Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Monday, June 12, 2017

Belajar Bahasa Kelantan - Part 1




Asssalamualaikum. pada part pertama ni Hafiz akan ajar bagaimana mengubah huruf dan perkataan dari bahasa Melayu disebut dalam lorat Kelantan.

Huruf A
didepan : huruf A didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf A ditengah berubah menjadi O, contoh Anak disebut Anok, Dadah disebut Dadoh
dihujung : huruf A dihujung juga berubah menjadi O, contoh Lima disebut Limo
*Ada perkataan yang mempunyai A ditengah dan A dihujung, hanya A dihujung berubah menjadi O, contoh, Mana disebut Mano, Nama disebut Namo
*Ada perkataan yang tidak mengubah huruf A, contoh Liyana tetap disebut Liyana, bukan sebut Liyano

Huruf B
didepan : huruf B didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf B ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf B dihujung berubah menjadi K, contoh Kebab disebut Kebak

Huruf C,D tiada perubahan bunyi di semua kedudukan

Huruf E Taling
tiada perubahan bunyi, tetapi ada huruf yang berubah bunyi kepada E taling
AM, AN, ANG pada hujung perkataan akan berubah disebut E Taling, contohnya tanam disebut tane, halaman disebut halame, terbang disebut terbe

Huruf F
didepan : huruf F didepan berubah menjadi P, contoh Fatin disebut Paten
ditengah : huruf F ditengah berubah menjadi P, contoh Hafiz disebut Apih
dihujung : huruf F dihujung berubah menjadi H, contoh Maaf disebut Maah

Huruf G
didepan : huruf G didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf G ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf G dihujung hanya berubah kepada E Taling mengikut suku kata (ang), contoh Lapang disebut Lap

Huruf H
didepan : huruf H didepan dihapuskan untuk beberapa perkataan, contoh Hafiz disebut Apih, Habis disebut Abis. Hilang disebut ile. Perkataan Hidayah, hormat, tidak dihapuskan huruf H.
ditengah : huruf H ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf H dihujung perkataan tidak berubah bunyi

Huruf I
didepan : huruf I didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf I ditengah perkataan tidak berubah bunyi kecuali periksa disebut perekso, (rek mengunakan E Taling), dan Katil disebut Katei
dihujung : huruf I dihujung perkataan tidak berubah bunyi

Huruf J, K tiada perubahan bunyi di semua kedudukan

Huruf L
didepan : huruf L didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf L ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf L dihujung dihapuskan, contoh Jamal disebut Jama, Katil disebut Katei

Huruf M
didepan : huruf M didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf M ditengah perkataan tidak berubah bunyi atau dihilangkan, contoh Halaman disebut Halame (M masih ada) atau Tumpat disebut Tupak ( M dihilangkan)
dihujung : huruf M dihujung hanya berubah kepada E Taling mengikut suku kata (am), contoh Malam disebut Mal

Huruf N
didepan : huruf N didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf N ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf N dihujung hanya berubah kepada E Taling mengikut suku kata (an), contoh Jalan disebut Jal

Huruf O
didepan : huruf O didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf O ditengah perkataan tidak berubah bunyi kecuali Hodoh disebut Hudoh
dihujung : huruf O dihujung perkataan tidak berubah bunyi

Huruf P, Q tiada perubahan bunyi di semua kedudukan

Huruf R = huruf R dalam bahasa kelantan disebut GH
didepan : huruf R didepan perkataan berubah menjadi GH, contoh Rasa disebut Ghaso
ditengah : huruf R ditengah perkataan berubah menjadi GH,contoh Marah disebut Maghoh
dihujung : huruf R dihujung perkataan dihapuskan, contoh Pasar disebut Pasa, Petir disebut Petei

Huruf S
didepan : huruf S didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf S ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf S dihujung berubah menjadi H, contoh Habis disebut Abih, Jenis disebut Jenih

Huruf T
didepan : huruf T didepan perkataan tidak berubah bunyi
ditengah : huruf T ditengah perkataan tidak berubah bunyi
dihujung : huruf T dihujung berubah menjadi K, contoh Lalat disebut Lalak

Huruf U, V, W, X, Y, Z tiada perubahan bunyi di semua kedudukan


Ok siap, pembelajaran untuk hari ini. hehe faham tak? pehey dok?
 Acu cubo Tera Test latihan ni boleh jawap ke tak.

1. Fadhila = .................
2. Bicara  =..................
3. Saman =...................
4. Bila      =..................
5. Waris    =..................
6. Hidang =..................
7. Ketupat =.................
8. Lapan    =..................
9. Semoga =.................
10. Pakat   =..................

Scroll down untuk jawapan.
























1. Fadhila = Fadhila. tak berubah apa2 pun. haha
2. Bicara  = Bicagho
3. Saman = Same
4. Bila      = Bilo
5. Waris    = Wagheh
6. Hidang  =  Ide
7. Ketupat = Ketupak
8. Lapan    = Lape
9. Semoga =Semogo
10. Pakat   = Pakak

Berapa betul? ke x try jawap pun? huhu...

Ok done Part 1. Kalau ada kemaskini atau penambahan nanti Apih buat yer. Atau ada Apih silap ajar. Beritahu la yer. Selamat Belajar. Senang je kan? hehe. ok, byebye. Assalamualaikum.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com