Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Monday, March 13, 2017

Trip Pulau Rawa di Alang's Rawa - 2 Hari 1 Malam


ketenangan anak muda... ok jom nyanyi dulu..

Aue, aue
We set a course to find
A brand new island everywhere we roam
Aue, aue
We keep our island in our mind
And when it's time to find home
We know the way ~ ~ ~

 Dah tengok citer Moana? mesti dah kan. hehe 😜 Macam biasa intro kepada catatan blog Afiz mesti ade lagu. lagu kali ni adalah lagu tema citer Moana - We Know The Way by Opetaia Foa'i & Lin-Manuel Miranda sebab kali ni nak kongsi pasal pulau iaitu Private Island - Rawa Island that owned by Johor Sultanate. Eh eh private island kot, macam mana Afiz boleh g? Afiz ada kenalan dengan kerabat diraja johor ke? hihihi idok ler, afiz ni orang biasa2 je. bukan org have have. huhu 

Tersebut lah kisah dua orang Melayu dan Cina berkawan rapat. Si cina ni punya birthday jatuh pada 9 Mac. tahun ? biarlah rahsia. haha So nak sambut birthday si Henri ni, Afiz book la package percutian di Pulau Rawa melalui emel kepada alangsrawa@gmail.com dan dibalas walau minta 2h1m je. hehe

Afiz ditawarkan 3 pakej iaitu:

1- Little A Frame berharga RM480
2- Beachfront berharga RM460
3- Standard Jungle Side berharga RM430

*setiap pakej sudah termasuk 1 malam penginapan, bot pergi-balik, dan semua makan malam dari hari sampai hingga ke makan tengah hari hari pulang.
**tidak termasuk minuman. minuman perlu beli kecuali sarapan.
***water sport equipments adalah percuma tapi perlu bayar deposit RM100 tiap sorang, mana la tahu korang pergi hanyutkan pengayuh kayak tu kan. huhu
****semua harga diatas perlu ditambah cukai 10%+6%, korang kira la sendiri yer. hehe

mula2 pilih jungle side, sebab murah kan. haruslah jimat cermat. haha tapi fikir2 jungle side, jauh dari pantai. sebut jungle mesti ada nyamuk. tak gitu? pastu tukar la ke beachfront, balas emel tu konon2 typo pilih jungle side. haha. pastu dapat emel sruh byr melalui paypall. alamak, cimb x support paypall. nak xnk beritahu dan  pakai la akaun maybank si henri ni. x jadi suprise birthday treat nya. haha

macam mana rupanya penginapan tu? cemni haaa

Jungle Side
betul2 tepi hutan kan. tapi x lah jauh dari pantai, dekat jer.

Beachfront
Bilik paling dekat dengan pantai, untung pilih yang ni, best sgt2 😆
nanti dorang gantung hammock kat luar bilik. yang ni ada 2 unit je. grab cepat2 gais. haha

Little A Frame
Kenapa x pilih yang ni? sebab malas nak naik tangga. haha
Cantik dan ade pokok kelapa condong yang ada buaian tu.

Cukup ke 2hari 1malam je? cukup je. macam mana? caranya kitorang request dari jeti mersing bertolak pukul 8pagi dan pulangnya dari rawa pukul 3petang. boleh ke cemtu? x digalakkan sebenarnya. menyusahkan pengurusan dorang. huhu tapi kitorang try request, dapat lak. baik dorang kan. hehe

So 8 mac pukul 1 pagi kitorang bertolak dari PJ dengan kereta

sebelum gerak, check mana yang patut.


tapi perut pulak lapar, berhenti isi minyak dan angin serta topup touch n go kat petron sungai besi, nak beli mcd, tutup pulak tengah buat cleaning. huhu teruskan perjalanan melepasi plaza tol sungai besi berhenti lak di petronas serdang. kfc pulak ayam abis. apakah nasib. huhu xpela makan kitkat dan kacang je. 2.45pagi berhenti 'shinshin' dekat RNR ayer buloh. hehe pilih pergi dengan kereta walau ongkosnya mahal sikit, sebab nak berhenti mana2 senang. ada cara lain ke nak ke rawa? ada. dun worry.

