Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Friday, June 9, 2017

Cara Bayaran Balik Pinjaman MARA - via CIMBclicks dan lain-lain

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”
(Riwayat At-Tarmizi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan sepinjaman MARA. dah abis belajar? dah kerja? dah dapat jadual pembayaran? haaa.. tu maknanya kita kena bayar balik pinjaman MARA yang kita pinjam untuk study dulu. masa kecik2 x menabung kan, besar2 buat pinjaman MARA. nasib baik ada MARA, boleh la kita sambung belajar. Terima Kasih MARA!

Dalam banyak2 cara bayar, Hafiz akan share cara bayar guna CIMBclicks.

Ape yang korang perlukan ialah:
1) Nombor akaun MARA korang sendiri. biasanya dihantar emel atau korang boleh check disini
2) Nombor kad pengenalan. haa ingat x? mesti ingat kan.
3) Akaun CIMBclicks. kalau xde kena register dulu. di laman web cimb clicks ini

first korang kena log in dulu akaun cimbcliks korang
dengan memasukkan user id dan password.
Kalau xde akaun cimbclicks, korang kena online registration dulu.

then klik register now. Pastikan masukkan butiran2 yang betul
dan korang kena ingat user id dan password korang.

bagi yang dah ade akaun cimbclick, dan dah log in.
tekan pay dan tekan bills.

pilih pay bills. pilih from akaun cimb korang yang ada duit.
biasa savings akaun la kan. hehe
To: korang ambil kolum yang ke 2, taip Majlis Amanah Rakyat
dan tekan Majlis Amanah Rakyat yang muncul tu. pastu submit. 

muncul la bills idenfication ni. masukkan nombor akaun mara korang, no. ic, amount berapa,
terus klik add this biller to my favourites,
so next time korang pilih je "TO: my favourites" untuk buat pembayaran.
biller nicname tu taip je MARA. mudah faham nanti.
klik Proceed To Payment.  klik Request TAC,
cimb akan hantar nombor TAC ke telefon korang, masukkan 6 angka nombor TAC tu dan submit. SIAP! 
Bayar Pinjaman Mara tanpa dikenakan Caj bayaran

Mudah kan? yang x mudah tu bila kita tak nak berusaha memahami. hehe.. Ok, ada banyak cara sebenarnya MARA bagi untuk memudahkan kita buat pembayaran. Baca la kalau rajin. huhu

1. CARA-CARA MEMBUAT BAYARAN
Bayaran balik pinjaman pelajaran / pendahuluan pinjaman pelajaran / pinjaman komputer pelajar boleh dibuat melalui kemudahan yang disediakan seperti berikut:

A. TUNAI Bayaran tunai boleh dibuat di:
i) Kaunter Bayaran, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
ii) Kaunter Bahagian Kawalan Kredit (BKK), Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
iii) Di Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berhampiran.
iv) Di Pejabat Institusi Pendidikan MARA (MRSM, Kolej MARA, IKM, KKTM) yang berhampiran.
iv) Di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.


B. KEMUDAHAN BANK

1-BIMB
Kaunter Bank: Lengkapkan slip untuk bayaran
Perbankan Internet: http: //www.bankislam.biz
ATM: Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATM BIMB
SMS: Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui SMS BIMB

2-BANK RAKYAT
Kaunter Bank: Lengkapkan slip untuk bayaran
Perbankan Internet: http: //www.irakyat.com.my
ATM: Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATM

3-MAYBANK
Perbankan Internet: http://www.maybank2u.com
Perbankan Internet melalui telefon mudahalih (M3G): Set muat turun untuk mengaktifkan penggunaan perkhidmatan GPRS/3G. Setkan telefon mudah alih untuk penggunaan perbankan internet melalui telefon mudah alih. Muat turun dan aktifkan M2U Mobile.

