Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Monday, June 19, 2017

Iklan Raya Oppo Malaysia dan Yes 4g Buat Hati Penulis Tersentuh

Dewasa kini ramai anak-anak meninggalkan kampung halaman berhijrah ke tempat lain, maka berjauhanlah jarak dengan mak ayah. Ada yang sambung belajar di luar negeri, ada yang bekerja di kota raya Kuala Lumpur. Kemajuan teknologi mendekatkan jarak yang memisahkan. Jika di kampung, mahu keluar rumah ke kedai kak leha pun, kita beritahu mak. kan? Kini jauh diluar negeri, masukkan kad sim Yes 4g di Smartphone Oppo terus dapat kita call mak dan update ke mana kita nak pergi. Tapi berapa peratuskah yang melakukannya? Iklan raya Oppo Malaysia dan Yes 4g khas untuk anak-anak yang melupakan mak ayah, ingin bebas dan jarang menghubungi mereka.




 Kesibukkan Aishah membina kerjaya , membuat kan dia lupa akan tanggungjawab terhadap mak ayah.
Bilakah kali terakhir anda berkongsi memori dengan ibu dan bapa? Iklan Raya Oppo Malaysia ini memberi kesedaran terhadap kita yang sudah lama tidak hantar gambar kepada mereka, apatah lagi untuk menghubunginya. Ingatlah, mak ayah sentiasa rindukan kita. bertahun-tahun berpenat lelah membanting tulang untuk membesarkan kita. Seringlah menghubungi mereka bertanyakan khabar sebelum semuanya sudah terlambat 😢




 Dilema Aira untuk menerima permintaan "follow" di instagram oleh ibunya menimbulkan perasaan berbelah bagi untuk menerima atau tidak. Mesti ada dalam kalangan remaja sekarang yang tidak ingin setiap kehidupan seharian yang dimuat naik ke laman sosial diketahui oleh ibu bapa kan? Tontoni Iklan Raya Yes4g ini untuk bersama sedar akan rindunya mereka kepada kita yang jauh diperantauan.

Dah tonton kedua-duanya? Tunggu ape lagi. call la mereka selagi Tuhan memberi kesempatan kepada kita. Semoga lebaran tahun ini kita dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan hati yang lembut untuk kita sentiasa mengingati kedua-dua orang tua kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan Batin.






Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com