Cara ke Pulau Rawa dari KL

1- Bas. Dari TBS korang boleh terus ke jeti mersing tu. antara syarikat bas yg ke mersing adalah transnasional. harga RM32 je.

2- Kenderaan Sendiri. Korang ikut PLUS dan exit Ayer Hitam.

sgt suggest naik bas sebab murah. x pyh byr tol, x pyh byr parking, x pyh kira2 duit minyak dan x penat memandu. 5 hingga 6 jam kot. huhu tapi yg suka berhenti2 ni, ikutla cara kitorang. naik kereta. hehe

Pukul 3.52 kitorang berhenti di RNR Pagoh. see, berhenti lagi. shinshin lagi dan makan nasi gorang kampung. huhu rehat jap, teruskan perjalanan. pukul 7pagi baru sampai di Jeti Mersing. Parking situ untuk satu malam bayar RM15 sahaja, dalam kawasan pagar yg dijaga la, kalau 2 Malam RM30.

posing tempat parking pun boleh di Jeti Mersing

ada satu jam lagi sebelum bertolak. kitorang jalan2 sekitar kwsn pantai situ. dapatlah view sunrise

lawa kan. tengok la sape yang ambil. hehe


Pukul 8 pagi kitorang bertolak dari Jeti Mersing bersama satu pasangan dari KL jugak. perjalanan mengambil masa 30 minit. berdegung degung bot membelah laut china selatan.

Jeti Mersing

Our Pilot. aiya kapten!

menuju Pulau Rawa


dan akhirnya. yeayyyy smpai jugak ke Pulau Rawa. indahnya ciptaan mu ya tuhan. disebabkan kitorang pilih Alang Rawa, maka dengan sesungguhnya kitorang berlabuh tepi pantai je. so dinasihatkan korang jangan pakai kasut atau high heel ok. basah nanti. huhu. kenapa x berlabuh di jeti? sebab jeti tu milik Rawa Resort. perusahaan yang lain tapi masih lagi milik Sultan Johor. ada berapa resort kat sini?


Penginapan di Pulau Rawa

1- Rawa Island Resort resort yang mewah ala-ala bali gitu. harga pun mewah la kan, tapi berbaloi dengan kemudahan dan apa yang dapat. omputeh cakap. worth it. hehe dan bila smpai korang akan dilabuhkan di jeti dan dibawa ke reception dgn menggunakan kereta bugi.

2- Alang's Rawa penginapan yang santai, chill-chill, rilex2. murah dan berbaloi walau xde aircond. malam tetap x panas. lena je kitorang tidur. hehe btw byk lagi jenis bilik yang disediakan. korang dipersilakan godek godek kat website dorang tu la yer. 

Afiz suggest Alangs Rawa sebab staff dorang ohsem sgt. terutama si gadis ni. Shiina! U double ohsem! haha tapi afiz x halang korang stay kat rawa resort sebab afiz pun x pernah stay sana. so no banyak2 komen la yer. heeee 😉

Shina baru bangun tido kena kacau kitorang datang awal2.
hahahahahah sorry Shina
#fatfatDaisy sambut kedatangan kitorang. hehe

Looks like she hate Henri. haha


Sampai tu kitorang terus dijemput sarapan. teruslah afiz bertanya. kena bayar ke x ni. kan x de dlm pakej. haruslah tanya, kan bil bertimbun-timbun nanti nak check out. haha diorang cakap sebenarnya kena bayar. tapi kitorang dapat free. like seriously? wow! wow! tanjat boboy. haha mula2 malu2 kot nak ambil. tapi fikir buat nak malu. perut lapar 😂 huhu ber omnomnomnom la kitorang sepuas-puasnya. hehe

Untuk Set Sarapan ni kitorang disediakan jus oren segar, roti, bijirin, susu, jem, mentega, peanut butter, buah-buahan dan pilih satu menu special. ada 3 jenis. ada telur masak separuh & scramble egg & sunny side up, pancake with maple syrup dan cheese + tomato omellete.

kitorang order sama tomato omelete. sedap!