4-AMBANK
Perbankan Internet: http://www.ambank.com.my

5-BSN
Kaunter Bank: Lengkapkan slip untuk bayaran

6-CIMB
Perbankan Internet: http://www.cimbclicks.com.my

7-PUBLIC BANK
Perbankan Internet: http://www.pbebank.com.my

8-RHB BANK
Perbankan Internet: http://www.rhbbank.com.my

9-AFFIN BANK
Perbankan Internet: http://www.affinbank.com.my

10-JOMPAY
Perbankan Internet: Mana-mana internet atau perbankan mudah alih


Panduan terperinci bagi membuat bayaran boleh didapati dari laman web MARA http://www.mara.gov.my
●Caj bayaran akan dikenakan bagi setiap transaksi oleh pihak bank.

C. CEK/BANK DERAF/KIRIMAN WANG/WANG POS Cek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos hendaklah ditulis atas nama “ MAJLIS AMANAH RAKYAT “ dan berpalang. Sila nyatakan Nama, Bil. Akaun Pelajar , No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon di belakang Cek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos. Bayaran hendaklah dialamatkan terus kepada Pengarah ,Bahagian Kewangan MARA,Tingkat 14, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609, Kuala Lumpur.

D. POTONGAN GAJI (Tertakluk kepada persetujuan majikan) Bayaran melalui Potongan Gaji boleh dibuat dengan melengkapkan dan menandatangani Borang Potongan Gaji yang boleh diperolehi dari Bahagian Kawalan Kredit, Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA ATAU mencetak borang tersebut dari laman web :http://www.mara.gov.my

E. ARAHAN BANK (STANDING INSTRUCTION) Tuan/Puan dikehendaki berurusan dengan pihak bank yang berkenaan. Salinan arahan bank hendaklah dikemukakan kepada MARA untuk simpanan dan rekod. Kadar ansuran/ bayaran hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh MARA. Pastikan Nama dan Bil. Akaun Pelajar dinyatakan setiap kali arahan bank dibuat.

F. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Tuan/Puan dikehendaki menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengeluaran simpanan KWSP bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan MARA. Sila layari laman web KWSP http://www.kwsp.gov.my



2. PENTING: PEMINJAM YANG GAGAL MENJELASKAN ANSURAN MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN SEPERTI BERIKUT:
a) SENARAI HITAM DARIPADA MENERIMA SETERUSNYA KEMUDAHAN MARA (PINJAMAN PELAJARAN,PERBIAYAAN
PERNIAGAAN, SEWA PREMIS DAN LAIN-LAIN)
b) IKLAN AKHBAR DI MANA NAMA PEMINJAM AKAN TURUT DIKEMASKINI DI DALAM SISTEM MAKLUMAT PIHAK LUAR
SEPERTI INSTITUSI KEWANGAN
c) SERAHAN NAMA KEPADA AGENSI KUTIPAN HUTANG
d) TINDAKAN UNDANG-UNDANG
e) SEKATAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA


3. SEMAKAN BAKI PINJAMAN
a) Semakan Baki dan Penyata Kewangan Pinjaman Pelajaran, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran dan Pinjaman Komputer Pelajar secara Online boleh dibuat melalui http://www.mara.gov.my
Nota: a) Sila pastikan tuan/puan menerima resit rasmi MARA selepas membuat bayaran di kaunter MARA (kecuali bayaran di pejabat pos, bank & perbankan internet)
b) Sila nyatakan butiran di bawah apabila membuat bayaran:
i) Nama
ii) No. Akaun Pelajar
iii) No. Kad Pengenalan
iv) Alamat

Haaa... banyak kan cara bayar nya. so, xde alasan untuk kita melengah-lengahkan bayaran balik kepada MARA. kecuali, kita memang xde duit. semoga kita sentiasa dilimpahkan rahmat dan rezeki halal yang melimpah ruah dan dapat bayar balik pinjaman MARA tanpa ada tunggakan. kasihan adik2 kita x dapat lagi pinjaman MARA salah satu sebabnya kita x bayar balik lagi.

Bagi adik2 yang masih lagi belajar, rajin2 la belajar k. biar sampai dekan, cemerlang, cgpa 4.0. biar sampai pinjaman MARA tu jadi biasiswa. nanti dah tak pening fikir nak bayar hutang pinjaman pelajaran.

