Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Thursday, March 2, 2017

Heli Lounge Bar - KL Rooftop Bar

We'll light up the sky, 
we'll open the clouds
Cause baby, tonight, 

we're beautiful now.

acehhhh memetik lirik lagu beautiful now dari Zedd ft Jon Bellion mentang2 buat review pasal rooftop bar.
Nak dikongsikan cerita 3 october 2016 tahun lepas Afiz dan 2 org kwn baik, Henri dan Calvin plan nak lepak2 sama2. lama x kluar sama katanya. so kitorang sepakat nak jumpa kat Heli Lounge Bar (helipad) beralamat Tingkat 34, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Apa Heli Lounge Bar KL

nak dijadikan story mory sikit ni biasa org panggil Helipad je. Helipad ni sebenarnya tempat helikopter mendarat pada waktu siang. alaaa yang kawasan lapang dan ada tanda H besar2 tu. haha tapi waktu senja dan malam jadi bar. uishhh kelas kau lepak tinggi2. hehe Kadang2 ada band yang menyanyi atas tu, tapi masa kitorang g. xde lak. sob sob sob 😭 btw kitorang g waktu happy hour 6pm-9pm. kalau korang pergi bukan waktu tu, first korang kena berpakaian kemas2. x leh selekeh, pakai selipar jepun, baju tshirt, dipersilakan keluar. haha huhu. kedua kena beli wine. kalau sebut wine d rooftop. faham2 lah yer harganya. huhu so kalau korang muslim atau yang x suka pakaian semakkk jetakkkk, sila pergi waktu happy hour k.



Cara ke Heli Lounge Bar 

1 Afiz dan Henri guna public transport je. senang, mudah, pantas, tuntas. heee so dari KL Sentral, naik monorel ke Raja Chulan. dari Raja Chulan monorel station tu, jalan kaki je ke Menara KH. 

2 Calvin pulak lepas jumpa client dia, terus datang Menara KH dengan kereta sendiri, parking di Menara KH je. harga parking? kalau x silap rm20. he he heeee

3 Naik bas percuma GOKL, contoh lepas jalan2 kt klcc, boleh naik gokl ke menara KH. route GOKL, kekerapan dan waktu operasi boleh tengok disini 

 
Pukul 5 cemtu sampai Menara KH terus naik ke tingkat 34, harus lah naik lift. x cukup sado kau nak naik guna tangga. rasanya dah sado pun naik lift jugak. tingkat 34 kot. haha Mula2 kat front desk tu, dia akan check beg kita kot2 bawa bawa terlarang dan makanan/minuman dari luar. Masuk tu terus duduk, panggil waiter. punya la lama nak datang. 2,3 kali gak panggil. Baca review orang lain, pun sama. staff dorang memang kurang friendly. senyum pun x. mintak2 la skrg dh improve dorang punya layanan. Well this is Malaysia. kaya budi bahasa manis senyuman. gitewww .... 


Harga Masuk

adalah PERCUMA!!! terkejut x? haha masuk/naik ke atas adalah percuma tapi bersyarat beli something dulu di bar dia tu. harga minuman paling murah adalah soft drink dan fresh juice RM25. ok tak ok? bagi Afiz ok la, rooftop bar kan. sama ada korang nak minum di bar atau rooftop, terpulang. nak ke rooftop kena naik tangga macam 2 tingkat gitu.

Waktu Operasi

Saturday5PM–3AM
Sunday6–11PM
Monday5PM–12AM
Tuesday5PM–12AM
Wednesday5PM–12AM
Thursday5PM–2AM
Friday5PM–3AM

**waktu operasi  mungkin berbeza kerana public holiday atau apa2, boleh hubungi dorang di +60321105034 untuk maklumat lanjut.
 
dalam bar sementara tunggu Calvin, berlatar belakangkan Menara KL
salah satu hiasan dinding dalam bar




saja2 ambik. heeee

dapat ekslusif kitkat, ada nama dan gmbar sendiri. heeee tq bro henri

hai awak kat belakang, jom la ambik gmbr sama 😘

haaa sampai pun orang kaya ni. yg tengah tu Calvin, baju merah tu Henri

Sunset view at Helipad rooftop bar

dah malam, lampu di Menara KL pun dinyalakan

macam diamond kan Petronas Twin Tower

Ok, tu je la nak sharing. semoga korang yg baru nak pergi tu, happy2 la k kat atas tu. jangan terlampau happy smpai terjatuh ke bawah. hew hew hew 😛 hukhuk Serius sunset view atas tu lawa giler. pergi jgn x pergi. huhu
Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com