ni ambil sendiri. x byk pun nafsu makan pagi. hehe


Lepas breakfast, kitorang jalan2 kat pantai pulau rawa ni. serius pasir putih giler. lembutnya macam tepung. huhu


first afiz nak angkat dia. pastu terjelupuk jatuh.
lastnya dia yg angkat afiz. huhu


bukan maldives, dalam Malaysia je - Pulau Rawa. hehe
wajib berfoto di buaian ni. hehe
water slide. icon rawa resort - pulau rawa
saje main2. lawa la pulak. hehe

lepas jalan2, kitorang main drone. mula2 risau takut terbabas ke dalam laut. maklumlah newbie sgt2 main drone ni. video drone? japgi Afiz upload yer. ckup 7 minit terbang. lampu drone pun kelip2 menunjukkan bateri dah low. bateri drone ni x tahan lama. tapi caj 2 jam. huhu pastu kitorang main tanam2 dalam pasir. Afiz buat henri jadi sotong, henri buat afiz jadi duyung. maka terhasil lah makhluk mutan ni. haha

Mermaidman? huhuhu

macam pelik je sotong ni 😂 hahaha


bosan sebab terlalu berseni main pasir, kitorang g pinjam kayak. air laut situ sangat clear, boleh tengok dasar dan terumbu karang. x pyh island hoping jauh2 untuk tengok terumbu karang. beg2 kitorang letak kat reception, sebab bilik kitorang masih ada org. mestilah. sampai awal sgt. haha. x risau hilang barang? tak! sgt2 yakin! dorang boleh dipercayai. 😀

1 kayak untuk 1 orang

kiri kanan kiri kanan. ek ah ek ah


penat2 kayuh kayak, rasa lapar giler. tapi kitorang punya lunch hanya sekali. sama ada nak hari pertama atau kedua. dah gitau Shina kitorang nak hari kedua. tapi sebab kebuloq sgt, kitorang pun tukar, nak lunch hari pertama. huhu
Ada nasi putih, spageti, rendang daging, sotong, ayam, kangkung dan sayur2 lain. Serius nak habaq, sedap sgt. rupanya tukang masak dorang bukan org biasa2. chef uols 😁


muka tersenyum meywek dapat makan. haha


Lepas lunch, kitorang check in. caj bateri fon, drone dan kamera mandi dan kemaskan diri. pastu dua2 terbonkang tido. set 15 mnit je. terlajak sejam. bayar mhl2, dtg tido je? haha nasib baik sejam je. kalau bangun2 dan malam? menangis tak berlagu la. hu hu hu.

gambar luar bilik kitorang - Beach Front

alamak. ter sweet pulak

ada single bed juga

hiasan yang simple dan menarik

tandas

selfie dalam tandas. hehe

kitorang masuk terus bersepah. hehe
keluar bilik, kitorang main drone sekali lagi. menyaksikan keindahan Pulau Rawa melalui mata burung kononnya. Dalam masa seminggu kitorang berlatih main drone ni. kualiti x bagus. ampunkan kami lah yer. huhu ok layan dulu video ni 😉





ok la kan. xde la teruk sgt kitorang main drone. kan kan kan. haha

cukup 7 minit terbangkan drone. mendaratkan cepat2 takut hilang kawalan nanti. huhu then g pinjam snorkeling set termasuklah kaki katak. ke ape korang panggil yang omputih sebut "fin". hehe. slow2 menghampiri jeti rawa island. takut ada yg halau nanti sbb kitorang bukan guest dorang. haha dorang xdelah sekejam tu. tapi dekat water sliding tu ada papan notis mengatakan jeti dan slide bukan untuk tetamu Alang Rawa. huhu Petang tu air laut dah pasang.

di jeti rawa resort


Sunset petang tu x bagus sangat. bukan rezeki kitorang nak tengok sunset kat situ. so kitorang pergi la jalan2 pinggir pulau di sebelah rawa resort. menikmati keindahan pulau rawa, melayan perasaan ditiup angin sepoi sepoi bahasa. cewahhh berpuisi pulak. hehe sampai ke hujungnya, tetiba terdengar jeritan burung merak. kuat giler. dah la bunyi macam budak menangis, gelap pulak tu. cepat2 kitorang melangkah pulang. haha

sunset hunter katanya
kereta bugi yang digunakan untuk Rawa Resort

golden moment

dari atas jeti Rawa Resort

Keindahan Rawa Resort

Rawa Resort

Rawa Resort

makan coklat sambil tengok sunset

Rawa Resort sport centre

antara bilik/rumah di Rawa Resort

banyak pokok kelapa condong di pulau ni

Rawa Resort lagi. hehe

Pun Rawa Resort. hehe

Jalan ke penghujung Pulau Rawa

sudut budak2 insta ambil gambar. hehe

Lawa kan ? terpegun jap . hehe

Dan masih lagi Rawa Resort. hehe
Rawa Resort ni besar sgt. sebab tu ada kereta bugi
untuk mengambil dan menghantar tetamu mereka



