang disitu

underwater selfi

sukanya Encik Shariff. hehe


Point ketiga adalah Pulau Serenggeh. Aikkk pelik nya nama. Apa maksud serenggeh ni? Kalau serengeh Afiz tahu la. Maksudnya buat muka marah. Huhu kat sini batu di pulau tu agak hitam dan airnya agak dalam. Tapi banyak giler ikan 🐠🐟 😍.

kat Pulau ni terlupa ambil gambar pulau. rakam kak paie dalam air
dan ambil gmbar ikan byk2. je. nak tengok video kak paie bagi makan ikan dalam air x? hehe 

banyak kan ikan menghampiri bot nak makan roti. 


Point last adalah Pantai Romantik. Haaa kat pantai ni kemain umi n abah bercangkerama guling2 dlm air persis bollywood gitu. Hehe Afiz pulak ajar angah mengapungkan diri atas permukaan air. Dah pakai jaket keselamatan pun masih takut. Aiyaa. Tu pun lepas paksa bayar mahal2 tak nak snorkeling? Huhu.

sayang umi abah!

split underwater umi abah. 

ketenangan anak muda.

keindahan ciptaan ilahi

air turun dari atas.


1.45pm balik ke long beach. Watch out! Jaga2! Jgn pijak sauh lagi. Huhu pukul 2 lebih sikit sampai dan ajak angah ke kincir angin. Dalam pakej add on kincir angin, tp x pergi katanya ombak besar. Money? No return back mak jemah oi. So kitorang hiking ke kincir angin. Tapi alamak oiii, selipar Afiz n angah tertinggal kat bot, bot dah pergi. Kena makan kerepek kat abah 2 dozen sorang. Huhu  abah bg selipar dia kat angah, afiz lejan je kaki ayam. Hukhuk trail ikut blkg chill out restaurant, ada papan tanda ke kincir angin. Follow je tiang elektrik tu. normally 15 minit je, tapi sebab angah lelah n afiz x pkai selipar. Sakit oiii jalan berbatu. Kitorang mengambil masa 30 minit. Double! Huhu bila sampai , perghhh wahhhhh ohsemmmm semua ada. Permandangan yang memukau! Seriously berbaloi! Air laut yg membiru, keteguhan menara kincir angin, awan putih yang berarak. Untung pergi hari x hujan. Tapi kitorang spend 20 mnit je kt situ then turun ke long beach sebab 3.40 dah kena g jeti untuk bertolak pulang. X cukup! Kena g lagi next time! Huhu

jalan mendaki ke kincir angin

mampu berkaki ayam? mesti! semangat! haha

lelah dah kakak aku ni. selipar abah punya. besar! haha

sampai kincir angin, kena lalu pinggir pagar. ke kanan boleh,
ke kiri pun boleh. tapi ke kiri lagi jauh sikit. 

yeay dah pusing, dah sampai!

permandangan yang memukau!

layan perasaan ler tu. huhu

jeti kincir angin

tenang je kat sini. mana orang lain? hehe

kincir angin dari bawah

tangga dari atas turun ke bawah

bergambar guna yicam
menjerit kuat2 ke? x la. hehe

gambar angah lagi.

cer zoom kat kaki tu. lawa! haha

penat la tu. sian dia. hehe

peringatan: hati2 ke kincir angin. tangganya dah kurang elok.

pagar juga belum dibaiki

pemegang pagar pun dah berkarat.

semoga pihak bertanggungjawap cepat2 baiki. sayang.
 kawasan cantik macam ni kurang dijaga rapi.

dah. jom balik

kaki msih okay. hehe

babai kincir angin

till we meet again. muah

jalan yang berbatu. sakit gais. huhu

amboi sukanya dia trip kali ni. hehe

balik dulu. babai...


Sampai ke jeti, nampak org tgh cari penumpang bot, pergi kat dia dan tunjuk tiket kita. Dia akan sruh naik bot dia. Tapi tiket Afiz dah hancur kena air laut yg masuk ke dalam bot. Alamak, first dia xnk terima tapi lepas Afiz tunjuk gambar yang afiz dah ambil untuk back up kalau hilang (actualy untuk update dlm blog, haha!), dia pun sruh deal dgn boss dia nanti. Tadaaa! Boleh pulang dengan selamat! Tadaaa! Abah suap kerepek lagi satu dozen ke Afiz sebab x jaga tiket leklok. Huhu

Pukul 4 cemtu sampai jeti kuala besut, beli makanan sebab memang lapar giler kalau berendam dalam air lelama kan. huhu kitorang g mandi kat petronas, solat, patu singgah kat Pantai Senok, tempat ala-ala Pulau Nami katanya. Sampainya terus diselubungi perasaan kecewa 😢  kotor giler! banyak sampah sarap! Duhai rakyat Malaysia. perangai apakah ini. Tolong la bawa balik sampah yang korang bawa tu. amalkan sikap pentingkan kebersihan please. Kalau berterusan macam ni. semoga kerajaan Kelantan buat pagar dan kenakan bayaran untuk masuk. Afiz sokong! demi kebersihan pantai kita! Jalan-jalan kejap je, xde mood dan sakit hati dan sakit mata tengok permandangan macam tu. Kita ubah K? Kalau ada disediakan tong sampah sekali pun, Afiz cadang kita bawa balik juga sampah tu, buang di tong sampah besar. sebab kemungkinan ada binatang liar yang akan kucarkan tong sampah tu atau angin kuat yang terbalikkan tong sampah tu. Sama-sama kita jaga kebersihan okay. 😊 Walau sakit hati tengok perangai rakyat kita macam tu, tapi sempat juga kitorang stop beli ikan kering. best ooo 😋 ikan kering dari Kelantan. hehe

Nah belanja gambar di Pulau Nami. eh! Pantai Senok, Bachok Kelantan.


Tips untuk ke Pulau Perhentian akan Afiz buat dalam catatan yang lain yer. 😀Ok. Tamat, semoga bermanfaat. maafkan Afiz sekiranya ada kata-kata yang menyakitkan hati mana-mana pihak. Yang x pergi lagi ke Pulau Perhentian, serius Afiz suggest sangat2 pergi. Mudah! Jimat! dan berbaloi-baloi. hehe dan yang dah pergi, mesti korang nak pergi lagi kan? Sama lah Afiz pun! Jom! 😁 































Share:

2 comments:

  1. yeap. pulau rawa-susu dara etc. memang cantek compared amik trip yg 5 point snorkeling yg biasa tu.

    kincir angin tu...aku cam x expect la kena hiking belah bukit...nobody clearly mention so far yg tangga lawa semua tu dh rosak..and sebagai hiasan jer kebanyakkannya..hehe.

    ReplyDelete
  2. Nanti bagi sekali details pakej tu yer. Teringin nak pergi sini. Thanks !

    ReplyDelete

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com