Walau bagaimanapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. yang penting kita dah berusaha dan redha akan ketentuanNya. :)

*FAQ: Boleh ke bayar pinjaman MARA orang lain pakai cimbclicks kita?
         -Boleh. Hafiz sendiri yang tolong bayarkan untuk kakak Hafiz guna cimbclicks Hafiz, sebabnya kakak Hafiz kerja di Kampung Bihai, kawasan orang asli Gua Musang. internet kurang laju sometime dekat sana. Yang penting butiran nombor akaun mara, no ic pakai butiran dia.

Semoga bermanfaat. Terima Kasih sudi baca. Assalamualaikum.... :)

Share:

20 comments:

  1. Hai hafiz. Sy nak tanya, tadi saya dah bayar online loan mara. Bila check kat e baki amaun masih tak berganjak. Sistem masih belum update ataupun kenapa ye? Ada cara lain nak check? Btw sy bayar dlm pukul 12lebih. Saya check pukul 5 pun amaun masih sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ada tulis kat laman web mara, kemaskini bayaran tersebut akan dibuat dalam masa 3-5 hari bekerja.

      Delete
  2. Salam, saya hendak tanya. dalam Econversion, peminjam dikehendaki membayar komitmen sebanyak RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA. adakah ini caranya kerana tiada nama "Pinjaman Pelajaran MARA", hanya "MARA" sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry x faham. untuk first time bayar balik ke? kalau nama akaun "Majlis Amanah Rakyat (MARA)

      Delete
    2. Ya.

      "Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman
      Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan)."

      Tapi tak sure boleh ke tak online sebab nama akaun MARA tu tak sama pulak. Takut silap.

      Delete
    3. Bayar guna Jompay je mudah urusan & tiada caj bank dikenakan.. Saya hari tu buat byrn komitmen RM300 guna cara ni.

      HOW TO MAKE PAYMENT WITH JOMPAY?
      1. Log on to your preferred internet or mobile banking and look for JomPAY

      2. Enter the following details:
      Biller Code: 7195
      Ref-1: (Your MARA account no.)
      Ref-2: (Your i.c. no.)

      JomPAY online at Internet and Mobile Banking with your Current, Savings or Debit Card account

      Delete
  3. tak pernah tau! thanks for the info !

    ReplyDelete
  4. Orang kat cara buat banyak duit ialah dengan banyak memberi sedekah dan membayar hutang. Jadik bila orang dah permudahkan kita membayar hutang kita mcm hutang mara ni , aku rasa pergunakanlah. takde alasan lagik dah utk tak membayar hutang yang tertunggak tu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hai, nak tanya, i dah bayar online loan mara. Bila check kat e baki amount tu tak captured. kenapa ye? btw, i paid on 29/12/2017. and now da 17/1/17.. tu yang pelik. i try call mara tak jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. sebelum ni i paid through pej pos.. recently je i tried guna cimb click bcoz easier..

      Delete
  8. Hi hafiz, thanks for the info. So basically kita boleh bayarkan orang lain punya guna acc bank kita ye ? So mcm ic number tu, ic number peminjam la kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fiqah. Yup betul. Kena guna ic peminjam. Tapi pernah satu kali Fiz terguna ic Fiz untuk bayar kakak Fiz punya. Call Mara dia cakap xpe. Bayaran berdasarkan nombor akaun peminjam. But kalau boleh berusaha guna ic peminjam la 😄

      Delete
  9. Bagi saya, pembayaran guna jompay lagi bagus sebab xda caj dikenakan. :)

    http://www.mara.gov.my/e-bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum,macam mana ya caranya bayar guna jompay?

      Delete
    2. Waalaikummussalam. http://www.hafizkelantan.com/2018/02/bayar-pinjaman-mara-tanpa-dikenakan-caj.html

      Delete
  10. hi hafiz. nak tanya bayaran pengurangan rm300 bayar dekat acc mara sendiri ke

    ReplyDelete

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com