Sampai Alang Rawa dah nak pukul 8, kitorang terus dinner. dinner malam tu memang kitorang melantak banyak2. Shina dah gtaw, guests dia memang kuat makan. haha untuk dinner ada 3 menu pilihan spesial. Henri pilih Udang, lupa udang masak ape. haha Afiz pilih Ayam, sedap sangat! pun x ingat nama masakan tu. macam kentucky aka celup tepung pun ada dan satu lagi yg kitorang x pilih tu, pun Afiz dah lupa! heee... maafkan Afiz x bg info tepat pasal dinner. lapar sangat kan. huhu

ada kek span

ada nasi dan spageti

udang henri punya

afiz alergik udang. so pilih ayam.

meja dah di reserve. tq Alang's Rawa 😘


Balik mandi, kitorang keluar lagi malam tu lepak2 tepi pantai, tengok bintang. banyak! lawa giler langit malam pulau rawa. kalau kat KL x nampak la kan. dah pencemaran cahaya. huhu hamparkan tapestry dan nyalakan lilin. angin kuat tiup, terpadam la lilin2 nya. bawa 20 lilin, nyalakan 3 je. give up! haha

ketenangan anak muda


Pukul 11 malam kitorang balik lepak2 kat bilik. hari minggu x meriah. sesuai untuk org2 yang nak kan ketenangan. kalau hujung minggu. Shina cakap ada macam parti, pasang lagu kuat2. biasa foreigner terutama dari singapura la yang suka datang hujung minggu. kalau sebut hjung minggu tu bermakna jumaat, sabtu, ahad lah yer.

Hias2 bilik untuk wish birthday budak sepet ni. maka terhasil la hiasan ni.

tadaaaa... Happy Birthday my travel buddy, gym buddy, Henri.


Penat sangat, malam tu kitorang tidur awal. kononnya nak bangun tengok sunrise. Kat Pulau Rawa ni sunrise bagus di puncak rawa, dan sunset bagus di pantai depan Alang Rawa.


9 Mac 2017

Memang dah bangun awal2. tapi kemalasan membuatkan kitorang baru keluar bilik nak hiking pukul 6.45 pagi. hari dah cerah, huhu. tapi masih lagi dapat blue moment. hiking yang paling cepat dalam hidup Afiz, x smpai 10 minit dah smpai puncak Pulau Rawa. hehe dan mata serius terpukau tengok keindahan Pulau Rawa ni. di belakangnya jenis batu-batuan. x sangka kat Malaysia pun ada pemandangan macam ni. korang layankan lah gambar yer. gambar pun x mampu mengungkap dan berbicara keindahan Pulau Rawa. hehe


papan tanda untuk mulakan pendakian


tangga menuju kejayaan

Papan tanda arah Pulau Tioman dan Laut China Selatan

nampak jeti rawa resort dari puncak rawa
bajet hensem. boooo
salah satu view memukau di puncak pulau rawa

Pukul 8 pagi dapat golden moment. sang suria sekejap ada sekejap xde. bermain auu cak ciku cak pulak dengan kitorang. huhu Pukul 8.30 kitorang balik ke Alang Rawa. dalam perjalanan nampak burung Merak tengah bukak dia punya 'gaun' tu. perghhhh bertuah dapat tengok dengan mata kepala sendiri. lawa yang amat. untuk pengetahuan korang, burung merak pun boleh terbang. tapi terbang kejap je la. kitorang tengok tu. dua ekor kat atas bumbung. berpusing-pusing yang sekor tu dengan gaun terbuka nak goda yang sekor lagi. huhu. Btw untuk hiking, pihak Rawa Resort membenarkan tetamu Alang Rawa untuk menggunakan track hiking dorang.
burung merak tunjuk bontot. kuangsam. haha

pusing2 tunjuk depan. haaa kan lawa. huhu
kat bawah pun ada. banyak rupanya merak kat pulau ni.
ternampak trampolin. main2 jap. kanak2 riang . huhu



