Perkongsian dari saya Mohammed Hafiz Bin Shariff

Friday, February 24, 2017

Solo Backpacker ke Pulau Pinang

Hai korang, ni solo trip afiz ke pulau pinang. Dan ni pertama kali afiz buat blog. Ayat2 pun tak pandai susun. Layankan je la yer. Huhu

12 februari 2017
Awal pagi bangun pukul 5 dapatkan grabcar percuma dari KL ke KLIA2  baucer dari umobile. Hehe 😋 Sampai KLIA2 pergi Starbucks pulak pun dapat baucer set minuman dan  makanan percuma  pun dari umobile. Thanks Umobile 😘
 Pukul 6.30pg gerak ke boarding gate. Naik flight  Airasia  pukul 7.10pg berharga RM46 (yang ni tak free 😂). Sangat murah dah ni, booking pun 5 hari sebelum.  Pukul 8 lebih sampai di penang International Airport (selfie dulu dengan muka baru bgun tido, huhu)
Pukul 9 cemtu bas rapid penang 102 pun sampai. Perlu diingat yer, bas nya macam bas singapore, sediakan duit cukup2, kalau lebih, xde pulangan baki. Berhuhu la korang kalau silap letak duit besar. Huhu. Tambang ke Gurney Plaza cuma rm3.40. Ok la tu kan. Masa dalam perjalanan, Pakcik Azman anak jati Pulau Pinang dtg duk sbelah dan borak2 dgn Afiz, dia suggest ke Pasar Karat gitu, tp Afiz x minat 😂. Baik orangnya, ajak selfie pun x kisah. Memang orang Pulau Pinang ni baik2.



Lepas satu jam, sampai la di hentian Rapid Penang Gurney Plaza. Tapi berbeza dengan hentian pertama Hop On Hop Off Gurney Plaza yang menjadi interchange antara beach route dan city route. So korang kena jalan sikit la. Laluannya boleh tengok peta ni. Harga tiket untuk 24 jam bagi pemegang MyKad adalah rm19. Korang boleh tengok harga bagi kategori lain2 disini. Bermula la perjalanan Afiz menuju ke Taman Negara Pulau Pinang. Mengurai-ngurai gitu rambut ditiup angin. Semua mat saleh atas bas tu. huhu

                                    


Antara hentian yang pemes d beach route ni adalah Miami Beach, Hard Rock Hotel, Entopia dll. Pukul 11 sampai ke taman negara terus lunch dulu. pergi register untuk masuk taman negara . masuk adalah percuma. pastu pergi tempah bot. rm50 satu hala untuk satu bot. plan nak hiking dari opis taman negara(start point) ke Monkey Beach. harga tempah bot dh kira murah la tu kalau ramai. ni afiz sorang je, so afiz ajak la satu couple mat salleh ni tong tong dgn afiz. diorang discuss2 dan setuju. so afiz kena byr just rm16.70. Jimat! hehe. Lets start the journey begin! baru je nk masuk track, ternampak k. bukan saje nk tengok. ade sorang minah salleh ni kencing tepi pokok bunga. LOL ! x tahan sgt ke, padahal toilet tepi opis tu je. huhu ada satu sign yg menarik perhatian afiz.
(GMBR)
kreatif dorang. hehe

mula2 track senang je, jalan mendatar dan sebelah kanan dapat lihat deruan ombak Selat Melaka. Lama2 makin susah dgn jln naik turun, akar berselirat dan panjat pokok2 tumbang. Btw, tips untuk fun kan korang punya hking, please always smile 😄 and say hi 👋  to other hikers. jangan sombong sgt k. layan je 😉

lepas bbrp ketika, jumpa la sign 2km lagi Monkey Beach. yeah! semangat!
(GMBR)

dalam 100meter cemu jumpa Pantai USM dulu. jumpa geng remaja dari thailand, borak2 dan dorang gerak dulu. aku? layan perasaan dulu tengok ombak gitu. huhu ambil2 gmbr dan gerak sorang2. punya la lama sorang2 dlm hutan sunyi tu, dalam kepala fikir yg bukan2 dah. akhirnya jumpa la 2 hikers lokal, sempat tanya. korang manusia kan? haha ape punya soalan. Selepas penat lelah akhirnya jumpa lah minah salleh berbikini ^,^ eh! jumpa lah Monkey Beach. yuhuuu!!!! i did it, i did it! ohyeah! haha rasa penat tu terus hilang bila rilex2, mandi pantai. ape ada hal mandi sorang. tp tengok2 la jugak barang. kot kot ada kera datang curi. tp masa pergi tu x jmp pun kera. hmmmm x macam 5 tahun yg lalu. banyak!
 (gmbR)

2.30petang bergerak ke banglo putih tempat tgu bot. call akak bot tu dia ckp 15 mnit lagi smpai. then borak2 dgn 3 org remaja sebaya afiz tengah tgu bot tp x tahu bot yg mn dan x dpt call. katanya xde line fon. so, afiz pinjamkan fon afiz call tuan botnya. rupanya sama company tp bot lain2 la. tgu punya tgu bot afiz x smpai, bot dorang smpai dlu. call akak tu. dia ckp xpe, boleh naik bot dorang jugak. ok la kan. perjalanan balik ke start point dari monkey beach dlm 10 mnit cemtu naik bot. tp ombak besar. cepat2 pasang waterproof casing phone. tiba2 SPLASH! air laut kena fon. untung dh pasang waterproof case. hehe. Sampai jeti, gi mandi kat toilet. keluar nampak bas HOHO baru smpai. uishhh kena dengan timing. terus naik bas menuju ke Gurney Plaza untuk tukar bas HOHO city route.

Pukul 5 lebih dari GP gerak ke Bukit Bendera dekat je sebab Bukit Bendera stesen HOHO yg ketiga tapi tu waktu orang balik kerja kan, jem la jalan. huhu.pukul 6.15 smpai stesen keretapi bukit bendera terus beratur beli tiket. harga tiket normal untuk dewasa return rm10. btw dia ada promosi just rm3 untuk waktu2 tertentu boleh check di Penang Hill ticket price . keretapi sekarang dah generasi ketiga, lawa, canggih dan berhawa dingin. kalau dulu rare giler.

GMBR

sekejap je dah smpai puncak. masa datang tu ada tarikan terbaru di atas tu. tapi bayaran masuk rm5. nak try something new, so bayar la. huhu. ada gerbang LED bentuk love, rumah org2 kenit (dwarf houses), muzium lebah, rumah arnab, kebun lavendar dan satu lagi rasanya bunga matahari.
gerbang LED, muzium lebah, dan rumah org2 kenit tu bagi afiz ok la. tapi arnab ada 5 ekor cmtu je, sikit sgt dan kecik sgt kwsnnya, lavendar pulak dah x nmpk mcm lavendar, sama ada x d jaga rapi atau iklim malaysia menyebabkannya x sesuai ditanam. layu! huhu sama juga dgn tumbuhan satu lagi tu.


BERSAMBUNG......




















Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Derak Sokmo | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com