Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Thursday, May 11, 2017

Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi

Hai korang, biasa permulaan blog Afiz ada keratan lirik lagu kan. Catatan kali ni xde selitkan apa2 lagu, so korang xleh nyanyi2 dulu sebelum baca catatan kali ni. heeee 😁

Tengok gambar jambatan besi gantung ni

wow gitu kan 😂 haha. mesti ramai orang KL x tau ada jambatan macam ni kat KL kan. actually dekat je dengan Bangsar dan Kuchai Lama. Mana letaknya jambatan ni? Meh tengok map.

Kawasan Riadah/Mendaki Bukit Gasing dan Bukit Kerinchi

Bulatan Merah : Laluan Masuk melalui Hutan Pendidikan Bukit Gasing.
Bulatan Biru : Laluan Masuk Melalui Taman Rimba Bukit Kerinchi.
Bulatan Kuning : Laluan Masuk Melalui Pusat Komuniti Lembah Pantai.

Antara ketiga-tiga laluan ni, Jambatan Besi Gantung adalah terletak betul-betul di Bulatan Biru, iaitu Taman Rimba Bukit Kerinchi. Untuk maklumat korang, Bukit Kerinchi adalah dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala Bukit Gasing adalah dalam negeri Selangor.

Laluan Masuk melalui Bulatan Kuning juga ada jambatan gantung. tapi tidak besar seperti di TRBK.

Untuk pergi ke ketiga-tiga tempat ni tidak ada pengangkutan awam lain melainkan dengan kenderaan sendiri atau kereta sewa.

Pertama Afiz akan kongsi pasal Taman Rimba Bukit Kerinchi. Untuk ke sini, korang kena lalu kawasan pembinaan dulu. Dahulu masyarakat setempat pernah membantah projek pembangunan di kawasan sini demi menjaga flora dan fauna. maklumat terkini sama ada diteruskan atau tidak dapat Afiz pastikan.

Pintu Masuk Taman Rimba Bukit Kerinchi
Tempat Parking Disediakan
Bersebelah Tempat Parking Ada Tangga Turun Ke Kawasan Bawah
Antara Kemudahan di sini

Bergambar Berlatar Belakangkan Jambatan Besi Gantung
Bergambar Di Atas Jambatan Besi. bercahaya gitu. hehe
Side Belah Ni Pula. hehe
Jalan turun ke bawah

sekitar permandangan di TRBK

Peta TRBK

ok dah zoom. hehe

boleh berkhemah juga

sentiasa berwaspada uolss.
kang tetiba kena hempuk dengan ranting kayu. hehe

Pantang Larang

Budak sesat. haha
ada anak sungai. meh mandi dengan abang 😂
atas jambatan

backlight style

*So far ok la di Taman Rimba Bukit Kerinchi. Actually Afiz rasa ni nama baru sebab x de maklumat lanjut pun dalam internet pasal bukit ni. Udara yang segar dan terasa jauh dari hiruk pikuk kota. walau sebelah je. huhu
**Sampah? ternyata rakyat Malaysia masih lagi tak punya kesedaran pasal ni. sampah merata-rata walau x banyak. mencacatkan pemandangan. Sesama la kita bawa pulang sampah dan buang ke tong sampah besar di luar kawasan riadah ni. sebab? kalau korang buat dalam tong sampah disediakan pun, kemungkinan ada haiwan liar datang kucarkan atau tong sampah tu ditiup angin. jadinya bersepah la sampah tu kan? sama-sama kita jaga kebersihan okay.


Ok. done catatan Taman Rimba Bukit Kerinchi. Sekarang nak kongsi pasal Hutan Pendidikan Bukit Gasing. HPBG ni lebih meriah pada hujung minggu kerana berdekatan dengan kejiranan, trail yang mudah dan ramai sudah yang tahu. jadi kalau datang sorang pun. x takut sesat. Actually Afiz dah pergi masa tahun lepas dengan Calvin dan Henri. so, Afiz pakai gambar tahun lepas la yer. 😁

Biasanya sebelum/selepas mendaki, para pendaki akan makan roti canai di Raj's Banana Leaf. Boleh tahan la rasanya. unik sikit makan atas daun pisang. Pintu masuk HPBG terletak di Jalan Tanjong 5/4.

Gerbang di Pintu Masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Peta HPBG

ada yang menyamar gais. hati2. huhu

keunikan flora di HPBG

cer teka tumbuhan ape ni?

With Henri, tunjuk bicep dlu. besar dop? huhu

Henri n Calvin, ni dekat pagar. lawa pulak gambar ni.
eh mestilah, Afiz kot yang ambilkan. Eh Eh. haha 

Lepas beberapa minit tracking, jumpa lah Jambatan Gantung Bukit Gasing.

tadaaa!

heyoo!  heyoo!
Boleh muat satu hala laluan je dalam satu masa. so gilir2 k. ritu selfi atas jambatan dan kena marah kat pakcik ni sebab dia tunggu lama. huhu maafkan kami yang jakun ni yer pakcik. huhu


Ok. done kongsi pasal ketiga-tiga tempat. faham x? x faham baca semula dari awal. heeee...  Semoga bermanfaat. selamat beriadah dan yang penting. JAGA KEBERSIHAN!
Terima kasih yang dah baca penuh. saya hargai. huhu.










Share:

2 comments:

  1. on the waiting list for Bukit Gasing :)

    ReplyDelete
  2. Nak pergi minggu dpn.. thx 4 info

    ReplyDelete

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com