Breakfast tu afiz masih lagi order cheese + tomato omellete, xleh move on sedapnya. hehe henri try pancakes with maple syrup. pun sedap! macam xde benda yg x sedap je kat sini. huhu

omnomnomnomnom

our bekpes. pancake dan omellete

pilih satu dari tiga



Sudah breakfast kitorang bawa pelampung unicorn dan belon ke pantai. maka terhasil la gambar yang cool ni. angkat bakul sendiri. haha

dah la hitam, bertambah hitam berjemur. huhu



happy kids boleh, crazy kids pun boleh

belon.. belon... sape nak beli. 2 singgit. hehe


UNTUK MAKLUMAN SEMUA: Giant Rainbow Unicorn Float kami bawa sendiri, kami menyewakan dan menjual pelbagai jenis giant float. Boleh follow insta @floatsewa atau like page FB Float Time KL.

Then try nak buat split underwater shoot. punya la susah. sebab berombak beralun-alun. huhu nak tengok hasil gambarnya x? macam xpyh tengok je. huhu.

so so je kan. x pro pun ambil gmbr cemni. huhu


masuk waktu lunch, kitorang ditanya nak menu special apa. ada 3 jenis. Afiz ambil daging blackpepper, henri ambil sotong sweet sour cemtu. lupa nama gelaran yang diberi. huhu dan lagi satu? lupa laaaaa... 😭😭😭 sobs.. sobss... ape kena tah dengan memori aku pasal makanan ni susah nak ingat. huhu

yang ni ambil sendiri, hafiz punya

yang ni henri punya

sotong masam manis henri punya

blackpepper beef sedap yang amat. Afiz punya

pencuci mulut.

ni bukan makanan. kerang lama. huhu

jangan lupa selfie dengan si pemalas ni. haha #fatfatdaisy


lepas makan kitorang rilex2 depan bilik. tengok pantai, laut, dan minah saleh yang sexy mexy menggoda aummm tengah berjemur ... hahahahahaha 😝😝😝

rilex2 atas hammock
Pukul 12 check out, letak beg dekat  reception. rilex2 tengok keindahan Pulau Rawa. 3 jam lagi nak ditinggalkan. huhu ok la, korang layan kan dulu gambar2 ni yer.

cafe Alang Rawa
golden moment - sunset at Rawa Island

lauk-pauk

buai ku laju~ laju~

free hugs! cepat gais! haha

tempat pinjam water sport Alang's Rawa

budak vscocam

ketenangan anak muda

ingat comel ke tiru daisy? haha

ketenangan lagi anak muda
Lepas dapatkan duit deposit water sport dan resit penginapan di Alang's Rawa, dorang x caj lagi untuk lunch. sebenarnya dorang nak bagi free ke ni? haha tapi bertanya juga, dorang pun caj la. rm55 sorang untuk lunch x termasuk cukai (lunch hari kedua xde dlm pakej, kitorang add on) . semalam Shina ckp rm45, tanya brader tu, dia ckp rm55. ermm okay la. sebab mknn pun sedap.

Pukul 3 petang. masanya telah tiba. akhirnya cukup 2 hari 1 malam di Alang's Rawa Pulau Rawa. you guys sgt2 ohsem! Hafiz bagi 9/10. sebelum bertolak pulang. dorang bagi ucapan selamat tinggal dan terima kasih. we will miss u all. 😘

kerinduan anak muda. hehe
dah dah jom balik. haha - Jeti Mersing


gambar di depan pejabat Alang's Rawa Jeti Mersing.


Bye-bye Pulau Rawa. till we meet again? hehe 😘




**Review ini adalah dari pihak saya sendiri. sebarang kesilapan harap maaf. sebarang persoalan lanjut sila menghubungi pihak pengurusan Pulau Rawa Sendiri. terima kasih. 😊


















Share:

3 comments:

  1. Im here..nice view..pnjang nk baca..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. newbie blogger bro.. ampun ampun panjang ngat. haha

      Delete

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com